CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Utm Perkenal Reaktor Mini Biodiesel Mudah Alih

4-6-2014 11:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7117| Komen: 5

Description: Pengarah Ekspedisi Biodiesel 2014, Khairul Iman Khiruzzaki Berkata, Reaktor Yang Boleh Menjana 15 Liter Bahan Bakar Alternatif Biodiesel Yang Dikenali Sebagai B5 Daripada Minyak Masak Terpakai Dalam T ...

Pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia bersama Fakulti Petroleum dan Tenaga Diperbaharui Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menunjukkan Rektor Mini Biodiesel Mudah Alih yang boleh menghasilkan Biodiesel pada sidang media di UTM, Skudai di Johor Bahru hari ini. 

JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini memperkenalkan reaktor mini biodiesel mudah alih, hasil ciptaan terbarunya dalam usaha meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan dan kegunaan biodiesel.

Pengarah Ekspedisi Biodiesel 2014, Khairul Iman Khiruzzaki berkata, reaktor yang boleh menjana 15 liter bahan bakar alternatif biodiesel yang dikenali sebagai B5 daripada minyak masak terpakai dalam tempoh dua jam.

Pelajar tahun dua Kejuruteraan Kimia Bioproses itu berkata, reaktor itu yang pertama seumpamanya di Malaysia, dibina hasil kesinambungan program "Go Green
Go Global", program yang mempromosikan penggunaan biodiesel oleh universiti itu pada 2009.

"Diharapkan ia dapat memberi lebih pendedahan dan menarik minat lebih ramai pelajar untuk berkecimpung dalam bidang kejuruteraan," katanya kepada pemberita di UTM, Skudai, hari ini.

Seramai 19 pelajar tahun satu dan dua dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Tenaga Diperbaharui terbabit dalam projek itu, katanya.

Khairul berkata, reaktor seperti itu sudah ada di pasaran tetapi dalam skala besar dan digunakan di kilang, manakala prototaip itu yang dibina dengan kos RM15,000 itu lebih sesuai untuk industri kecil dan sederhana.

Buat masa ini, reaktor ini hanyalah prototaip bagi tujuan penyelidikan dan digunapakai bagi demonstrasi di sekolah dan untuk masyarakat umum.

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Kimia, Dr Norzita Ngadi berkata pihaknya merancang untuk bekerjasama dengan pihak swasta untuk mengadakan reaktor mini bagi tujuan komersil pada masa depan.

Beliau, yang juga penasihat projek itu berkata, program kesedaran seumpama ini perlu lebih kerap diadakan memandangkan ramai pelajar terutama di peringkat rendah dan menengah masih tidak tahu apa itu biodiesel dan penggunaannya.

Setakat ini, UTM itu telah mengadakan jelajah biodiesel ke lapan negara termasuk Vietnam, Laos, China dan Indonesia. 

23

Bagus
27

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
22

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 3-6-2014 05:29 PM
STONER posted on 3-6-2014 04:57 PM
tak abis2 untuk masa depan. org nk guna skrg laaa....


Quote kumbang7 3-6-2014 05:31 PM
STONER posted on 3-6-2014 04:57 PM
tak abis2 untuk masa depan. org nk guna skrg laaa....

gila ko nk guna sekarang, mau bankrup brunei, arab saudi, iran, venezuela n xlupa malaysia
Quote otai_g 3-6-2014 05:32 PM
malaysia ni bnyk sgt prototaip.. lama2 prototaip tu basi n simpan dlm library jerk la...
Quote CiliPadiSedap 3-6-2014 05:33 PM
STONER posted on 3-6-2014 04:57 PM
tak abis2 untuk masa depan. org nk guna skrg laaa....

masa depan lah sangat.

at the end import daripada luar negara.

akak bukan pe, kepakaran tempatan tak di hargai dalam  negara.

market malaysia pun tak memberangsangkan.

jadi ada baiknya yang pakar2 ni kerja company besar untuk patent this product.



Quote mikasa 3-6-2014 05:56 PM
otai_g posted on 3-6-2014 05:32 PM
malaysia ni bnyk sgt prototaip.. lama2 prototaip tu basi n simpan dlm library jerk la...

Paper dah publish. Duit dah dpt. Tittle prof dah dpt..apa lagi nak buat

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.397305 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top