CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Piala Dunia 2014 : Dilema Pemain Beragama Islam

19-6-2014 03:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7547| Komen: 30

Description: Pemain Yang Berkelahiran Perancis Itu Beraksi Baik Pada Perlawanan Pembukaan Cameroon Menentang Mexico Dan Layak Beraksi Untuk Negara Afrika Itu Kerana Bapanya. “Apabila Pasukan Kebangsaan Perancis ...
Bek kiri Cameroon Benoit Assou-Ekotto berkata dia tidak mempunyai sebab untuk dia cuba bermain bagi pasukan Perancis kerana negara itu akan menyalahkan pemain kulit hitam dan mereka yang beragama Islam apabila beraksi buruk.


Pemain yang berkelahiran Perancis itu beraksi baik pada perlawanan pembukaan Cameroon menentang Mexico dan layak beraksi untuk negara Afrika itu kerana bapanya.

“Apabila pasukan kebangsaan Perancis mendapat keputusan yang buruk, mereka akan mula berkata ada terlalu banyak pemain berkulit hitam ataupun yang beragama Islam dan sebagainya,” Assou-Ekotto memberitahu BBC.

“Dan saya tidak suka dengar komen negatif begini jadi tidak ada guna bagi saya beraksi bagi negara sebegini”.

Assou-Ekotto memulakan kariernya bersama Lens di Ligue 1 Perancis sebelum ditandatangani Martin Jol untuk Tottenham pada 2006.

Pemain berusia 30 tahun itu telah membuat 150 penampilan untuk pasukan White Hart Lane itu sebelum di pinjamkan kepada QPR musim lalu.
Dia beraksi sebanyak 32 kali untuk QPR musim lepas dan berjaya membantu mereka naik semula ke Liga Perdana.



3

Bagus
11

Marah
3

Terkejut
10

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 19-6-2014 12:49 PM
ingatkan dilema sebab kena main bulan pose tadi...
Quote arissamal 19-6-2014 07:13 PM
ntah ape2 laa.....
Quote pyropura 19-6-2014 07:19 PM

..sama jugak macam kat Melaya nih, apa apa yang burok, semua Cina selet yang dipersalahkan...
Quote hanakikan 19-6-2014 07:26 PM
Ingatkan dilema sebab kena puasa. Tp ari tu ada baca kat paper si ozil ckp kalau hari puasa xde game, dia akan puasa. Kalau ada game, nak x nak kena la x pose. Entah betul ke tak
Quote Czaziq 19-6-2014 07:30 PM
sian ya.. xpe mainla utk malaysia next time. huhu
Quote taikor 19-6-2014 07:42 PM
ini semua salah DAP
Quote indah30 19-6-2014 07:47 PM
pyropura posted on 19-6-2014 07:19 PM
..sama jugak macam kat Melaya nih, apa apa yang burok, semua Cina selet yang dipersalahkan...:la ...

selet lu lah...mmg cina suka selet lepas berak.
Quote mawarputih2612 19-6-2014 07:49 PM
Ala, mcm la klu tak puasa akan menang.
spain tu bpuasa sunat ko gamaknya
Quote Acong_II 19-6-2014 07:52 PM
SN073 - BOLA SEPAK - Pesona Yang Melalaikan
Rabu, 11 Jun 2008 23:04
SN Keluaran 2006

[SN073] Tidak seperti bulan-bulan biasa, bulan Jun ini telah dinanti sekian lama oleh para pencinta bola sepak dengan penuh debaran, resah dan gelisah, sehingga ada yang mengalami gejala ‘demam bola’. Ini semua adalah semata-mata disebabkan Pusingan Akhir Piala Dunia 2006 yang ketika ini sedang berlangsung di Jerman. Alangkah baiknya jika penantian bulan Ramadhan al-Mubarak disambut ketibaannya sedemikian juga. Belum pun reda kemeriahan penutup Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan pasukan bolasepak Chelsea dinobatkan selaku juara liga EPL, muncul pula temasya yang dianggap paling berprestij di muka bumi ini.

