totokreturn posted on 29-4-2014 12:06 AM
projek tuh mmg planning baru nak mula phase kedua laa dol setelah siap kat karak.... kunun kata kh ...
terowong itu dah siaplah... terowong itu buat tahun 2009 lagi untuk dirawat di loji langat 2 tapi khalid x nak buat sebab confident air cukup sampai 2019
Terowong Air Mentah Akan Berfungsi
ETALING JAYA – Terowong sepanjang 44.6 kilometer yang menjadi sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah Pahang-Selangor sedia untuk berfungsi lebih awal daripada jangkaan bagi menyelesaikan krisis air Selangor.Air mentah dari Sungai Semantan akan dialihkan ke dalam terowong dan disalurkan ke Sungai Langat untuk rawatan di tujuh loji sedia ada. Pelan luar jangka itu merupakan cadangan daripada jawatankuasa bertindak negara di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Ia dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri hari ini (Rabu). Terowong yang hampir siap itu pada asalnya direka untuk menyalurkan air terus ke loji rawatan air Langat 2 yang sudah tiga tahun lewat.
|