CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Perlu Pemain Berpengalaman Untuk Piala Dunia - Kapten

6-5-2014 01:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4826| Komen: 17

Description: Beliau Berkata Berdasarkan Persembahan Skuad Negara Pada Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 Yang Menutup Tirai Hari Ini, Jelas Kelihatan Benteng Pertahanana Negara Perlu Diberi Perhatian Serius Jika ...



KUANTAN - Kapten skuad hoki negara, Azlan Misron berpendapat bahawa Malaysia memerlukan khidmat pemain berpengalaman untuk mengalas cabaran yang lebih sukar pada Piala Dunia di The Hague, Belanda dari 31 Mei hingga 15 Jun ini.


Beliau berkata berdasarkan persembahan skuad negara pada Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 yang menutup tirai hari ini, jelas kelihatan benteng pertahanana negara perlu diberi perhatian serius jika tidak ingin menjadi pasukan belasahan.

"Apa pun terpulang kepada jurulatih Muhammad Dharmaraj Abdullah untuk membuat keputusan akhir pemilihan pemain bagi mengalas cabaran ke Belanda, kerana beliau lebih arif dalam perkara ini," katanya.

Walaupun gagal mara ke final, Malaysia berjaya melakar sejarah tersendiri apabila menduduki tempat ketiga setelah menewaskan Kanada 4-2 pada perlawanan penentuan di sini Ahad.

Sebelum ini, pencapaian terbaik Malaysia ialah kedudukan keempat pada edisi pertama di Kuala Lumpur pada 2001 dan 2012 di Argentina.

Azlan berkata kejayaan itu diharap dapat menyuntik semangat pemain untuk mencipta kejutan pada saingan Piala Dunia nanti.

Sementara itu, pemain berpengalaman Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil turut bersetuju dengan pendapat Azlan bahawa khidmat pemain senior diperlukan bagi menghadapi cabaran yang lebih getir pada Piala Dunia.

Beliau berpendapat pemain remaja dalam skuad senior memerlukan masa untuk mendapat keserasian dan ianya mustahil dapat dilakukan dalam tempoh masa singkat.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
9

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wana89 5-5-2014 02:51 PM
@SulurBidar pe pendapat??
Quote the_killer 5-5-2014 02:52 PM
wana89 posted on 5-5-2014 02:51 PM
@SulurBidar pe pendapat??

aku nak je ngk Malaysia vs Indon...dalam Hoki...
Quote crossfire 5-5-2014 02:53 PM
the_killer posted on 5-5-2014 02:52 PM
aku nak je ngk Malaysia vs Indon...dalam Hoki...

Kita perlukan Paolo Rangel
Quote wana89 5-5-2014 02:55 PM
the_killer posted on 5-5-2014 02:52 PM
aku nak je ngk Malaysia vs Indon...dalam Hoki...

nanti ada porumer indon kata malaysia takut dikalahkan pula nanti..superior complex..
Sukan sea ari tu perempuan pun dah kena belasah,lelaki..xperlu la kata..
Quote wana89 5-5-2014 02:56 PM
the_killer posted on 5-5-2014 02:52 PM
aku nak je ngk Malaysia vs Indon...dalam Hoki...

Tapi depa aim hoki sukan sea ari tu pingat emas tau..mampu??
Last2 gangsa pun xdpt..
Quote SulurBidar 6-5-2014 09:10 AM
wana89 posted on 5-5-2014 02:51 PM
@SulurBidar pe pendapat??

Betul..
Aku setjju pendapat kapten skuad hoki negara..
Baljit, Sharul Nabil, Hafifi Hafiz, Selvaraju, Kelvinder Singh.

Ini nama2 yg patut ada dlm barisan skuad hoki negara.
Quote wana89 6-5-2014 09:12 AM
SulurBidar posted on 6-5-2014 09:10 AM
Betul..
Aku setjju pendapat kapten skuad hoki negara..
Baljit, Sharul Nabil, Hafifi Hafiz, Selva ...

hari tu pukulan penalti  masa lawan kanada macam xkemas..padahal kita lead dah masa tu..
begitu gak masa game
Quote the_killer 6-5-2014 09:15 AM
wana89 posted on 6-5-2014 09:12 AM
hari tu pukulan penalti  masa lawan kanada macam xkemas..padahal kita lead dah masa tu..
begi ...

hoki ni di peringkat asia tenggara...memang kita dah jadi terlalu kuat...hanya temasik dan tahiland je yg bley tahan..tp itu pon kena belasah....kalo di peringkat asia...memang kita diantara yang digeruni kerana malaysia memang diketahui sebagai memiliki corak permainan laju....di peringkat dunia...kita mampu memberi tentangan sengit pada juara dunia jerman dan australia
Quote SulurBidar 6-5-2014 09:26 AM
Yindon caprut nak lawan Malaysia????

