CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemain-pemain Liga M diugut bunuh dek bookie !

21-5-2013 10:16 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 5483| Komen: 20

Description: BEBERAPA pemain yang beraksi dalam Liga M di laporkan menerima ugutan daripada bookie bola sepak. – Gambar hiasan KUALA LUMPUR: “JIKA ada mana-mana pemain Liga Malaysia (Liga M) yang menerima uguta ...

BEBERAPA pemain yang beraksi dalam Liga M di laporkan menerima ugutan daripada bookie bola sepak. – Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: “JIKA ada mana-mana pemain Liga Malaysia (Liga M) yang menerima ugutan bunuh, mereka hendaklah melaporkannya segera kepada pihak berkuasa.”
Demikian tegas Pengerusi Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Aseh Che Mat (gambar kecil) semalam.

Katanya, langkah tersebut adalah untuk keselamatan mana-mana pemain dalam Liga M yang diancam oleh bookie bola sepak.

Aseh menegaskan demikian ekoran dakwaan beberapa pemain sebuah pasukan yang beraksi dalam Liga M di laporkan menerima ugutan bunuh daripada sindiket perjudian bola sepak semalam.

Pemain terbabit dipercayai mahu membuat laporan polis selepas dilaporkan menerima ugutan tersebut.

Sumber dalaman pasukan tersebut yang enggan mendedahkan identitinya memberitahu, keselamatan para pemain tersebut termasuk ahli keluarga mereka mula diancam apabila gagal memenuhi tuntutan atau arahan sindiket perjudian itu dalam satu perlawanan baru-baru ini.

Ketika diminta mengulas insiden tersebut, sumber berkenaan enggan memberikan sebarang komen dan menyerahkannya kepada FAM untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Mengulas lanjut, Aseh mendedahkan, FAM dengan kerjasama pihak berkuasa akan menyiasat perkara tersebut dengan lebih terperinci dalam usaha mereka membanteras gejala yang tidak bermoral itu.

“Ini merupakan satu perkara yang serius. Jika dakwaan itu benar, saya nasihatkan pemain-pemain terbabit tampil membuat laporan polis.

“Perbuatan tidak bermoral seperti gejala mengatur keputusan perlawanan adalah musuh No.1 sukan bola sepak negara.

“Jika aktiviti seperti ini berterusan, bilangan penonton yang hadir ke stadium akan merosot.

“Kita akan siasat perkara ini dengan lebih mendalam dan pada masa yang sama menjaga keselamatan pemain terbabit sebelum diancam dengan lebih teruk oleh pihak yang tidak bertanggungjawap itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam.

Untuk rekod, Liga M pernah melalui detik hitam apabila menyaksikan 126 pemain dan jurulatih dipanggil untuk membantu siasatan ekoran skandal rasuah pada tahun 1994. Akibatnya, seramai 58 pemain dikenakan pergantungan selama satu sehingga empat tahun oleh FAM.

Selain itu, 21 pemain dan jurulatih diberhentikan khidmat mereka dan beberapa pemain lagi digantung seumur hidup serta dibuang daerah, selain tidak dibenarkan menyertai kejohanan di bawah kelolaan FAM.


Tahun lalu pula, seorang ketua jurulatih dan 11 pemain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan dilarang daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak tempatan antara setahun dan lima tahun kerana terlibat dalam skandal rasuah.

Ini kerana FAM mendapati berlaku unsur-unsur rasuah dan polemik mengatur perlawanan melibatkan pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan pada saingan tahun 2011.
Ketua jurulatih skuad tersebut, Yusarman Yusof, menerima hukuman gantung seumur hidup oleh FAM.


6

Bagus

Marah
12

Terkejut
1

Sedih
7

Lawak

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Al-Patih 21-5-2013 05:17 AM
Aseh menegaskan demikian ekoran dakwaan beberapa pemain sebuah pasukan yang beraksi dalam Liga M di laporkan menerima ugutan bunuh daripada sindiket perjudian bola sepak semalam.


dey zaid ...apa macam ...bolih bikin korja tak ...
Quote SulurBidar 21-5-2013 05:18 AM
Tengoklah siapa kepala FAM serta jawatankuasanya..