‘Sebiji bola, satu topik perbualan, satu dunia’ - itulah antara falsafah yang cuba dibawa olehnya. Presiden FIFA, Sepp Blatter di dalam satu wawancara dengan BBC di bawah segmen ‘extratime’ baru-baru ini mengatakan bahawa kesemua 64 perlawanan yang akan berlangsung seharusnya bukan sekadar melibatkan aksi-aksi menarik tetapi ia juga melibatkan emosi semua pihak yang terlibat. Ini termasuklah pihak penganjur, 32 buah negara, pemain dan para penonton. Dunia pada ketika ini telah menyaksikan pelbagai peristiwa-peristiwa yang menyedihkan. Maka telah tibalah masanya untuk kita melupakan sejenak dan sekurang-sekurangnya di dalam masa sebulan ini, seluruh dunia dapat bersatu dan hidup dengan aman.

Kenyataan yang diluahkan oleh Blatter itu boleh mengundang pelbagai persoalan dan interpretasi. Adakah beliau hanya menghendaki dunia ini hanya bersatu dan hidup aman di dalam masa sebulan? Yang lebih penting, adakah betul Piala Dunia akan dapat menyatu dan mengamankan dunia? Sejarah bola sepak dari peringkat kampung hinggalah ke peringkat dunia selalu menyaksikan pergaduhan, kelakuan liar, pertumpahan darah, rusuhan dan pelbagai keganasan lainnya. Ini belum dikira jenayah-jenayah yang berlaku di dalamnya seperti rasuah, judi, bookie, kecurian, penipuan dan macam-macam lagi. Kita sering mendengar atau menyaksikan perkara-perkara ini. Apakah ini yang dinamakan keamanan? Adakah sebiji benda bulat yang bergelar ’bola’ dapat mengembalikan keamanan dunia?

Wahai kaum Muslimin! Ingatlah bahawa Sang Kuffar Barat masih belum puas menyembelih umat Islam atas nama perang melawan keganasan (baca : Islam). Mereka tidak akan berhenti selagi seluruh kaum Muslimin, terutamanya penguasa-penguasanya tidak ’menyembah’ mereka. Sedarkah kita bahawa pasukan bolasepak dari Amerika Syarikat (AS) diberi kawalan rapi termasuklah di hotel-hotel penginapan mereka. Kerajaan Jerman memberi jaminan bahawa pasukan AS ini akan sentiasa dikawal ketat semata-mata kerana khuatir adanya bahaya serangan dari para ekstremis Islam. Wolfgang Schauble, Menteri Dalam Negeri dan Sukan, Jerman (yang juga adalah seorang anggota Germany’s Christian Democratic Union) bagaimanapun percaya bahawa pemain bukanlah target tetapi apa yang beliau khuatirkan ialah para penonton yang berkemungkinan menjadi sasaran serangan. Itulah kata-kata beliau apabila ditanya tentang kemungkinan terjadinya peristiwa sebagaimana yang berlaku ke atas pembunuhan 11 orang atlit Israel oleh rakyat Palestin pada Sukan Olimpik Munich 1972.

Dalam keghairahan kita menanti ’kegilaan’ ini, kita mesti sedar bahawa umat Islam tetap menjadi perhitungan utama Barat. Di samping persiapan ke arah perlawanan bola sepak, persiapan menghadapi kaum Muslimin tidak pernah hilang dari pertimbangan Barat. Perang Melawan Keganasan/Islam tidak mengenal tempat dan masa. Mereka sentiasa ingat akan agenda mereka untuk memburuk dan menghapuskan Islam. Bagaimana pula dengan umat Islam? Umat Islam sebaliknya telah leka dengan pesona dunia, terpukau dengan sebiji bola yang ditendang ke sana-sini dan dikejar oleh 22 orang manusia.
Quote Acong_II 19-6-2014 07:53 PM
Sejarah Kelam Bola Sepak

Sejarah bola sepak bermula sejak daripada zaman Dinasti Han di China pada kurun ke-2 Sebelum Masehi. Ketika itu ia dimainkan oleh para tentera Dinasti Han sebagai aktiviti untuk mengekalkan kecergasan para tenteranya. Permainan tersebut dimainkan dengan cara menendang bola ke dalam jaring kecil. Orang-orang Greek dan Roman purba juga dicatatkan pernah bermain permainan seumpamanya yang melibatkan 27 orang.

