CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curi motosikal jemaah masjid semasa solat Jumaat !

24-6-2013 11:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4008| Komen: 10

Description: Polis Pulau Pinang menumpaskan kumpulan curi motosikal membabitkan remaja belasan tahun dengan penahanan tiga remaja berusia 16 tahun Jumaat lepas.
Geng curi motosikal remaja tumpas

Polis Pulau Pinang menumpaskan kumpulan curi motosikal membabitkan remaja belasan tahun dengan penahanan tiga remaja berusia 16 tahun Jumaat lepas.

Mereka ditangkap selepas mencuri sebuah motosikal ketika jemaah sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Lahar Tiang, Kepala Batas.

Ketiga-tiga pelajar sekolah terbabit ditangkap ketika meleraikan sebuah motosikal jenis Honda.

Sebaik dileraikan, rangka motosikal akan dicampak ke dalam sungai.

Lewat petang semalam polis dibawa ke lokasi rangka motosikal dibuang.

Menurut polis, komponen yang dileraikan akan dipasang di motosikal setiap suspek dan selebihnya dijual.

Siasatan juga mendapati kumpulan ini aktif di Nibong Tebal, Butterworth dan mereka mengambil masa 5 minit untuk mencuri sebuah  motosikal dan
30 minit untuk meleraikannya.

      


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakiputaralam 23-6-2013 02:39 PM
Hebat..16taun dah sehebat ini

Quote mattdemon 23-6-2013 02:42 PM
5 minit utk curi, 30 min utk lerai.
memang cekap.
kalau keja kat bengkel moto kompem gaji mahal ni.
Quote tongkatwaran75 23-6-2013 06:24 PM
mattdemon posted on 23-6-2013 02:42 PM
5 minit utk curi, 30 min utk lerai.
memang cekap.
kalau keja kat bengkel moto kompem gaji mahal ni ...

dorang nih waktu mencuri mmg cekap, mmg mahir...
cuba bagik keje kat bengkel...
dorang tak plak perform sebaik masa buat keje jenayah...

Quote phongsakorn 23-6-2013 06:33 PM
memang betul.. motor sekarang paling senang kena curi..
tapi kunci double stand, depan belakang dah ok la tu..

ada cara lain ?? Last edited by phongsakorn on 23-6-2013 06:39 PM

Quote pakweneelofa 24-6-2013 12:08 AM
sbb ni la aku malas gi semayang jumaat ..hihi
Quote dragger 24-6-2013 12:15 AM
terer budak2 ni

patut la moto yg dah dicuri payah nak jumpe balik
Quote roblucci 24-6-2013 01:12 AM
mungkin ada masuk akademi mencuri motorsikal
Quote tongkatwaran75 24-6-2013 07:17 AM

ANGGOTA polis membawa empat remaja yang diberkas selepas disyaki mencuri motosikal ke tali air Kampung Tambang, Lahar Tiang untuk pengecaman rangka kenderaan itu yang dibuang semalam.


Quote Al-Patih 24-6-2013 07:26 AM
tongkatwaran75 posted on 24-6-2013 07:17 AM
ANGGOTA polis membawa empat remaja yang diberkas selepas disyaki mencuri motosikal ke tali air Kam ...

sekali pandang ...macam tranie ugama budda ...
Quote peYno 24-6-2013 07:31 AM
Ni mesti cina bukit penang ni... Tak kan la org melayu kita.. Tak mungkin

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.061429 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top