CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Bukan Kerana Kambing Bakar

4-8-2014 12:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8081| Komen: 60

Description: "Sebenarnya, Pada Malam Raya, Saya Ada Bertemu Arwah. Ketika Itu Lagi Dia Mengadu Sakit Perut Dan Dada. Namun, Tiada Pula Dia Mendakwa Sakit Kerana Salah Makan Atau Disebabkan Perkara Lain.
Bukan kerana kambing bakar


ALOR GAJAH - "Tak ada pula dia kata sakit kerana salah makan," kata Ahmad Firdaus Mohamad, 31, rakan kepada seorang lelaki yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Masjid Tanah, di sini selepas mengadu sakit perut.

Ahmad Firdaus berkata, Abdul Kader Joned, 45, meninggal dunia kira-kira 15 minit selepas dia membawa rakannya itu ke klinik berkenaan, bagaimanapun puncanya setakat ini masih belum diketahui.

Menurutnya, dia yang secara kebetulan mengunjungi rumah arwah di Kampung Lodang mendapatkan bantuan abang selepas mangsa mengadu sakit perut.

"Sebenarnya, pada malam raya, saya ada bertemu arwah. Ketika itu lagi dia mengadu sakit perut dan dada. Namun, tiada pula dia mendakwa sakit kerana salah makan atau disebabkan perkara lain.

“Kebetulan saya ke rumahnya lebih kurang 10 pagi tadi (semalam) dan arwah mengatakan dia sakit perut sebelum saya hubungi abang saya untuk bawa dia ke klinik,” katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Alor Gajah, di sini, semalam.


Ahmad Firdaus berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan  mengatakan Abdul Kader meninggal dunia akibat terlebih makan kambing bakar dalam satu perjumpaan hari raya di tepi pantai pada malam sebelum kejadian, seperti dilaporkan dalam sebuah portal media tempatan, semalam.

Menurut Ahmad Firdaus, ketika tiba di klinik, dia bersama dua orang lagi terpaksa mendukung arwah yang lemah dan tidak mampu berjalan ke katil di zon merah unit kecemasan.

Malah, katanya, dia melihat sendiri arwah sesak nafas dan jantungnya terhenti kira-kira 15 minit kemudian.

“Doktor cuba menekan dan mengepam dadanya kira-kira setengah jam, namun tiada tindak balas daripada arwah yang kemudian disahkan meninggal dunia.

"Dia tidak punyai sebarang penyakit, malah tiada  sebarang rekod perubatan di klinik,” katanya.

Menurutnya, arwah yang dikenali sejak kecil hanya bekerja kampung mengambil upah menoreh getah, menjaga kebun, selain menternak itik.

Sementara itu, abang Abdul Kader, Abdul Gaffar, 61, yang menetap di Lubok China berkata, adik bongsu yang masih bujang itu seorang pendiam dan tinggal sendirian lebih 10 tahun di rumah terletak kira-kira 700 meter dari rumah ibu mereka.

“Arwah dengan keluarga memang tak banyak cakap dan bercerita apa-apa pun hanya pada rakan-rakan terdekat sahaja. Ketika saya berjumpa dia pada malam raya, tiada pula dia cakap dia sakit perut dan dada.

“Sebelum bedah siasat selesai, doktor pun masih tidak tahu apa punca kematiannya. Tapi mungkin musim raya ini memang dia ada pergi  rumah terbuka dan berjalan raya, makan itu ini," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Laham berkata, kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.

"Setakat ini poli masih menunggau laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian," katanya.


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=820344&page=3#pid57469932
5

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
7

Sedih
3

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 31-7-2014 08:58 PM
bahaya rupanya daging kambing nih... isk isk..

takziah..
Quote rospinki 31-7-2014 09:04 PM
obelot kah?
Quote famri7 31-7-2014 09:06 PM
Allergic kambing ke sis? Ramai jah ummah meleis ada penyakit ini.takziah
Quote shernazz 31-7-2014 09:55 PM
Dia makan daging kambing tu dengan apa..kalo sumenye lemak n air ais..mmg mendapat la...
Quote kerunai 31-7-2014 09:58 PM
Xdiberitahu pulak meninggal pasal apa

Quote nagapompuan 31-7-2014 09:59 PM
shernazz posted on 31-7-2014 09:55 PM
Dia makan daging kambing tu dengan apa..kalo sumenye lemak n air ais..mmg mendapat la...

Apa maknanye?
Quote nagapompuan 31-7-2014 10:01 PM
clarizsa posted on 31-7-2014 08:58 PM
bahaya rupanya daging kambing nih... isk isk..

takziah..