Permainan ’sepak-menyepak’ di England dicatatkan seawal 1300-an, yang ketika itu hanya dimainkan dengan menendang kepala musuh yang dipancung. Pada zaman pertengahan, ia kemudiannya berkembang menjadi permainan bola yang membolehkan pemainnya menendang, menumbuk, menggigit dan memukul. Setelah permainan tersebut menjadi ganas, ia telah diharamkan oleh King Edward ke III, manakala di Scotland, King James I telah mengharamkannya pada 1424.

Pada 1815, sekolah terulung di Britain, Eton College telah memperkenalkan peraturan baru yang kemudiannya telah diikuti oleh semua sekolah dan Universiti di England. Idea ini kemudian telah dikembangkan oleh beberapa kelab bola sepak di London untuk menetapkan peraturan-peraturan baru tersebut di dalam permainan bola sepak. Ini membawa kepada mesyuarat bola sepak pertama di England pada 26 Oktober 1863 di sebuah Ibu pejabat Freemason yang terletak di Great Queen Street, London. Mesyuarat tersebut telah bersetuju untuk menubuhkan Persatuan Bola Sepak British. Sejak itu, pertandingan bola sepak mula diadakan di pelbagai peringkat.

Sehinggalah ke hari ini. England menjadi pusat pertandingan liga bola sepak yang terunggul di dunia. Hampir setiap pemain mengimpikan untuk bermain di sana. Apa tidaknya, di sinilah tempat kegemilangan, kecemerlangan dan keterbilangan bola sepak dunia. Tambahan lagi, negara ini pernah menjadi ’tuan’ kepada banyak negara lain, termasuklah Malaysia. Jadi tidak hairanlah jika negara ini cukup menarik perhatian ramai pemain mahupun peminat bolasepak, termasuk di tanahair. Yang hairannya, kaum Muslimin semacam lupa bahawa inilah negara pembunuh kedua terbesar umat Islam, selepas AS. Negara penyokong kuat AS dan senantiasa menanti peluang untuk menyembelih umat Islam.

Quote Acong_II 19-6-2014 07:53 PM
’Bak Sihir yang Memukau’

Lenggok yang mempersonakan, kehebatan melepasi benteng pertahanan lawan, ketepatan penyudah merupakan aksi yang sentiasa dinanti-nantikan oleh para pencintanya. Penglihatan seolah-olah telah ‘digam’ di kaca TV ataupun skrin lebar. Hanya wisel separuh masa dan penamat sahaja yang dapat ‘menanggalkannya’. Bukan hanya seorang, tetapi berjuta-juta peminat terpukau dek pesona aksi bintang-bintang pujaan masing-masing. ’Benda bulat itu’ tidak mengenal manusia, muda atau tua, miskin atau kaya, hina atau mulia, yang berkulit hitam ataupun sawa, mereka akan setia menunggu setiap perlawanan, tidak kira apa waktunya. Semua kopi cap berjenama pasti laris untuk memastikan mata dapat disengkang di dalam masa sebulan ini, suatu amalan yang amat sukar dilakukan sebelum ini. Kesungguhan berjaga dan bangun malam ini amat menakjubkan! Alangkah baiknya jika senantiasa diamalkan oleh kaum Muslimin untuk bertahajjud dan bermunajat kepada Rabbnya.

’Aura’ temasya ini sangat berbeza dan jauh lebih hebat dari aura ’Akademi Fantasia’ ataupun ‘Malaysian Idol’. Ia seolah-olah telah berjaya meletakkan dunia di bawah pengaruhnya dengan pesona aksi pemain. Pemain-pemain ini tidak memerlukan mentera keramat untuk memukau. Mereka juga tidak perlu berada di hadapan mata para pencinta. Cukup sekadar menonton aksi menerusi paparan elektronik sudah memadai untuk ‘memukau’ jutaan manusia di seluruh dunia. Setiap mata begitu takut untuk berkelip terutama ketika aksi serangan dilakukan, semata-mata khuatir akan terlepas aksi menjaringkan gol. GOOOOOL!!! Itulah kata-kata yang mengakhiri sebuah penantian. Saat yang paling dinanti-nanti! Kata-kata yang menggembirakan hati musuh-musuh Allah dikala melihat dan mendengar ianya dilaungkan oleh umat Islam. Alangkah mulianya jika kaum Muslimin melaungkan takbir penyatuan dan kebesaran Allah, ALLAHU AKBAR!!!, di kala melihat kekejaman yang dilakukan oleh kaum kuffar ke atas saudaranya. Kata-kata yang paling dibenci dan ditakuti oleh musuh-musuh Allah. Itulah saat yang paling digeruni oleh Barat, apabila kaum Muslimin bangkit dari kealpaan mereka dan melafazkan apa yang pernah Rasulullah lafazkan!

