CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2133|Reply: 5

[Tempatan] Bahan bakar masa depan- UTM perkenal reaktor mini biodiesel mudah alih

[Copy link]
Post time 3-6-2014 04:39 PM | Show all posts |Read mode

Pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia bersama Fakulti Petroleum dan Tenaga Diperbaharui Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menunjukkan Rektor Mini Biodiesel Mudah Alih yang boleh menghasilkan Biodiesel pada sidang media di UTM, Skudai di Johor Bahru hari ini. - Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini memperkenalkan reaktor mini biodiesel mudah alih, hasil ciptaan terbarunya dalam usaha meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan dan kegunaan biodiesel.

Pengarah Ekspedisi Biodiesel 2014, Khairul Iman Khiruzzaki berkata, reaktor yang boleh menjana 15 liter bahan bakar alternatif biodiesel yang dikenali sebagai B5 daripada minyak masak terpakai dalam tempoh dua jam.

Pelajar tahun dua Kejuruteraan Kimia Bioproses itu berkata, reaktor itu yang pertama seumpamanya di Malaysia, dibina hasil kesinambungan program "Go Green
Go Global", program yang mempromosikan penggunaan biodiesel oleh universiti itu pada 2009.

"Diharapkan ia dapat memberi lebih pendedahan dan menarik minat lebih ramai pelajar untuk berkecimpung dalam bidang kejuruteraan," katanya kepada pemberita di UTM, Skudai, hari ini.

Seramai 19 pelajar tahun satu dan dua dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Tenaga Diperbaharui terbabit dalam projek itu, katanya.

Khairul berkata, reaktor seperti itu sudah ada di pasaran tetapi dalam skala besar dan digunakan di kilang, manakala prototaip itu yang dibina dengan kos RM15,000 itu lebih sesuai untuk industri kecil dan sederhana.

Buat masa ini, reaktor ini hanyalah prototaip bagi tujuan penyelidikan dan digunapakai bagi demonstrasi di sekolah dan untuk masyarakat umum.

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Kimia, Dr Norzita Ngadi berkata pihaknya merancang untuk bekerjasama dengan pihak swasta untuk mengadakan reaktor mini bagi tujuan komersil pada masa depan.

Beliau, yang juga penasihat projek itu berkata, program kesedaran seumpama ini perlu lebih kerap diadakan memandangkan ramai pelajar terutama di peringkat rendah dan menengah masih tidak tahu apa itu biodiesel dan penggunaannya.

Setakat ini, UTM itu telah mengadakan jelajah biodiesel ke lapan negara termasuk Vietnam, Laos, China dan Indonesia. - Bernama


p/s- adakah kebergantungan terhadap petroleum akan berakhir nanti?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2014 05:29 PM | Show all posts
STONER posted on 3-6-2014 04:57 PM
tak abis2 untuk masa depan. org nk guna skrg laaa....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2014 05:31 PM | Show all posts
STONER posted on 3-6-2014 04:57 PM
tak abis2 untuk masa depan. org nk guna skrg laaa....

gila ko nk guna sekarang, mau bankrup brunei, arab saudi, iran, venezuela n xlupa malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 05:32 PM | Show all posts
malaysia ni bnyk sgt prototaip.. lama2 prototaip tu basi n simpan dlm library jerk la...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 05:33 PM | Show all posts
STONER posted on 3-6-2014 04:57 PM
tak abis2 untuk masa depan. org nk guna skrg laaa....

masa depan lah sangat.

at the end import daripada luar negara.

akak bukan pe, kepakaran tempatan tak di hargai dalam  negara.

market malaysia pun tak memberangsangkan.

jadi ada baiknya yang pakar2 ni kerja company besar untuk patent this product.



Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g posted on 3-6-2014 05:32 PM
malaysia ni bnyk sgt prototaip.. lama2 prototaip tu basi n simpan dlm library jerk la...

Paper dah publish. Duit dah dpt. Tittle prof dah dpt..apa lagi nak buat
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.654297 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list