CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Simpan Jantan Bangladesh Dalam Almari

10-4-2014 06:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5915| Komen: 15

Description: Sungai Petani: Hanya Kerana Mahu Mengelak Teman Lelakinya Ditahan, Wanita Warga Indonesia Sanggup Menipu Dengan Menyembunyikan Lelaki Warga Bangladesh Dalam Almari Sejurus Menyedari Kehadiran Jabatan ...

Gambar hiasan


Sungai Petani: Hanya kerana mahu mengelak teman lelakinya ditahan, wanita warga Indonesia sanggup menipu dengan menyembunyikan lelaki warga Bangladesh dalam almari sejurus menyedari kehadiran Jabatan Imigresen, pagi semalam.

Bagaimanapun, cubaan wanita berusia 30-an itu tidak bertahan lama apabila tindakannya itu dikesan anggota penguat kuasa yang menyerbu rumah sewa didiaminya di Taman Sejati Indah, di sini, kira-kira jam 2 pagi.

Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen Nar Azaman Ibrahim berkata, dalam Ops Bersepadu 6P itu, kewujudan lelaki asing berkenaan disedari selepas mereka menggeledah bilik wanita terbabit sebelum menemui lelaki itu bersembunyi dalam almari pakaian di rumah berkenaan.

Menurutnya, pada awalnya, wanita berkenaan mengakui tinggal bersendirian, namun anggotanya curiga kerana menjumpai dua motosikal dalam rumah itu.

“Hasil pemeriksaan hampir 15 minit, akhirnya kami mendapati lelaki itu menyorok di dalam almari yang penuh dengan pakaian. Malah, kedua-dua mereka didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

“Wanita Indonesia itu didapati menetap lebih masa dalam negara, manakala teman lelakinya yang berusia lingkungan 30-an itu dikesan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, mereka berdua antara 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang kanak-kanak lelaki ditahan melakukan pelbagai kesalahan imigresen dalam operasi membabitkan 17 anggota penguat kuasa jam 12 tengah malam di sekitar Sungai Petani.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kassim_Patalon 10-4-2014 02:04 AM
nasib baik bukan ummah LGBT dalam almari
Quote AbukRokok 10-4-2014 07:36 AM
kenapa jantan tu xberlakon menjadi baju diampaian?
Quote Kassim_Patalon 10-4-2014 07:37 AM
hai jantan, mengapakah Allah buatkan dikau menjadi manusia? kan lebih baik menjadi baju diampaian?

ampunkan mak kassim, mak dah tua.....
Quote jengkoil 10-4-2014 07:53 AM
Kassim_Patalon posted on 10-4-2014 07:37 AM
hai jantan, mengapakah Allah buatkan dikau menjadi manusia? kan lebih baik menjadi baju diampaian?
...

Udah beribu kali dibilang...jangan bekpas dgn jus kesum...kan dah ting tong.
Quote Kassim_Patalon 10-4-2014 07:54 AM
jengkoil posted on 10-4-2014 07:53 AM
Udah beribu kali dibilang...jangan bekpas dgn jus kesum...kan dah ting tong.

kejar tacang........................
Quote jengkoil 10-4-2014 07:56 AM
Kassim_Patalon posted on 10-4-2014 07:54 AM
kejar tacang........................

Abam berancul udah digari gitu...?

Ya udhahhh...enak enak adja..
Quote -electrifying- 10-4-2014 09:42 AM
jantan penyedap ke apa
Quote tongkatwaran75 10-4-2014 07:32 PM
darul maksiat...
Quote pyropura 10-4-2014 07:34 PM

..dapat anak nanti jadi Banglandon...mesti cantik/hensem tuh....
Quote prettymanja 10-4-2014 07:39 PM
Kassim_Patalon posted on 10-4-2014 07:37 AM
hai jantan, mengapakah Allah buatkan dikau menjadi manusia? kan lebih baik menjadi baju diampaian?
...

Muahaha
Abam Kassim Selamat.. xoxo
Quote MH37O 10-4-2014 08:25 PM
jengkoil posted on 10-4-2014 07:53 AM
Udah beribu kali dibilang...jangan bekpas dgn jus kesum...kan dah ting tong.

kesum ke ketum?
Quote mak_wa95 10-4-2014 08:54 PM
Edisi bangla dengan indon la pulak.....bangla pandai mengayat...
Quote Modngengade 10-4-2014 09:03 PM
wanita indon suka bangla sebab bangla pandai layan, dari segi saiz tu almaklumlah spesis bangla ni...pasti meriah eksessori beliau
Quote poyohabis 10-4-2014 09:13 PM
Modngengade posted on 10-4-2014 09:03 PM
wanita indon suka bangla sebab bangla pandai layan, dari segi saiz tu almaklumlah spesis bangla ni.. ...

Yg indon lak mesti yg chubby2 lemak berisi je.. Yindon n bangla berpisah tiada... Hehehe
Quote batmana 10-4-2014 10:34 PM
Patutnya pmpn tu yang sembunyi..
X gentleman la bangla ni

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.048802 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top