Hari ini, fokus perbincangan umat Islam telah bertukar. Di mana-mana orang bercakap tentang bola, dari kedai kopi hinggalah ke pejabat menteri. ’Jatuh standard’ sekiranya tidak ikut serta dalam perbincangan, apatah lagi jika tidak mengetahui perkembangan-perkembangan terkini tentang perlawanan. Kejadian-kejadian lain yang menimpa umat Islam sudah tidak lagi menarik perhatian. Hidangannya telah basi dan perlu diketepikan, jika pun tidak dibuang. Gempa bumi di Yogyakarta, Indonesia, peristiwa pembunuhan di Iraq, Afghanistan, penderaan ke atas tahanan Islam di penjara Teluk Guatanamo, penghinaan ke atas Al-Qur’an, penghinaan ke atas Rasulullah dan banyak lagi peristiwa lainnya semakin pudar dari ingatan. Yang perlu diingat sekarang ialah keputusan-keputusan perlawanan terkini untuk menentukan pasukan mana yang akan berentap pada perlawanan akhir. Inilah yang paling dinanti – kemuncak kepada segala kealpaan. Berapa ramai yang akan mengambil cuti atau MC demi bola tercinta. Jika ada isteri yang ingin melahirkan anak sulung sekalipun, didoakan kepada Tuhan supaya tidak bersalin pada ketika ini, semata-mata tidak mahu terlepas dari ’kenikmatan dunia’ ini

Wahai kaum Muslimin! Jangan sekali-kali kamu terpukau dengan ’sihir’ baru ini sehingga melupakan kewajiban kamu, melupakan nasib yang menimpa saudara kamu. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menafikan seseorang itu sebagai sebahagian dari kaum Muslimin jika dia bangun pada pagi hari dan tidak menghiraukan apa yang telah berlaku ke atas saudara-saudaranya. Sabda baginda,

“Siapa sahaja yang bangun di pagi hari dan perhatiannya adalah kepada selain Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka ia tidak berurusan dengan Allah. Dan barangsiapa yang bangun dan tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka ia tidak termasuk sebahagian daripada mereka (kaum Muslimin)”
[HR Hakim dan al-Khathib dari Hudzaifah ra]
Quote Acong_II 19-6-2014 07:53 PM
Hukum ‘Lahwun’ dan ’Lahwun Munadzzomun’

Bola sepak merupakan suatu permainan am iaitu "Lahwun" dalam bahasa Arabnya. Penggunaan kata lahwun terdapat di dalam Al Quran dan Al-Hadis. Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda

"Hendaklah kalian sentiasa berlatih memanah kerana ia merupakan sebaik-baik lahwun"
[HR. Al-Bazzar, At- Thabrani dan Sa'ad].

Lahwun di sini membawa maksud permainan. Sedangkan dalam surah Luqman:6:

"Dan di antara manusia ada orang-orang yang mempergunakan lahwal Hadis".

Erti lahwun di sini adalah senda gurau (dalam konteks orang kafir yang mengolok-olokkan ayat-ayat Allah) . Erti yang mencakup seluruh makna lahwun di dalam Al-Quran dan Al-Hadis adalah menyibukkan diri dalam mengerjakan sesuatu yang dilarang (haram/makruh) atau melakukan permainan yang mubah (boleh) yang mengakibatkan seseorang menjauhkan diri dari aktiviti melaksanakan perkara yang wajib dan sunnah.

