CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kahwin Dengan Diri Sendiri Ikut Lagu Bjork

7-10-2014 03:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7697| Komen: 42

Description: Dia Dikahwinkan Oleh Rakannya, Tiu, Yang Sentiasa Memberi Sokongan Kepadanya.“Saya Yakin Grace Akan Menjalani Kehidupan Lebih Bahagia Selepas Ini,” Kata Tiu.
Kahwin Dengan Diri Sendiri Ikut Lagu Bjork

London: Seorang wanita yang bosan berpacaran dan hidup membujang, menjadi orang pertama berkahwin dengan dirinya sendiri.

Grace Gelder berkata, dia melamar dirinya di bangku sebuah taman dan akhirnya mengadakan majlis perkahwinan dengan dihadiri 50 tetamu.

Grace, yang bekerja sebagai jurugambar berkata, selepas enam tahun membujang, dia ‘menjalinkan hubungan dengan dirinya.’

Menurutnya, ia lebih mudah dan selesa daripada menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Terdorong dengan lagu oleh penyanyi Björk berjudul Isobel, yang senikatanya antara lain berbunyi ‘My name’s Isobel, married to myself’ (Nama saya Isobel, berkahwin dengan diri saya), Grace yang menetap di London berkata, lirik itu sesuai dengan dirinya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan dirinya sendiri.

Bermula dengan melamar dirinya di atas bangku di taman Bukit Parlimen, London November lalu, hingga majlis perkahwinan itu baru-baru ini, Grace berkata, kisah cintanya berjalan lancar.

Seperti pengantin lain, dia membeli baju, cincin dan menyatakan ikrar taat setia kepada pasangannya. Grace akhirnya berkahwin di sebuah ladang di Devon, dengan kehadiran kakak dan rakannya.

Dia mengakhiri upacara perkahwinan itu dengan mengucup cermin.

Bercakap kepada wartawan mengenai perkahwinannya, Grace berkata, memang ada yang berkata dia gila.

“Tetapi saya tidak kisah kerana saya bahagia dengan pasangan saya yang juga diri saya,” katanya.

Dia dikahwinkan oleh rakannya, Tiu, yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.“Saya yakin Grace akan menjalani kehidupan lebih bahagia selepas ini,” kata Tiu.

Menurut Grace, sebulan sebelum majlis perkahwinannya, dia menghadapi masalah sehingga terpaksa diyakinkan bahawa apa yang dilakukannya itu tepat.

Meskipun undang-undang tidak mengiktiraf perkahwinan seumpama itu, Grace berkata, dia bangga kerana tidak lagi membujang.

5

Bagus
4

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 7-10-2014 12:07 AM
Bjork ini kaka Changa suka.
Quote jengkoil 7-10-2014 12:11 AM
"Meskipun undang-undang tidak mengiktiraf perkahwinan seumpama itu, Grace berkata, dia bangga kerana tidak lagi membujang"

mesti beliau amat tertekan setelah membaca posting ipan di CARI ...
Quote GhostWalking 7-10-2014 12:18 AM
"Isobel"

in a forrest pitch-dark
glowed the tiniest spark
it burst into flame
like me
like me

my name isobel
married to myself
my love isobel
living by herself

in a heart full of dust
lives a creature called lust
it surprises and scares
like me
like me

my name isobel
married to myself
my love isobel
living by herself

when she does it she means to
moth delivers her message
unexplaind on your collar
crawling in silence
a simple excuse

nana na nana
nana na nana

in a tower of steel
nature forges a deal
to raise wonderful hell
like me
like me

my name isobel
married to myself
my love isobel
living by herself

when she does it she means to
moth delivers her message
unexplaind on your collar
crawling in silence
a simple excuse

nana na nana
nana na nana
nana na nana
nana na nana




Credit:http://www.azlyrics.com/lyrics/bjork/isobel.html
Quote mbhcsf 7-10-2014 12:47 AM
jengkoil posted on 7-10-2014 12:11 AM
"Meskipun undang-undang tidak mengiktiraf perkahwinan seumpama itu, Grace berkata, dia bangga kerana ...

hahhahaahahahahhahh


u make my day

yes make Ifan proud

awat laaaa minah ni

tak der keje sungguh

lantak lahhh asalkan bahagia


hahahahahahahahhaahhahaah

rasanya minah ni ada banyakkkk masa ya Allah ...ade tu effort sanggup kahwin diri sendiri, walhal M&S tu dok iklan shopping 50 % offs dah ni

Quote sekngucing 7-10-2014 02:03 AM
masa stadi dulu, ada pompuan prnah tanya aku "ada niat nak kawin tak?"
aku ckp "ada, saya kawin dgn diri sendiri"
tak sangka kenyataan tu betul2 wujud di dunia nyata
Quote nevberg 7-10-2014 05:40 AM
masa dia proposed tu..adakah dia propose ala-ala smeagol bercakap dengan diri sendiri...
Quote famri7 7-10-2014 05:42 AM
Artis fevret changa.

P/s kawin dgn diri still dikira lgbtq ke sis?
Quote ultra78 7-10-2014 07:32 AM
Ni kira urban la kan?
Quote fifie_olin 7-10-2014 07:54 AM
so kiranya 1st nite dia....main dgn diri sendrik la kan
mcm2 manusia pelik dlm donia ni
Quote cheezzy 7-10-2014 07:58 AM
siannya..
forever alone.
Quote rosasa 7-10-2014 08:05 AM
baguslah kak, kurang masalah rumahtangga disepak suami atau ditampar isteri
Quote batmana 7-10-2014 08:47 AM
dia saje nk popular ler..
psl kerjayanye tk popular.tk ramai customer.
saje create bnda bodo..

mu tgkla gmba2 yg dia amik, nama je photographer, tapi gmba, cm amateur sungguh..
Quote maniack88 7-10-2014 09:13 AM
mesti guna dildo je
Quote kenarikelabu 7-10-2014 09:21 AM
Masuk airr.....
Quote supernaturalee 7-10-2014 09:31 AM
sue sylvester dlm glee pun kawin dgn diri sendiri




Quote amon_79 7-10-2014 01:29 PM
jgn mati bunuh diri lps ni sudah sbb kesunyian...
Quote liyamariska 7-10-2014 01:34 PM
mungkin dia dah bosan dgn jantan2 kokesen yg lebih gemar menutuh dari berkahwin dan berkeluarga...

tapi ai rasa tindakan dia ni cam agak dungu...
Quote nidzrain 7-10-2014 01:44 PM
makin ramai manusia saiko dlm dunia ni skrg
Quote ice_sky92 7-10-2014 01:45 PM
Hanya mampu tersenyum sinis saje.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.194291 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top