Ambo nengok tok arab nun selalu benar kedarah kambeng....sekor sefamili tu biasa lah. Kenapa deme okay jah?
Quote cmf_premierleag 31-7-2014 10:02 PM
Hari raya ni aku telan air suam jah
Serik minum air manis2...dtg beraya umah org pun aku request air suam jah....
Quote Suchi 31-7-2014 10:04 PM
dulu aruah jiran iols pun ninggal lps mkn kamben
masa tu dia masih dlm tabligh
mkn kat surau ke mana tah
jatuh pitam terhantuk kot camtu
dia ade darah tinggi jika tak salah lah
tak igt sgt sbb dah lama juga arwah ninggal
ade dekat 20 thn gitu
Quote shernazz 31-7-2014 10:05 PM
nagapompuan posted on 31-7-2014 09:59 PM
Apa maknanye?


Ye la..kalo makan makanan berlemak..minum ais plak tu..x ke lemak tu sejuk skali dlm perut .
..ereb makan kambing sekor sorang pon xmati la mcm tu kan
. Diet plak x seimbang kan..
Quote Suchi 31-7-2014 10:06 PM
cmf_premierleag posted on 31-7-2014 10:02 PM
Hari raya ni aku telan air suam jah
Serik minum air manis2...dtg beraya umah org pun aku request ai ...

saya pun dah tak kuasa nk minum air manis uihhhh byk tu kalori
baik simpan kalori tu utk mkn yg mengenyangkn drpd amik air manis
dahlah melampau2 manisnya air
cer buat tawar hebeh mcm air yg org niaga tu..
Quote AHMADVW 31-7-2014 10:06 PM
org arab mkn sekor kambing 4 orang, orang melayu makan sekor kambing 20 orang,

memang xleh lawan
Quote Suchi 31-7-2014 10:09 PM
shernazz posted on 31-7-2014 10:05 PM
Ye la..kalo makan makanan berlemak..minum ais plak tu..x ke lemak tu sejuk skali dlm perut .
.. ...

err ade kesilapan di situ
mitos jah minum air batu lemak jd beku bagai
mende yg masuk dlm bdn kita akn ikut suhu dlm bdn kita lah
memandangkn kita masih idup mmg panas lah kt dlm ni
so kalo minum air batu mmg berubahlah suhunya
sdgkn tgn kita pun panas bleh cair/rosak mknn bila kita pegang lama bagai.
Quote nagapompuan 31-7-2014 10:10 PM
shernazz posted on 31-7-2014 10:05 PM
Ye la..kalo makan makanan berlemak..minum ais plak tu..x ke lemak tu sejuk skali dlm perut .
.. ...

Seingat ambo arab minum panas. Kupinya bergelas gelas, teh manisnya dari pagi sampai nak tido...kalau minuman sejuk ni deme tok sey..



Quote shernazz 31-7-2014 10:12 PM
Suchi posted on 31-7-2014 10:09 PM
err ade kesilapan di situ
mitos jah minum air batu lemak jd beku bagai
mende yg masuk dlm bdn ki ...

Ye ke..salah info la ni.
Hajahahahaha
Tatau plak..sebab kalo makan mende mcm.ni bile minum ais kan kite rasa lain je dlm perot kan..hahahaha..
Hari tu tgk tumis ramadan pon chef aabri kata minum air panas berasid gitu..pas makan kambing..hihi

Quote shernazz 31-7-2014 10:13 PM
nagapompuan posted on 31-7-2014 10:10 PM
Seingat ambo arab minum panas. Kupinya bergelas gelas, teh manisnya dari pagi sampai nak tido...ka ...

Saya tgk tumis ramadan chef sabri kata arab minum air panas n makan salad gitu untuk balance balik kan
Quote cmf_premierleag 31-7-2014 10:25 PM
Suchi posted on 31-7-2014 10:04 PM
dulu aruah jiran iols pun ninggal lps mkn kamben
masa tu dia masih dlm tabligh
mkn kat surau ke ma ...

Kambing kan panas
So sapo2 yg ada darah tinggi , migrain dan yg sewaktu dengannya, better la avoid Kambing nih
Quote ResellerMaxis 31-7-2014 10:33 PM
Mana pakar pemakanan jemput bagi seulas dua

@axl_bach
@reddevil
@cak
Quote saladin780 31-7-2014 10:55 PM
shernazz posted on 31-7-2014 10:05 PM
Ye la..kalo makan makanan berlemak..minum ais plak tu..x ke lemak tu sejuk skali dlm perut .
.. ...

Eh..mcm salah konsep adja ni..he he

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.207546 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top