CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Dr Wan Azizah Menang Dengan Majoriti 5,379

24-3-2014 03:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2434| Komen: 1

Description: Keadilan Berjaya Mendapat Kemenangan Lebih Besar Dalam Pilihan Raya Kecil (Prk) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang Apabila Berjaya Meningkatkan Peratusan Undinya, Walaupun Majoritinya Kurang Berbandin ...



KUALA LUMPUR: Bukan sahaja majoriti calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada PRK Kajang merosot tetapi undi yang diperolehi oleh calon BN daripada MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun pun turut berkurangan.

Justeru, blogger Idaman mempersoalkan kenapa tidak ditulis jumlah undi yang didapati oleh calon BN daripada MCA dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lepas berbanding dengan PRK kajang.

Pada PRU13 yang lepas, calon BN dari MCA memperolehi sebanyak 12,747 undi sementara pada PRK Kajang pula mendapat hanya 11,362 undi iaitu berkurangan sebanyak 1,385 Undi.

Bagaimanapun, peti undi di kawasan majoriti Melayu di mana pada PRU13 telah dimenangi oleh calon BN dari MCA iaitu Sungai Sekamat dan Taman Delima, kedua-dua peti undi tersebut pada PRK kali ini telah dimenangi oleh calon PKR.

Begitu juga dengan saluran 4, 5 dan 6 di semua daerah mengundi telah dimenangi oleh PKR berbanding PRU13 lepas.

PKR hanya menang saluran 4,5 dan 6 pada PRU13 di kawasan Cina dan India, tetapi kali telah menang bergaya di kawasan pengundi majoriti Melayu.Pada PRK semalam, Dr Wan Azizah memenangi kerusi Dun Kajang dengan majoriti 5,379 undi. Beliau meraih 16,741 undi manakala calon BN memperolehi 11,362.
Peratusan keluar mengundi pada PRK Dun Kajang merosot kepada 72 peratus atau 28,314 pengundi berbanding 34,290 pada PRU13 lalu.



KEADILAN berjaya mendapat kemenangan lebih besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang apabila berjaya meningkatkan peratusan undinya, walaupun majoritinya kurang berbanding pilihan raya umum lalu di samping berjaya menembusi kubu kuat Umno di kawasan majoriti Melayu.

Dalam PRK Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya meningkatkan jumlah undinya kepada 59.43% berbanding 57.99% daripada jumlah undi keseluruhan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.


Semalam, calon PKR Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 5,379 berbanding 6,824 yang dimenangi penyandang kerusi Lee Chin Cheh dalam PRU13 lalu, kurang 1445 undi.

Dua daripada empat kawasan Melayu iaitu Sungai Sekamat dan Taman Delima berjaya dimenangi calon PKR, manakala majoriti kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sungai Kantan dan Batu 10 Cheras berjaya dikurangkan.

Dalam PRU13, calon PKR, Lee mendapat 57.99% undi iaitu 19,571 undi daripada 33,749 undi yang dibuang semasa pilihan raya itu.

Dalam PRK kali ini, Dr Wan Azizah mendapat 16,741 undi manakala calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun mendapat 11,362 undi.

Peratusan keluar mengundi hanya 72% kali ini, jatuh 16% berbanding 88% pada PRU13 lalu.

Chew mendakwa, beliau berjaya menaikkan peratusan undi Cina daripada 18% dalam PRU13 kepada 24.8% dalam PRK kali ini.

Namun begitu calon Dr Wan Azizah berjaya meningkatkan undinya di kawasan Melayu di samping kawasan pengundi muda.

Dalam PRU13 lalu, calon BN menang 420 undi di Sungai Kantan namun kali ini hanya menang dengan majoriti 225 sahaja.

Di Sungai Sekamat dan Taman Delima, dua lagi daerah mengundi majoriti Melayu, PKR berjaya memenangi kawasan yang selama ini menjadi kubu Umno itu.

Di Sungai Sekamat, PKR menang 45 undi berbanding kalah 239 undi dalam PRU13 lalu.

Di Taman Delima pula, PKR menang tiga undi berbanding kalah 123 undi dalam PRU13 lalu.

Di Batu 10 Cheras, majoriti BN berjaya dikurangkan kepada 151 undi sahaja.

"BN kalah hampir kesemua saluran pengundi anak muda," kata Mohamad Hisomuddin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Center.

Ia diakui sendiri oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan berjanji akan bekerja keras untuk mendapatkannya kembali.

Walaupun jangkaan bahawa Wan Azizah akan meningkatkan majoriti 1,000 undi lagi kali ini tidak tepat ekoran kurangnya jumlah keluar mengundi, Hisomuddin berkata, segala data yang diperolehi oleh Ilham Center tepat dan penyelidik beliau mendapat sampel yang tepat.

Bagi pensyarah kanan Universiti Pengurusan Singapura, Dr Bridget Welsh, ini adalah kemenangan PKR yang perlu dihormati.

"Ia berlaku ketika pilihan raya ini dibayangi kes kehilangan MH370," kata Welsh yang berada di Kajang sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, kemenangan ini juga berjaya dicapai ketika keyakinan jentera PKR bahawa mereka akan menang begitu tinggi.

"Kempen ini juga berlaku dalam suasana yang memenatkan dan tidak memberikan motivasi untuk meningkatkan jumlah keluar mengundi," kata Welsh.

"Saya perlu melihat keputusan sepenuhnya sebelum membuat ulasan lanjut tetapi nampak jelas undi Melayu meningkat untuk pembangkang."


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote BlackRed 25-3-2014 03:24 PM
Ye ke.... Aku rase BN lebih sibukkan MH370 daripada PRK. Mse ni la baru pembangkang ade can nak menang. Just my opinion.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.032819 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top