CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Projek Langat 2 Bermula Rabu Ini

29-4-2014 10:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10626| Komen: 77

Description: Sebagai Tambahan, Kerajaan Persekutuan Bersedia Menyuntik Dana Untuk Membantu Kerajaan Negeri Mengambil Alih Syarikat-Syarikat Konsesi Air Dan Seterusnya Membenarkannya Menguruskan Perkhidmatan Bekala ...



KUALA LUMPUR: Selepas tertangguh sejak sekian lama, pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) akan bermula Rabu ini, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata pembinaan projek yang dimulakan sejurus mendapat Surat Kebenaran Merancang daripada kerajaan Selangor pada 26 Februari lepas itu mampu membekalkan air terawat sehingga 1,130 juta liter sehari (JLH) sehingga 2025.

Projek terbabit dijangka siap pada 30 April 2017, dan kontraktor yang dilantik telah memasuki tapak pembinaan dan memberi jaminan projek itu mampu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, katanya.


Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong peringkat kementerian pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Pada 26 Februari lalu, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan menandatangani perjanjian persefahaman untuk kerajaan Selangor mengeluarkan kebenaran kepada pihak kerajaan persekutuan merancang Loji Rawatan Air Langat 2 di negeri itu.

Sebagai tambahan, kerajaan Persekutuan bersedia menyuntik dana untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

Mengenai Pelan Catuan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat yang sedang dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ketika ini, Mahdzir berkata pihaknya telah menerima permohonan daripada kerajaan Selangor untuk menamatkan pelan tersebut bulan depan.
Beliau berkata permohonan itu dikemukakan kerajaan negeri setelah meneliti kadar penurunan hujan yang konsisten kebelakangan ini serta tindakan meningkatkan jumlah air mentah, antaranya dengan mengepam air dari lombong ke dalam Sungai Selangor.

"Kerajaan negeri telah memohon kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan kementerian sedia mempertimbangkan untuk melepaskan catuan," katanya.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok. 



3

Bagus
5

Marah

Terkejut
20

Sedih
15

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 28-4-2014 11:37 PM
2017 baru siap...sementara tu apa plan?????
Quote harimau76 28-4-2014 11:42 PM
munchkin posted on 28-4-2014 11:37 PM
2017 baru siap...sementara tu apa plan?????

pump air lombong katanya...
Quote pakweneelofa 28-4-2014 11:46 PM
kalau catu lagi mmg ada la lubang belakang nk kena sumbat
Quote totokreturn 28-4-2014 11:49 PM
Ya Allah pembohongnya..... baru nak mula kejadahnya.. yg sepupu aku dah berapa tahun dok kerja buat projek nih sampai sekarang dan sekarang dah sampai ke karak untuk tembus ke hulu langat tuh kejadah apanya nak mula apa..??

kunun2 bila kuar berita nih bleh laa macai2 UMNO swing citer khalid laa PKR laa buat stop projek nih selama nih... padahal projek nih tak henti pun tetap terus dan siap 2017 nanti.....

bongok.
Quote munchkin 28-4-2014 11:55 PM
harimau76 posted on 28-4-2014 11:42 PM
pump air lombong katanya...

puiklah sangat....ada yang gigih membackup punya.
Quote Voyagers 28-4-2014 11:59 PM
totokreturn posted on 28-4-2014 11:49 PM
Ya Allah pembohongnya..... baru nak mula kejadahnya.. yg sepupu aku dah berapa tahun dok kerja buat  ...

yang itu projek terowong air pahang -selangor
dah siap dah projek tu

yang ni projek loji rawatan air yang khalid tak nak buat sebab confident katanya air cukup sampai 2019


Quote Voyagers 29-4-2014 12:00 AM
Quote Voyagers 29-4-2014 12:00 AM
Quote Voyagers 29-4-2014 12:01 AM
Quote Voyagers 29-4-2014 12:01 AM
Quote Voyagers 29-4-2014 12:01 AM
Quote totokreturn 29-4-2014 12:02 AM
abis nih gambar menatang apa..?/ gambor 5-6 tahun lepas punya projek kaa yg dok cakap baru nak sambung semula..??