Dalam pandangan Islam, sukan termasuk lahwun yang diperbolehkan. Di dalam masalah ini jenis sukan yang diunjurkan oleh Islam adalah sukan yang tujuannya membina setiap muslim untuk menjadi seorang mujahid, misalnya berkuda, memanah, menembak, merejam lembing, renang, lari, gusti dan silat. Tentu sahaja semua ini dibolehkan selagi ia tidak mengakibatkan tertinggalnya suatu kewajiban. Imam As-Syathibi menyatakan:

"Hiburan, permainan dan bersantai adalah mubah atau boleh asal tidak terdapat suatu perkara yang terlarang." Selanjutnya beliau juga menambahkan: "Namun demikian, perkara tersebut tercela dan tidak disukai oleh para ulama'. Bahkan mereka tidak menyukai seorang lelaki yang dipandang tidak berusaha untuk memperbaiki kehidupannya di dunia dan tempat kembalinya di akhirat kelak, kerana ia telah menghabiskan waktunya dengan berbagai macam kegiatan yang tidak mendatangkan suatu hasil duniawi atau ukhrawi."

Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam satu Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dengan sanad yang sahih:

"Setiap permainan di dunia ini adalah batil kecuali tiga perkara: memanah, menjinakkan kuda dan bermain dengan isteri."

Yang dimaksudkan dengan batil di sini ialah sia-sia atau yang seumpamanya, yang tidak berguna serta tidak menghasilkan buah yang dapat dipetik [lihat Al-Muwaafaqaat, Jilid l, m/s 84]. Selain yang dibolehkan, ada juga lahwun yang diharamkan oleh Islam seperti permainan judi dan juga apa-apa permainan mubah yang dibolehkan tetapi mengarah kepada yang haram atau meninggalkan kewajipan. Yang terakhir ini termasuk dalam kaedah syara': "Setiap sesuatu yang menghantarkan kepada yang haram, hukumnya haram ".

Lahwun munadzzomun (hiburan dan permainan yang terorganisasi) bermaksud suatu hiburan dan permainan yang telah diatur sedemikian rupa dengan pelbagai jenis program serta waktu penyelenggaraannya. Untuk itu maka dilantik beberapa orang pegawai, sehingga menjadi suatu misi penting menurut pandangan para pengaturnya. Cirinya yang paling menonjol adalah bersifat umum dan menyeluruh di pelbagai sektor kehidupan serta melibatkan seluruh lapisan masyarakat. Ia memiliki tujuan yang dapat menimbulkan berbagai macam bahaya terhadap umat dengan tidak memerhatikan tolok ukur yang benar iaitu halal dan haram. Permainan ini mempunyai pasukan tertentu (misalnya 3, 6 atau 11 orang pemain), pelatih, pengurus pasukan untuk peringkat kampung, mukim, daerah, negeri hingga peringkat kebangsaan bahkan ke peringkat benua dan antarabangsa. Setiap peringkat mempunyai pegawai yang tetap, masa-masa latihan dan jadual pertandingan sesuai dengan turutan di atas. Setiap pasukan mempunyai penyokong yang setia yang akan menghabiskan seluruh tenaga dan wang hanya untuk menyaksikan aksi pasukan idola mereka dan seterusnya mengharap akan kemenangannya. Mereka bermain ataupun menonton tanpa mengendahkan hukum-hukum syara' baik dalam ucapan, tingkah laku, berpakaian (apatah lagi wanita), mahupun penggunaan waktu.

Yang lebih dasyat, lahwun munadzzomun ini merupakan permainan yang jelas-jelas berasaskan assabiyyah (kebangsaan) dan wathaniyyah (patriotisme). Setiap orang akan bermain mati-matian untuk mempertahankan tempat, negeri, negara atau bangsa masing-masing. Bagi penonton, mereka akan merasa puas dan bangga bila pasukan tempat/negara mereka mengalahkan pasukan dari negara atau bangsa lain. Bagi pemain, perasaan tersebut lebih ketara. Mereka benar-benar berjuang dan merasa puas dengan kemenangan yang dicapai ’demi membela kehormatan bangsa dan negara'. Inilah hakikat lahwun munadzzomun, satu keharaman yang jelas lagi nyata!.

