CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tunduk Tersipu Malu Akibat Asmara Maal Hijrah

27-10-2014 11:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6770| Komen: 25

Description: “Tujuan Operasi Adalah Membanteras Dan Mencegah Maksiat Di Hotel-Hotel Selain Membersihkan Imej Sektor Perhotelan Daripada Tanggapan Negatif Masyarakat Bahawa Premis Berkenaan Banyak Mengundang Gejal ...
Lelaki Tunduk Tersipu Malu Akibat Asmara Maal Hijrah

Anggota penguatkuasa Jaij menyoal siasat salah satu pasangan yang ditahan.



JOHOR BAHRU - Sambutan Maal Hijrah 1436H dicemari dengan kegiatan tidak bermoral segelintir pasangan yang disyaki berkhalwat di hotel-hotel bajet sekitar kawasan Skudai.

Dalam operasi melibatkan 10 anggota dan pegawai dari Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) awal pagi semalam, empat pasangan ditahan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, kesemua empat lelaki dan empat wanita terbabit ditahan sepanjang serbuan jam 11 hingga 2 pagi itu.
Menurutnya, kesemua individu tersebut ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 kerana disyaki melakukan khalwat.

“Pada malam ini, biasanya ramai orang bercuti dan ambil kesempatan, jadi kita membuat operasi dengan memberi tumpuan di sekitar Taman Universiti serta Taman Ungku Tun Aminah iaitu hotel bajet.

“Tujuan operasi adalah membanteras dan mencegah maksiat di hotel-hotel selain membersihkan imej sektor perhotelan daripada tanggapan negatif masyarakat bahawa premis berkenaan banyak mengundang gejala tidak bermoral,” katanya.

Mohd Zamri menasihatkan masyarakat Islam tidak pergi ke hotel untuk tujuan membuat perkara tidak bermoral khususnya perbuatan melanggar hukum Islam.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah untuk proses dokumentasi sebelum ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan Jaij bagi tindakan lanjut.

Dalam serbuan dilakukan, seorang wanita berusia 24 tahun meminta pihak berkuasa agar tidak melibatkan keluarganya sejurus didapati berkhalwat bersama lelaki Indonesia.

Dia yang ditemui dalam keadaan hanya bertuala putih sementara pasangannya berusia 37 tahun dan berpakaian lengkap bagaimanapun memberi kerjasama ketika disoal siasat.

Wanita itu dipercayai baharu sahaja kenal dengan lelaki warga asing terbabit yang mendakwa bekerja di Batu Pahat sebagai pembawa bot.


9

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
10

Sedih
9

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavaUcanC 27-10-2014 09:12 AM
mesti mamat ni pikir tido hotel dgn awek dosa kecik je..

Quote poyohabis 27-10-2014 09:12 AM
Pe sal pegi hotel bajet kan dah kene.. Patut pegi la kat hotel ansar ke,ny hotel ke, ksl hotel ke.. X de la kene...
Quote ladyxez 27-10-2014 09:13 AM
Comey simpuh gitu
Quote nalis 27-10-2014 09:18 AM
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Quote TuntungReturn 27-10-2014 09:20 AM
depa buat operasi pukul 11-2 pg..sebelum pkul tu selamatlol
Quote poison_paradise 27-10-2014 09:21 AM
Low class projek kt hotel budget...
Quote Cik_Andak 27-10-2014 09:24 AM
aiyooo..bagi la rm22.50 kat awek tu p nikah...xpayah la bazir duit sewa hotel bagai...
Quote prettyuglybabe 27-10-2014 09:42 AM
dok dalam bilik senyap-senyap pun sibuk jugak nak terjah.. tak ada privacy langsung
Quote magnus 27-10-2014 09:44 AM
Bagusla tersipu malu...nanti dia menyeringai senyum bangga berlebihan pula hencapan diterima..
Quote ellZack 27-10-2014 09:57 AM
Cik_Andak posted on 27-10-2014 09:24 AM
aiyooo..bagi la rm22.50 kat awek tu p nikah...xpayah la bazir duit sewa hotel bagai...

22.50 tu untuk starting je.. lepas pada tu, kena bagi lagi..
kalau buat macam ni, bayar 50 pun, it's one-off trade giteww..

Quote nolya 27-10-2014 09:59 AM
lavaUcanC posted on 27-10-2014 09:12 AM
mesti mamat ni pikir tido hotel dgn awek dosa kecik je..

itu bukan masalah pikir, tapi masalahnya tak tau malu dn tak dak iman.  Seharusnya nikahkan aje.
Quote nolya 27-10-2014 10:01 AM
prettyuglybabe posted on 27-10-2014 09:42 AM
dok dalam bilik senyap-senyap pun sibuk jugak nak terjah.. tak ada privacy langsung

ambiklah sijil privacy dulu, pasti privacy milikmu forever n ever.
Quote sabbath_shalom 27-10-2014 10:07 AM
Melayu suka support benda harammmm. Yg x haram diharamkan.

Selayakna dilaknat sifat liberalisme suku Melayu ini.
Quote lavaUcanC 27-10-2014 10:11 AM
nolya posted on 27-10-2014 09:59 AM
itu bukan masalah pikir, tapi masalahnya tak tau malu dn tak dak iman.  Seharusnya nikahkan aje.

sekarang zaman nafsu nafsi la stazah..ikut kapla memasing

kalu lu pikir dosa lu buat tu kecik..buat aje la..

kecik je punnn...tu kata pak kiai yang cari duit nak beli rumah banglo..

bukan kata wa..



Quote nolya 27-10-2014 10:26 AM
Dosa, samada kecik atau besar, tetap dosa.  Bermula drp yg keciklah menjadi  besar, drp sebesar pasir akan menjadi sebesar guli, berdikit2 lama2 jadi bukit.  Lama2 menjadi satu kesedapan.  Hari ini dgn Minah, bulan depan dgn Mona.  Jika maksiat tidak dibendung,  semua orang mendapat dosa.
Quote Al-Patih 27-10-2014 05:58 PM
                                            
Quote mak_wa95 27-10-2014 06:26 PM
ambik ko..tu baru mengadap manusia
Quote dess402 27-10-2014 06:34 PM
nolya posted on 27-10-2014 09:59 AM
itu bukan masalah pikir, tapi masalahnya tak tau malu dn tak dak iman.  Seharusnya nikahkan aje.



sokong awakk .  patut di kawenkan aje .

biar depa taww macamana nak tanggung jawab .

ini wang hantaran pun cecah hampir pulohan ribu ringgit .






Quote Syd 27-10-2014 07:16 PM
hungtung laaa dapek tgk awek bertowel jaaaa. mantop tu

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.056144 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top