CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Tercuri Motor Ibu Sendiri

27-4-2014 01:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8028| Komen: 40

Description: Pekalongan: Niat Seorang Remaja Melarikan Motosikal Di Kawasan Perumahannya Memakan Diri Apabila Tanpa Disedari Dia Mencuri Motosikal Ibunya Sendiri.


Pekalongan: Niat seorang remaja melarikan motosikal di kawasan perumahannya memakan diri apabila tanpa disedari dia mencuri motosikal ibunya sendiri.


Dalam kejadian berlaku di Pekalongan, Jawa Tengah awal pagi kelmarin Ryan Gunawan, 20, pulang dari sebuah kafe Internet kira-kira jam 2 pagi selepas menghabiskan masa 10 jam di situ.


Sejurus kemudian Ryan cuba melarikan sebuah motosikal dari kawasan rumah sewa pelajar yang berada berhampiran rumahnya.


Ketua Polis Pekalongan, Zurianto berkata, ada empat motosikal di situ.


“Tanpa berfikir panjang Ryan melarikan satu daripada motosikal berkenaan yang kebetulan tidak berkunci,” katanya.


Namun, kata Zurianto, Ryan tidak menyedari motosikal itu milik ibunya.


Selepas melarikan motosikal berkenaan, kata Zurianto, Ryan kembali ke kafe Internet itu semula.


Keesokannya, kata Zurianto, selepas bangun tidur Ryan hairan melihat ibunya pulang menaiki basikal dan dia bertanya mengenai motosikal ibunya.


“Sebaik diberitahu motosikal itu hilang Ryan mendesak ibunya membuat laporan polis tanpa menyedari yang dialah pencuri sebenar,” katanya.


Siasatan dijalankan ke atas beberapa saksi membuktikan yang Ryan adalah pencuri motosikal itu.


Kata Zurianto, seorang daripada saksi mengaku ternampak Ryan menolak motosikal di kawasan berkenaan pada awal pagi kejadian.


“Pada mulanya Ryan menafikan tuduhan itu, tetapi selepas beberapa bukti dibentangkan, dia akhirnya mengaku.


Menurut keterangan ibunya, Ryan adalah anak angkat dan sering menjual barangan rumah untuk mendapatkan wang.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 27-4-2014 08:50 AM
astaga......ni nak gelak ke nak nangis baca mcm ni...
Quote xdielzx 27-4-2014 08:51 AM
kekonon anak yg baik la gi suruh mak repot polis.. last2 sendiri kena, padan muka
Quote noor2 27-4-2014 08:51 AM
eii pekalongan ni kat mana?....siapa nama zurianto.. Ryan??
Quote mak_wa95 27-4-2014 08:52 AM
Anak angkat je...bukan salah ibu mengandung la ni..
Quote amiraira 27-4-2014 08:56 AM
Kalau dh dasar pencurik kn....
Quote purpledesire 27-4-2014 08:59 AM
hahaa..pencuri bengong..
Quote bangcak 27-4-2014 09:08 AM
Suasana bayangan malaysia beberapa taon yg akan dtg
(selepas beberapa kali kenaikkan petrol, tambahan gst 6% setiap barang dan perlaksanaan tppa yg obama bakal arahkan kelak).
Quote prettyuglybabe 27-4-2014 09:42 AM
hahaha.. padan muka je la


Quote chaoyunjie 27-4-2014 09:43 AM
10jam kat cc...tu dia...

yg hairannya...mcm mana moto mak dia boleh ada kat kawasan rumah sewa pelajar...
tumpang parking kot
Quote debab_78 27-4-2014 09:45 AM
xkan tak pernah tgk moto mak dia.... ni story kelakar nehh..
Quote fazzrules 27-4-2014 09:53 AM
epic fail punya pencuri motor..siap suh mak repot polisi lak tu...
Quote zaujahzauji 27-4-2014 10:59 AM
jarang lekat kat rumah motor mak sendiri pun tak kenal
stok2 abeskan beras je ni
Quote d-7-0ne 27-4-2014 11:06 AM
nama cukup menawan..... ryan gunawan.........perangai mcm setan.........
Quote hanakikan 27-4-2014 11:08 AM
Lawak lah suruh mak dia buat report
Quote alinone78 27-4-2014 11:24 AM
Mcmn eh nak komen tentang kebodohan si anak ni
Quote encikWawad 27-4-2014 11:32 AM
lawak di pagi hariii
adoi laa budak ni mamai ke hapa
tatau nak gelak ke sedih dengan berita ni
Quote donut_1752 27-4-2014 11:56 AM
ryan gunawan
tarak guna akai
Quote kambeng_masam 27-4-2014 12:16 PM
takde ke kes teragut henbek mak sendiri?
Quote mommymonster82 27-4-2014 12:22 PM
bangcak posted on 27-4-2014 09:08 AM
Suasana bayangan malaysia beberapa taon yg akan dtg
(selepas beberapa kali kenaikkan petrol, tamba ...

N byk indon.bangla dah beranak pinak kt sini

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.063821 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top