Bagi skuad lelaki caprut; aku nasihatkan
Tewaskan dulu skuad hoki Myanmar sebanyak 5 kali berturut-turut dlm test match.
Jika menang, depa kena tewaskan skuad Thailand sebanyak 5 kali secara berturut-turut.
Bila dah menang dgn Thailand, caprut kena tewaskan Sri Lanka sebanyak 5 kali..... maka ada 10 skuad Asia lagi yang yindon caprut kena kena tewaskan.
Kalau dah mampu tewaskan 10 pasukan ni, baru layak jumpa Malaysia..)

Kalau pompuan,
Sama.. tewaskan Myanmar dulu..
Lepas tu Pakistan...
Dan Hong Kong..
Dan ada 7 lagi pasukan Asia yg yindon caprut kena tewaskan sebelum jumpa Malaysia. kalau dah tewaskan 7 tim ni, baru korang layak lawan Malaysia . Last edited by SulurBidar on 6-5-2014 09:30 AM

Quote SulurBidar 6-5-2014 09:34 AM
wana89 posted on 5-5-2014 02:55 PM
nanti ada porumer indon kata malaysia takut dikalahkan pula nanti..superior complex..
Sukan se ...

Aku tengok masa SEA games tahun lepas, skuad hoki negara baik lelaki mahupun wanita, macam turun pi training. Main sambil senyum dan gelak.
Quote the_killer 6-5-2014 09:39 AM
SulurBidar posted on 6-5-2014 09:34 AM
Aku tengok masa SEA games tahun lepas, skuad hoki negara baik lelaki mahupun wanita, macam turun p ...

masa belasah kemboja 30 - 0 aritu aku rasa kita tak patut nak buat mcm tu....aku rasa better hantar budak2 sekolah sukan hoki saja p sukan sea
Quote MengkuduMasam 6-5-2014 09:56 AM
the_killer posted on 6-5-2014 09:39 AM
masa belasah kemboja 30 - 0 aritu aku rasa kita tak patut nak buat mcm tu....aku rasa better hanta ...

anta under 16 da ckup...

anta sekolah sukan pun ok...
Quote OrangKita 6-5-2014 10:06 AM
skuad hoki yg kalah baru2 ni kena abik iktibar...
bila dah lead 4-1 dgn NZ tp kena kejor smpai seri 4-4 MUJUR menang penalti
bila dah lead 2-0 dgn kanada kena kejor smpai seri 2-2, TAK MUJUR penalti kalah

skuad hoki seolah2 overconfident bila dah lead...
sikap atas padang perlu d tingkatkan...
Quote devilito2 7-5-2014 08:06 AM
hoki sepatutnya diberi perhatian lebih memandangkan bola sepak Malaysia jatuh merudum....
Quote abas8888 7-5-2014 08:21 AM
sukan sea hantar under 21 pun ok...ada ke team under 21? nak hantar budak SSBJ nanti malu lak negara lain kalau negara lain kalah..
Quote SulurBidar 16-5-2014 11:12 AM
OrangKita posted on 6-5-2014 10:06 AM
skuad hoki yg kalah baru2 ni kena abik iktibar...
bila dah lead 4-1 dgn NZ tp kena kejor smpai seri ...

Ia bukan over confident.
Tapi corak dan game-play kita bawah Dharma yg terlalu mengutamakan gaya konservatif ala-Asia.
Gaya ni mmg power! Boleh penetrate benteng lawan dgn kepantasan dan kelincahan serta kemahiran individu yg tinggi + larian solo.

Tapi... Corak ini amat memenatkan berbanding gaya taktikal Eropah yg mementingkan long pass, set piece dan deflection goal.

Bawah kendalian Paul Revington dulu kerap guna taktikal nie.
Quote SulurBidar 16-5-2014 11:14 AM
abas8888 posted on 7-5-2014 08:21 AM
sukan sea hantar under 21 pun ok...ada ke team under 21? nak hantar budak SSBJ nanti malu lak negara ...

Aku rasa, next SEA games kat S'pore, MHC antor skuad bawah 21 tahun as part of preparation utk Junior World.Cup 2016.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.090138 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top