P/s: aku dah mula risau krna semakin lama zemakin ramai plak pemain hoki tiada kelulusan tinggi dan ini sket sebanyak membuka ruang kepada unsur unsur rasuah.
Quote Acong 21-5-2013 05:20 AM
takan laa pemain nie tak kenal bookie tu? pi laa bunuh bookie tu sbelum diorang bunuh kamu.... pe susah?
Quote SulurBidar 21-5-2013 05:23 AM
Unsur unsur bookie  ni berleluasa sejak kemasukan Liga S Lions..

Cuma satu perkara..
Untung ke bookie ni bertaruh kat Liga Malaysia?
Quote tongkatwaran75 21-5-2013 05:27 AM
2 tasks berat KJ !

satu, piala dunia
dua, rasuah sukan dan sindiket
Quote md.jie 21-5-2013 07:54 AM
hebat sangat ka player Liga M siap bookie bagai
Quote batmana 21-5-2013 07:57 AM
skrg zmn siber..


tgkap ajala gmba bookie tu, tepek kt internet..

ada puluh ribu peminat bola negara bole cari smpai kelubang cacing & terajang dia ondaspot..
Quote a_gen2 21-5-2013 08:05 AM
Ni dah ugut bunuh tak de ke yg nak bersara???
Quote jofizo 21-5-2013 08:07 AM
fuhhh lega... nasib baik ada alasan kenapa bolasepak tak maju.....
Quote gaara_X 21-5-2013 08:38 AM
dah masa amik duit siap sumpah laknat bagai.....ahaks!!
Quote annehuda 21-5-2013 08:41 AM
eh besar sgt ke impak bolasepak malaysia ni smpi nk ugut bunuh ni?
Quote benzo33 21-5-2013 08:45 AM
Kalau dah namanya taik judi, level piala presiden pun dorang nak bertaruh.
Quote lkick2113 21-5-2013 09:10 AM
SulurBidar posted on 21-5-2013 05:23 AM
Unsur unsur bookie  ni berleluasa sejak kemasukan Liga S Lions..

Cuma satu perkara..

yup kemasikan lion 12 tu memang menarik minat bookie sebenarnya untuk campur tangan direct dalam liga M......

Quote SulurBidar 21-5-2013 09:55 AM
lkick2113 posted on 21-5-2013 09:10 AM
yup kemasikan lion 12 tu memang menarik minat bookie sebenarnya untuk campur tangan direct dalam l ...

Aku stuju!

Sblm ni aku tak pernah dengar ada bookie..

Tapi sejak kemasukan skuad Lion ni mmg terus ada khabar angin bertuip...
Cuma berani dgn tidak je dedah kegiatan bookie nie..

Aku rasa membenarkan pasukan Lion bermain di Liga Super zatu kesilapan besar.
Instead of improving step our national footballer performance, it's accidentally switched to disasterous step!
Quote shamsadis 21-5-2013 10:03 AM
dah kantoi pandai divert jugak ehh diaorang nie ...ingat main wayang atas padang..luar padang pun wayang ka
Quote stinger_attack 21-5-2013 11:20 AM
LEGALIZED SPORTS BETTING in MALAYSIA is the way to go.......

Quote Slav 21-5-2013 12:45 PM
SulurBidar posted on 21-5-2013 09:55 AM
Aku stuju!

Sblm ni aku tak pernah dengar ada bookie..

dah lama dah ada bookie sbnarnye.. dari late 80s lagi.. paling hot taun 94-95..
time tu ramai player kena hukuman buang negeri/daerah pe sume..
pastu senyap jap, then diorg running kecil2an..
pastu sindiket diorg makin lama makin besar blk.. sampai la skrg..
tp x di nafikan skuad lion masuk ni mmg boost bookie pnye aktiviti la..
Quote stinger_attack 21-5-2013 12:56 PM
Soccer betting has been made legalized in SPORE for many years now...

