CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adakah suami boleh rogol isteri?

20-6-2014 03:47 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 15530| Komen: 50

Description: SEORANG pembaca yang menamakan dirinya Puan L bertanya sama ada kelakuan suami dalam melakukan perhubungan seks dengan isterinya boleh didefinisikan sebagai jenayah rogol jika isterinya tidak rela ata ...

SEORANG pembaca yang menamakan dirinya Puan L bertanya sama ada kelakuan suami dalam melakukan perhubungan seks dengan isterinya boleh didefinisikan sebagai jenayah rogol jika isterinya tidak rela atau dipaksa. 


Puan L juga ingin tahu sama ada seksyen 375 Kanun Keseksaan akan dipinda bagi memasukkan kesalahan suami merogol isteri atau marital rape. Kemusykilan ini ditimbulkan kerana kata Puan L, beberapa negara lain telah menjadikan perbuatan suami mengadakan hubungan seks secara paksa dengan isteri sebagai suatu kesalahan jenayah. Penggunaan kekerasan oleh suami terhadap isterinya untuk melakukan seks adalah tidak bermoral dan merendahkan martabat seorang isteri.  Ini bersesuaian dengan istilah 'rogol' dalam undang-undang jenayah, yang merujuk kepada serangan seksual, di mana penyerang memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seksual.

Tetapi di Malaysia, seksyen 375 Kanun Keseksaan menyatakan persetubuhan antara suami dengan isteri dalam perkahwinan yang sah di sisi undang-undang tidak boleh dianggap sebagai rogol.
Bagaimanapun, perbuatan suami mendatangkan kecederaan atau menimbulkan ketakutan akan kematian kepada isterinya atau kecederaan kepada mana-mana orang lain bagi tujuan untuk mengadakan hubungan seks dengan isteri adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 375A. 


Elemen penting dalam perkara ini adalah kecederaan yang dilakukan oleh suami terhadap isteri. Ini juga  tidak bertentangan dengan mana-mana prinsip agama. Seksyen 375A Kanun Keseksaan dimasukkan atas syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang telah mengkaji Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004.  Dapatan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ini telah mencadangkan seksyen 375A tersebut bagi melindungi martabat dan kepentingan seorang isteri yang daripada dipaksa oleh suami untuk melakukan hubungan seks sehingga mendatangkan kecederaan. 

Namun Jawatankuasa itu tidak bersetuju bahawa perbuatan suami melakukan perhubungan seks tanpa kerelaan isteri atau dengan memaksa isteri sebagai suatu jenayah rogol di Malaysia dengan alasan ia bertentangan dengan undang-undang syariah dan juga agama lain.  Oleh itu, seksyen 375 Kanun Keseksaan tidak perlu dipinda kerana peruntukan untuk menghukum suami yang mendatangkan kecederaan kepada isteri telah terdapat dalam seksyen 375A kanun itu, cuma ia tidak diistilahkan sebagai rogol. 

Persoalan yang timbul sekiranya suami memaksa mengadakan hubungan seks tanpa kerelaan isteri tetapi tidak berlaku sebarang kecederaan kepada isteri, adakah isteri tidak boleh mendakwa suami atas apa juga alasan?    

Undang-undang lazim mendefinisikan rogol sebagai persetubuhan tanpa keizinan yang dilakukan oleh seorang lelaki ke atas seorang perempuan yang tidak dikahwininya.  Takrifan rogol merujuk tafsiran Seksyen 375 (a) - (e) serta huraiannya jelas menunjukkan semua elemen yang dinyatakan menjurus kepada jenayah rogol kecuali jika lelaki itu adalah suami kepada perempuan berkenaan.  

Jika berdasarkan takrifan dalam seksyen berkenaan, suami boleh melakukan apa sahaja perbuatan seksual terhadap isteri walaupun dalam keadaan isteri tidak rela atau tidak setuju. Maknanya, suami kebal daripada sebarang tuduhan rogol jika perempuan yang diperlakukan sebegitu adalah isterinya asalkan ia tidak mendatangkan kecederaan fizikal. Suami hanya boleh dikenakan tindakan undang-undang jika pihak isteri dapat membuktikan suami  telah mendatangkan kecederaan kepada isteri.

Dalam setiap jenayah perlu dibuktikan elemen mens rea (niat) dan actus rea (perbuatan). Jika dikaji semula, mens rea dalam perlakuan rogol ialah seseorang itu berniat untuk merogol mangsa dengan sengaja. Mangsa pula tidak rela diperlakukan sebegitu dan tidak mahu hubungan seks itu berlaku. Perkara yang boleh dibangkitkan sebagai mens rea berdasarkan definisi itu ialah hubungan seks itu berlaku tanpa kemahuan perempuan itu. Orang yang melakukan seks itu berniat untuk memaksa perempuan itu dan seks itu terjadi adalah kerana paksaan yang dibuat oleh lelaki itu. Oleh itu, ada persamaan antara perlakuan seks oleh suami tanpa kerelaan isteri dengan jenayah rogol berdasarkan Kanun Keseksaan. Perlakuan seks yang terjadi adalah  tanpa kerelaan perempuan itu dan wujudnya unsur paksaan dari pihak lelaki dan dilakukan dengan sengaja.

