CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Letak Calon Melayu Di Teluk Intan Hanya 'Hiasan' Dap - Dr. Mahathir

21-5-2014 10:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2030| Komen: 0

Description: Tindakan Dap Meletakkan Calon Melayu Pada Pilihan Raya Kecil (Prk) Parlimen Teluk Intan Merupakan Tindakan 'Hiasan Luaran' Parti Itu Bagi Mengaburi Mata Orang Melayu, Kata Bekas Perdana Menteri, Tun D ...


Letak calon Melayu di Teluk Intan hanya 'hiasan' DAP - Dr. Mahathir

MELAKA 19 Mei - Tindakan DAP meletakkan calon Melayu pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan tindakan 'hiasan luaran' parti itu bagi mengaburi mata orang Melayu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, tidak mustahil ramai orang Melayu akan menyokong calon DAP itu kerana sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu mudah tertipu dengan tindakan seperti itu.

"Tindakan itu hanya hiasan luaran sahaja tiada harapan apa-apa (diletakkan kepada calon itu), kalau dia (calon itu) menang dia menanglah," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau berucap pada program Chancellor's Talk di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan.


PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan DAP meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calonnya menentang calon Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=804348&extra=page%3D1&page=1


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.082040 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top