Umat Islam seharusnya menyedari tentang fakta lahwun munadzzomun agar dapat menghadapi bahaya yang tersembunyi. Umat hendaklah menyedari bahawa permainan atau hiburan yang terorganisasi itu telah dirancang oleh musuh-musuh Islam dan memiliki tujuan-tujuan yang sangat merbahaya yang mengancam nilai kehidupan yang sangat berharga dan mulia iaitu Islam.. Umat juga hendaklah mengetahui siapakah di sebalik segala pandangan tersebut serta mengetahui bagaimana cara menghadapinya. Mungkin ada kebenarannya pernyataan dalam Protokol ke 13 dari Protocols of Zion (diterbitkan pertama kali oleh Prof. Sergyei Nihrs di Rusia pada tahun 1902) dengan jelas menyebut bahawa gerakan Zionisme merancang untuk mengundang masyarakat, melalui akhbar-akhbar ketika itu, untuk mengikuti pelbagai perlawanan dalam setiap jenis sukan yang sudah diprogramkan. Kesenangan baru tersebut secara pasti melenakan masyarakat dari masalah-masalah konflik politik dengan orang-orang Yahudi. Secara beransur-ansur perkara itu akan menghancurkan kekuasaan berfikir masyarakat. Dengan demikian akan menjadikan warga Zionis sebagai anggota masyarakat yang siap dengan konsep-konsep baru.

Quote Acong_II 19-6-2014 07:53 PM
Khatimah

Wahai mereka yang terpesona! Ingatlah akan firman Allah,

"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan dimintai pertanggungjawabannya"
[TMQ Al-Israa':36].

Janganlah kalian terpedaya dengan program-program kaum Kuffar yang cuba untuk melalaikan umat Islam terhadap segala kekejaman, penindasan dan pembunuhan yang telah mereka lakukan ke atas umat Islam. Sedarlah bahawa sudah sekian lama iaitu kira-kira 82 tahun umat Islam di dunia ini telah diperkotak-katikkan, diperbodoh-bodohkan dan dibunuh habis-habisan tanpa pembelaan akibat lenyapnya satu kekuasaan Islam yang bergelar Khilafah. Inilah kekuatan yang telah runtuh, diruntuhkan oleh kaum Kuffar dan agen mereka.

Wahai kaum Muslimin! Bayangkanlah sekiranya Rasulullah masih bersama kita, adakah Rasulullah akan merestui apa yang kita lakukan. Apakah perbuatan sesetengah kita yang begitu gilakan bola ini akan mendapat pujian dari Rasulullah? Atau adakah Rasulullah akan membiarkan umatnya tenggelam dalam pesona kegilaan ini? Pernahkah kita terfikir tentang apakah harapan Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada umatnya di akhir zaman? Adakah baginda mengharapkan umat Islam menjadi ’kaki bola’? Atau sebaliknya Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengharapkan umat Islam berjuang untuk menegakkan semula Deen Allah di muka bumi ini? Junjungan kita begitu kasihkan kita dengan meletakkan setinggi-tinggi harapan agar kita benar-benar berpegang kepada Islam. Malangnya, sebahagian dari kaum Muslimin tidak mengasihi baginda sebagaimana yang baginda harapkan. Saudaraku, inilah harapan Rasulullulah kepada kalian semua – mengembalikan semula kehidupan Islam dengan jalan mendirikan Daulah Khilafah sebagaimana yang baginda telah wariskan kepada para Khulafa’ur-Rashidun...

Quote Acong_II 19-6-2014 07:54 PM
SUMBER: http://www.mykhilafah.com/sautun ... ona-yang-melalaikan
Quote sekngucing 19-6-2014 08:05 PM
acong dah mula bawak ajaran sesat
Quote ultra78 19-6-2014 08:07 PM
Skrg acong dah jadi ustaz ke?
Quote AMDTurion 19-6-2014 08:08 PM
good job!!!
Quote axl_bach 19-6-2014 08:11 PM
hanakikan posted on 19-6-2014 07:26 PM
Ingatkan dilema sebab kena puasa. Tp ari tu ada baca kat paper si ozil ckp kalau hari puasa xde game ...

Tidak berpuasa bagi Ozil adalah suatu rukhsah,sbb kerjaya dia tu bleh dikira kerja berat di bln ramadan...
Quote sigila 19-6-2014 08:12 PM
Acong dah insap ???

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

22-4-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.085044 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top