Kini bila pasukan LIONS 12 mula masuk dalam LIGA MALAYSIA, bets are also started being offered for games not only involving spore teams tapi pasukan pasukan lain.....dalam LIGA PREMIER MALAYSIA.....

So persoalannya......menagapa pihak FAM memebenarkan pihak PERJUDIAN dari spura mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan dgn menawarkan taruhan pada perlawanan2 LIGA MALAYSIA TANPA mengenakan sebarang LEVY atau sekatan yang tertentu?

Hmmmmmm



Last edited by stinger_attack on 21-5-2013 12:58 PM

Quote JabbaWokeez 21-5-2013 01:06 PM
Sepanduk '5-0' Ultras KL cetus tanda tanya

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


KAIN rentang yang dipasang anggota Ultras Kuala Lumpur - City Boys sebelum perlawanan Kuala Lumpur menentang Sime Darby bermula telah mencetuskan tanda tanya peminat yang hadir di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras semalam. - Ihsan Ultras Kuala Lumpur - City Boys

KUALA LUMPUR - 'Bookie dikesan, Bookie 5 Penyokong 0', itulah sepanduk yang dinaikkan oleh Ultras Kuala Lumpur - City Boys sebelum perlawanan bermula hingga tamat antara Kuala Lumpur dan Sime Darby dalam aksi Liga Perdana di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Keputusan selepas 90 minit perlawanan berlangsung, Kuala Lumpur 0 Sime Darby 5, ia sekali gus menimbulkan tanda tanya bahawa apa yang dinyatakan oleh penyokong tegar pasukan ibu kota itu benar atau kebetulan.

Jika ia benar dan berkaitan, ternyata sekali penyokong setia Kuala Lumpur merasakan diri mereka ditipu sedangkan mereka mengimpikan sebuah perlawanan adil, penuh semangat kesukanan dan bebas daripada budaya menjual perlawanan.

Menurut wakil Ultras Kuala Lumpur, yang mahu dikenali sebagai Ivan Kay, sepanduk tersebut telah lama dibuat dan pernah dinaikkan pada perlawanan pertama Liga Perdana 2013 akibat kecewa dengan aksi pasukan kesayangan mereka yang sentiasa mencatat kekalahan besar sebelum tersingkir dari Liga Super tahun lepas.

"Sebelum ini memang kami terdengar desas-desus bahawa wujudnya sindiket mengatur perlawanan, senang cakap perkara ini sudah lama berlaku namun tidak ada sebarang tindakan daripada pihak berwajib," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Gambar sepanduk tersebut mula tersebar di laman sosial seperti Facebook dan Twitter selepas perlawanan tamat, sehingga mencetus tanda tanya dalam kalangan peminat tentang masalah ini.

Ivan Kay juga menjelaskan, selepas Kuala Lumpur mencatat kemenangan ke atas UiTM FC Isnin lalu, mereka sendiri membuat andaian bahawa perlawanan berikutnya iaitu semalam pasti akan turut mencatat kekalahan besar kerana itulah 'permainan mengatur perlawanan'.

"Isnin lalu kami menang tetapi kami masih belum yakin dan merasakan perlawanan berikutnya akan kalah ia menyebabkan kami menaikkan sepanduk tersebut, secara kebetulan memang benar kami tewas dengan jaringan yang tertera di sepanduk tersebut 5-0.

"Saya ingin bertanya kepada pemain, kenapa mereka tidak beraksi sepenuh hati dan semangat, berapa harga maruah mereka sehingga mudah dibeli. Kalau mereka boleh dibeli kami sanggup kumpul duit untuk membeli maruah mereka bagi mencatat kemenangan pula," katanya dengan nada tegas.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.077203 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top