CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Asing Sebab Bisnes Warga Tempatan Terjejas

19-9-2013 11:28 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9864| Komen: 50




Warga asing sebabkan bisnes warga tempatan terjeja Salah sebuah gerai makan milik warga Bangladesh yang mendapat kunjungan daripada rakan senegara mereka yang bekerja di sini.


KAMPUNG Baru Sungai Buloh turut tidak terlepas daripada dimonopoli oleh warga asing yang kebanyakannya berasal dari Bangladesh dan Indonesia.

Berasa agak terganggu dengan situasi itu, salah seorang penduduk, A Thomas, 60, berkata, kampung itu bukan sekadar dibanjiri oleh mereka, malah ada yang berani membuka premis perniagaan sendiri.

"Ternyata tindakan mereka itu memang menjejaskan periuk nasi peniaga tempatan. Apa tidaknya, rakan senegara akan membeli di kedai mereka dan tak akan datang ke kedai kita. Ada orang kita yang sampai gulung tikar dikerjakannya," katanya.


Menurut Thomas, kebanyakan warga Bangladesh di situ dilihat menjalankan perniagaan menjual barangan basah seperti ikan dan sayur selain barangan runcit yang dibawa khas dari negara asal mereka.

"Tapi kami percaya kebanyakan stok bekalan makanan yang mereka perolehi adalah daripada pembekal di ibu kota," katanya.

Namun apa yang tidak menyenangkan apabila peniaga warga asing ini bertindak mempamerkan papan tanda premis perniagaan dengan menggunakan bahasa ibunda mereka.

Hal ini diakui oleh seorang penduduk, Kumaran Devan Marimuthoo, 33, yang melihat mereka bagaikan tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini.

“Sudahlah berniaga di negara orang, suka-suka hati pula guna bahasa ibunda bagi menarik pelanggan warga asing di sini,” katanya.

Menurut Kumaran, bilangan warga asing di kawasan kampung tersebut dilihat melebihi tiga kali ganda jumlah penduduk asal yang dianggarkan seramai kira-kira 50,000.

“Makin lama, jumlah penduduk di sini makin bertambah dan ia seolah-olah tidak mendapat perhatian daripada pihak bertanggungjawab,” katanya.

Selain itu, Kumaran juga memaklumkan, warga asing di kawasan ini langsung tidak menitikberatkan kebersihan.

“Mereka boleh buang sampah sesuka hati di lokasi haram dan ia harus diberi perhatian serius,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Sungai Buloh, Hoo Sook Wan memaklumkan bahawa pihaknya pernah beberapa kali memanjangkan permasalahan tersebut kepada MBSA.

Menurut Sook Wan, bilangan warga asing yang bertambah saban hari dilihat membimbangkan dan golongan ini dikhuatiri mengambil alih peniagaan penduduk di sini.

“Ramai peniaga tempatan yang gulung tikar dan kesempatan ini digunakan oleh warga asing untuk memonopoli kawasan ini,” katanya.
6

Bagus
3

Marah
29

Terkejut
23

Sedih
9

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 18-9-2013 02:47 PM
kedai = simbol kemunduran
Quote Singa-Tua 18-9-2013 02:56 PM
BotakChinPeng posted on 18-9-2013 02:47 PM
kedai = simbol kemunduran

botak chinpeng,kalau simbol kemajuan apa?

apakah mimpi???? hahahaha....
Quote BotakChinPeng 18-9-2013 03:02 PM
Singa-Tua posted on 18-9-2013 02:56 PM
botak chinpeng,kalau simbol kemajuan apa?

apakah mimpi???? hahahaha....

simbol kemajuan adalah bisnes lumayan atau menghasilkan produk canggih

Quote BotakChinPeng 18-9-2013 03:03 PM
Setakat sewa premis kecik untuk jual barang buatan orang lain saja ....malu la sikit
Quote Singa-Tua 18-9-2013 03:07 PM
bolehkah botak chimpeng sebutkan contoh produk canggih yang sudah dihasilkan dan sudah dijual?
Quote Acong 18-9-2013 03:21 PM
takziah @BotakChinPeng

dengar kata abu mayat ko tak leh masuk mesia....
Quote BotakChinPeng 18-9-2013 03:22 PM
Singa-Tua posted on 18-9-2013 03:07 PM
bolehkah botak chimpeng sebutkan contoh produk canggih yang sudah dihasilkan dan sudah dijual?

kedap mekanikal, galas bebola& gelungsur (ball & roller bearings), injap, bateri polimer lithium, guitar amplifier, enjin kenderaan...

Quote BotakChinPeng 18-9-2013 03:24 PM
Acong posted on 18-9-2013 03:21 PM
takziah @BotakChinPeng

dengar kata abu mayat ko tak leh masuk mesia....

Buang dalam jamban saja lah abu chin-peng-zee tuh

Quote Pak.Maun 18-9-2013 03:29 PM

apa lagi bangla indon mau?

Quote Acong 18-9-2013 03:42 PM
Pak.Maun posted on 18-9-2013 03:29 PM
apa lagi bangla indon mau?

ASB pak...........
Quote Pak.Maun 18-9-2013 03:50 PM
Acong posted on 18-9-2013 03:42 PM
ASB pak...........


ASB untuk rakyat bumi saja.. bukan Amanah Saham Bangla








Quote BotakChinPeng 18-9-2013 04:00 PM
Kesian india kat situ.
Quote Acong 18-9-2013 06:14 PM
Pak.Maun posted on 18-9-2013 03:50 PM
ASB untuk rakyat bumi saja.. bukan Amanah Saham Bangla

status bumi pak..... itu unkel mai dari kerala pun boleh jadi PM.....!
Quote airfilterkotor 18-9-2013 06:18 PM
@Acong .... sejak kebelakangan ni suka betul ko bukak topik pasal PATI.

Ada apa-apa kaa?
Quote Acong 18-9-2013 06:19 PM
airfilterkotor posted on 18-9-2013 06:18 PM
@Acong .... sejak kebelakangan ni suka betul ko bukak topik pasal PATI.

Ada apa-apa kaa?

sila rujuk siggy gua.....
Quote airfilterkotor 18-9-2013 06:22 PM
SUBSIDI = yg untung Indon Bangla & Singapork
sambung.....
Melayu cina india tepok tangan.
Quote Acong 18-9-2013 06:32 PM
airfilterkotor posted on 18-9-2013 06:22 PM
sambung.....
Melayu cina india tepok tangan.

@BotakChinPeng


jom pijak2 PATI nie.....!
Quote BotakChinPeng 19-9-2013 03:38 AM
Acong posted on 18-9-2013 06:32 PM
@BotakChinPeng

Sekarang bila ko seru aku tak ada pun aku dapat notis. Heran plak kenapa

Quote BotakChinPeng 19-9-2013 03:39 AM
bangla kekal jadi buruh & ayam sudah le

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.380649 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top