CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

ATM Masjid Jalan Mudah Untuk Dapatkan Wang

11-7-2014 04:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4084| Komen: 8

Description: Bagaimanapun Perbuatannya Berjaya Dikesan Penduduk Kampung Ketika Sedang Cuba Mendapatkan Wang Dalam Tabung Berkenaan.
ATM Masjid Jalan Mudah Untuk Dapatkan Wang

Gambar hiasan


KOTA BHARU - Padah mencuri wang tabung masjid, seorang lelaki ditangkap penduduk kampung di Masjid Kadok di sini, malam kelmarin.

Lelaki terbabit dipercayai melakukan kegiatan itu dengan mencungkil tabung masjid menggunakan lidi.

Bagaimanapun perbuatannya berjaya dikesan penduduk kampung ketika sedang cuba mendapatkan wang dalam tabung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, lelaki terbabit berjaya ditangkap orang awam selepas solat tarawih.

“Dipercayai wang dalam tabung yang dicuri berjumlah kurang daripada RM30.

"Namun ketika dia ditahan, tiada wang dalam simpanannya dan perkara ini telah diselesaikan keluarga lelaki terbabit dengan pihak masjid," katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit bagaimanapun ditahan semula selepas positif ujian air kencing dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote encikWawad 11-7-2014 03:02 PM
huh mencuri satu hal
dalam bulan puasa
nak g membli dadah satu jadah lagi
berattttt
Quote airfilterbersih 11-7-2014 03:05 PM
KELANTAN????

Biasa la tu.   
Quote berun 11-7-2014 03:06 PM
encikWawad posted on 11-7-2014 03:02 PM
huh mencuri satu hal
dalam bulan puasa
nak g membli dadah satu jadah lagi

terdesak. ATM surau je la jadi mangsa
Quote encikWawad 11-7-2014 03:12 PM
berun posted on 11-7-2014 03:06 PM
terdesak. ATM surau je la jadi mangsa

atm surau - suka term ni
takyah no pin - pakai lidi je
Quote perang_candu 11-7-2014 03:13 PM
kalau tak pegi seludup diesel, curik tabung masjid.
Quote zacrin 11-7-2014 03:44 PM
keh3 jahil2
Quote annehuda 11-7-2014 03:53 PM
ade satu masjid kt kepala batas mmg adekiosk atm bank islam tau. tp tak tau la ade lg ke tak skrang ni. ni kes 3 thn dulu la
Quote nurul_akmar 13-7-2014 12:29 PM
sebesar2 mangga kunci tu... ada jugak org cungkil

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.301691 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top