CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Kekasih Kerana Sayur Sawi?

12-5-2014 05:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14342| Komen: 69

Description: Dalam Kejadian Itu, Mangsa, Josyua Jesbon, 30, Meninggal Dunia Di Wad Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (Hqe) Akibat Luka Di Dada Kiri Akibat Ditikam Menggunakan Pisau Sepanjang 20 Sentimeter.


Akibat ditegur caranya memotong sawi salah, seorang wanita sanggup menikam teman lelakinya hingga mati di sebuah bilik sewa di tingkat tiga, Bandaran Berjaya, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa, Josyua Jesbon, 30, meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE) akibat luka di dada kiri akibat ditikam menggunakan pisau sepanjang 20 sentimeter.

Wanita itu yang juga kekasih mangsa berusia 28 tahun kemudian menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu selepas dinasihatkan berbuat demikian oleh salah seorang rakannya.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati cara wanita itu memotong sawi tidak disukai teman lelakinya.

“Selepas itu, berlaku pertengkaran dan wanita itu tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh mangsa lalu terus melakukan kerjanya.

“Sebaik saja selesai memotong sawi, dia kemudian duduk menghadap mangsa.

Ketika itu, mangsa masih tidak berpuas hati lalu memukul dan menumbuk kekasihnya bertubi-tubi.

“Wanita itu pada awalnya hanya menahan kesakitan, tetapi apabila berterusan dibelasah, dia yang sudah tidak tahan terus mengambil sebilah pisau dan menikam dada kiri mangsa.

“Berikutan tikaman itu, mangsa rebah dan wanita itu bergegas keluar dari bilik lalu mengetuk bilik sewa lain untuk meminta pertolongan,” katanya.

Seorang penghuni bilik itu kemudian keluar lalu memberikan telefon bimbit kepada wanita itu untuk menghubungi ambulans.

Mangsa dibawa ke Wad Kecemasan HQE, tetapi disahkan sudah meninggal dunia.

Polis juga sudah merampas sebilah pisau berukuran 20 sentimeter dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Forensik di HQE untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

6

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
10

Sedih
15

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nsmj 12-5-2014 02:06 PM
Alahai pasal cara potong sayur.  Mungkin gf die terlalu tensyen kena kondem.  Tu yang stress terus tikam bf die kot.  
Quote indras 12-5-2014 02:11 PM
ngeh2x...potong sayur salah pun marah...mcm cite PRamlee...
Quote shernazz 12-5-2014 02:14 PM
dah x suka, potong sayur pung jadi masalah
Quote peachRose 12-5-2014 02:14 PM
kl aku..aku pun pantang org byk komen pasal cara masak ni..
lantak aku la nk masak mcmn..nk potong sayur potong lauk mcmn..
yg sampai tumbuk2 lempang2 tu pesal?
mmg layak le mampus awal2..jd laki nanti, si pompuan ni mkn penampo hari2 la kekdahnya..
Quote solstice 12-5-2014 02:15 PM
Patutlah kena tikam
BF yg saiko
Quote kegimaru 12-5-2014 02:20 PM
rasain lho
Quote ad_hoc79 12-5-2014 02:20 PM
geram sangat dah tu. dipukul bertubi2... mana tahan
Quote justchu 12-5-2014 02:21 PM
padan jugak muka lelaki tersebut
sedar2 dah dlm kubor
oii makkkk....
menyesal dalam kubor sudah tidak berguna lagi
bagu jugak ko mati awal2
takut2 nnt org lain plk yg mati ko belasahkan
Quote matchstick 12-5-2014 02:21 PM
bf nya bodoh.. belasah gf x potong sayur ikut cara dia. selayaknya lah kena tikam. gi potong sayur kt alam barzakh sana
Quote willow12 12-5-2014 02:24 PM
Rasa mcm tak logik je sampai bertikam2.. tapi tu lah realiti kehidupan.. kes2 bunuh diri pun makin banyak skrg ni.
Quote Dewa19XKangen 12-5-2014 02:26 PM
memang layak kena tikam,kaki pukul rupanya,lantak la bukan muslim pun..
Quote Ferr_Remy 12-5-2014 02:26 PM
Jesbon.. my name is James Bond

Quote Tok_Batin 12-5-2014 02:29 PM
Ada saksi kah? Lelaki yang dah mati tu tak boleh defend himself.

Takkan pasal potong sayur sahaja pun nak bertumbuk dan bergaduh sampai kena tikam?
Quote batmana 12-5-2014 02:36 PM
BF dia keturunan juri masakan tahap hell kicthen kot..

skrg duk dlm hell la jawabnye..

Quote xtahumenahu 12-5-2014 02:38 PM
tu boleh dikira membunuh tanpa niat ke?
Quote amiraira 12-5-2014 02:38 PM
haaaaa...
baru tahu langit tinggi rendah
Quote prettyuglybabe 12-5-2014 02:41 PM
orang dah bersusah payah masak siapkan makan pun cukup bagus. species pukul pompuan ni memang elok la kena tikam
Quote miniminimor 12-5-2014 02:41 PM
Tok_Batin posted on 12-5-2014 02:29 PM
Ada saksi kah? Lelaki yang dah mati tu tak boleh defend himself.

Takkan pasal potong sayur sahaj ...

setuju
si mati xdpt nak defend sendiri
si ppuan ni bg kenyataan mcm ni, terus kita simply tuduh si mati macam2
hati2 dgn perkataan yg keluar dr mulut kita, jatuh fitnah nanti


Quote amyainsamad 12-5-2014 02:43 PM
bf dia sedara ngn gordon ramsey ni...byk nooo komplen

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.076616 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top