Dari segi actus reus pula, berlaku perlakuan memasukkan zakar ke dalam kemaluan perempuan tanpa kerelaan perempuan itu. Dalam kes suami paksa isteri melakukan hubungan seks ini, kedua-dua elemen penting jenayah iaitu actus reus dan mens rea wujud. Ini sepatutnya boleh membuatkan pihak lelaki (suami) di dakwa kerana jenayah rogol. Apakah kewajaran suami yang memaksa isteri mengadakan hubungan seks secara kekerasan tidak dikategorikan sebagai jenayah rogol? Daripada sudut agama dan adat pula, adakah menjadi kewajipan isteri melayan kehendak seks suami dalam apa jua keadaan?

Setakat ini jenayah terhadap wanita yang mewajibkan hukuman sebatan ialah di bawah Seksyen 376B. Seksyen 376 memberi budi bicara kepada mahkamah untuk mengenakan hukuman sebatan ke atas dakwaan rogol di bawah seksyen 375. Tetapi tidak pula dicadangkan bagi menambahkan hukuman berat ke atas kes marital rape.

Tambahan pula dalam sesetengah kebudayaan dan agama, istilah marital rape tidak wujud. Adakah ini bermakna setelah berkahwin wanita menjadi hak suami sepenuhnya dan boleh diperlakukan tanpa batasan? 

Tentulah sangat malang bagi seseorang wanita itu jika dia mendapat suami yang tidak bertimbang rasa.

2

Bagus
7

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 20-6-2014 07:31 AM
suka benor TT dgn thread2 seks...
Quote ultra78 20-6-2014 07:33 AM
Kalau dalam hukum Isle mcm mana pula?
Quote vespa_oren 20-6-2014 07:45 AM
ultra78 posted on 20-6-2014 07:33 AM
Kalau dalam hukum Isle mcm mana pula?

Hukum isle boarpun atas unte dibolehkan
Quote atira 20-6-2014 07:47 AM
utk para perogol.. sila buat begini

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1
Quote TuntungReturn 20-6-2014 07:51 AM
ultra78 posted on 20-6-2014 07:33 AM
Kalau dalam hukum Isle mcm mana pula?

nnti maideen akn ulas.
Quote FanTasyCreaTioN 20-6-2014 07:57 AM
setuju tang ni

Tentulah sangat malang bagi seseorang wanita itu jika dia mendapat suami yang tidak bertimbang rasa.

rasanya tak yah mintak2 .. tak yah paksa2 pun
kalau suami pandai menggembirakan hati isteri


Quote fifie_olin 20-6-2014 08:03 AM
salah la kot...dlm Islam mana bole paksa2...
Quote intriQue 20-6-2014 08:15 AM
kalau suami isteri faham tanggungjawab masing2 dan faham akan ganjaran dan balasan yg dijanjikan, tidak timbul soal paksaan.
Quote artcrime 20-6-2014 08:21 AM
noor2 posted on 20-6-2014 07:31 AM
suka benor TT dgn thread2 seks...

suke benor kamu yg terawal komen..

Quote bangcak 20-6-2014 08:23 AM
noor2 posted on 20-6-2014 07:31 AM
suka benor TT dgn thread2 seks...

lajuss nyesss
taksempat nak rebut posting pertama
Quote haryatie 20-6-2014 08:34 AM
kesian & susah nya jd perempuan
da kahwin pun kena rogol suami...
belum lagik berdepan ngn org luar/org lain...
menakutkan...

Quote noor2 20-6-2014 08:46 AM
bangcak posted on 20-6-2014 08:23 AM
lajuss nyesss
taksempat nak rebut posting pertama

siapa suh lewat...
Quote amylopectin 20-6-2014 08:48 AM
sian..isteri bukan untuk disakiti
Quote uori 20-6-2014 08:54 AM
Quote aurora273 20-6-2014 09:24 AM
vespa_oren posted on 20-6-2014 07:45 AM
Hukum isle boarpun atas unte dibolehkan

bagus lah, romantik sangat..
Quote secretservice 20-6-2014 09:26 AM
intriQue posted on 20-6-2014 08:15 AM
kalau suami isteri faham tanggungjawab masing2 dan faham akan ganjaran dan balasan yg dijanjikan, ti ...

amboi.....
Quote intriQue 20-6-2014 09:37 AM
secretservice posted on 20-6-2014 09:26 AM
amboi.....

Amboi knp tu?

Dlm hubungan suami isteri, kalau suami lembut dgn isteri, bertimbangrasa, tidak memaksa. Dan isteri pula faham ganjaran melayan suami.....

rasanya isu marital rape ni tak timbul kot

just my 2sen
Last edited by intriQue on 24-6-2014 02:59 PM

Quote secretservice 20-6-2014 09:38 AM
intriQue posted on 20-6-2014 09:37 AM
Amboi knp tu?

Dlm hubungan suami Iisteri, kalau suami lembut dgn isteri, bertimbangrasa, tid ...

ye betul tu
Quote ifanonline 20-6-2014 09:39 AM
sebab tu dlm islam bleh kawin 4...kalu salah seorang isteri tak rela, atau cuti...isteri yg lain bleh service...

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.076753 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top