Quote Voyagers 29-4-2014 12:04 AM
tak tahanlah dengan catuan ni
area cahaya ypk yang rumah lebih setengah juta ini pun kena catu
nasib baik ada tangki air .
beli rumah area ni untuk rehat rehat sebab tak busy sangat. tetapi kena catu air. bayar bank bulan bulan mahal, tetapi kena simpan air.

Quote totokreturn 29-4-2014 12:06 AM
Voyagers posted on 28-4-2014 11:59 PM
yang itu projek terowong air pahang -selangor
dah siap dah projek tu

projek tuh mmg planning baru nak mula phase kedua laa dol setelah siap kat karak.... kunun kata khalid tak approve.... senang nak swing salah khalid laa.. salah PKR laa... padahal projek federal.... kalu dah siap, selangor kata taknak air.. baru salah negeri... nih tgk buat lagi... macai UMNO bleh laa nak tipu sebab mereka memang diajar untuk menfitnah untuk kekal kuasa...
Quote Voyagers 29-4-2014 12:10 AM
totokreturn posted on 29-4-2014 12:06 AM
projek tuh mmg planning baru nak mula phase kedua laa dol setelah siap kat karak.... kunun kata kh ...

terowong itu dah siaplah... terowong itu buat tahun 2009 lagi untuk dirawat di loji langat 2 tapi khalid x nak buat sebab confident air cukup sampai 2019

Terowong Air Mentah Akan Berfungsi   

ETALING JAYA – Terowong sepanjang 44.6 kilometer yang menjadi sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah Pahang-Selangor sedia untuk berfungsi lebih awal daripada jangkaan bagi menyelesaikan krisis air Selangor.
Air mentah dari Sungai Semantan akan dialihkan ke dalam terowong dan disalurkan ke Sungai Langat untuk rawatan di tujuh loji sedia ada.
Pelan luar jangka itu merupakan cadangan daripada jawatankuasa bertindak negara di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Ia dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri hari ini (Rabu).
Terowong yang hampir siap itu pada asalnya direka untuk menyalurkan air terus ke loji rawatan air Langat 2 yang sudah tiga tahun lewat.



Quote totokreturn 29-4-2014 12:21 AM
Voyagers posted on 29-4-2014 12:10 AM
terowong itu dah siaplah... terowong itu buat tahun 2009 lagi untuk dirawat di loji langat 2 tapi  ...

yg lewat siapa...  projek tuh yg mmg lewat nak siap dan yg terowong karak tuh akhir tahun arituh baru jerk siap sampai karak dan sekarang nak tembus ke langat.... dan plannning siap 2017...yg pasti projek tuh tak pernah terhenti pun, yg khalid kata masih bincang beberapa isu cam harga air bila siap nanti kalu menindas rakyat selangor tolak.... yg macai2 UMNO diasuh salahkan PKR, salahkan khalid sebab masih tak dapat air dari langat 2 tuh sebab seakrang musim kemarau........
Quote munchkin 29-4-2014 12:34 AM
mana pernah salah...tak pernah salah. semua perfect.
Quote Voyagers 29-4-2014 12:36 AM
totokreturn posted on 29-4-2014 12:21 AM
yg lewat siapa...  projek tuh yg mmg lewat nak siap dan yg terowong karak tuh akhir tahun arituh b ...

engkau ini guna fakta mana kata projek itu baru siap di karak?

yang dah tahu, projek tu dah siap 94% pada febuari dan siap boleh digunakan pada awal april

atau kau ini baca berita lama lama

yes, memang salah khalid sebab bila dah jadi krisis, baru nak sign langat 2.

Quote Voyagers 29-4-2014 12:38 AM
ini berita dari astro awani

[youtube]k4qzvZfQQJY[/youtube]

ada bukti video lagi

bagaimana kata siap 2017  sedangkan dah siap sepenuhnya sekarang

Last edited by Voyagers on 29-4-2014 12:40 AM

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.059556 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top