CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lima Sahabat Maut Dalam Kemalangan Di Juru

19-3-2014 03:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11417| Komen: 87

Description: Beliau Berkata Kemalangan Pada Pukul 9.30 Malam Itu Menyebabkan Kelima-Lima Remaja Berkenaan Tersepit Di Dalam Kereta Dan Anggota Bomba Dan Penyelamat Mengambil Masa Kira-Kira 15 Minit Untuk Mengeluar ...


Lima sahabat maut dalam kemalangan di Juru

Lima sahabat yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Nibong Tebal maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas di kilometer 141.9 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran kawasan rehat dan rawat Juru di Bukit Mertajam malam tadi.

Mar Jin Quan, 18, Tan Chee Win, 17, Song Jing Ming, 17, dan Chye Zhi Fei, 17, mati di tempat kejadian manakala seorang lagi rakan mereka yang identitinya belum dikenal pasti mati di Hospital Seberang Jaya.
   
Kereta yang dinaiki kelima-lima remaja lelaki itu terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan berkenaan, kata Ketua Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai Norizal Md Rabani.
   
Beliau berkata kemalangan pada pukul 9.30 malam itu menyebabkan kelima-lima remaja berkenaan tersepit di dalam kereta dan anggota bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan seorang mangsa yang cedera.

"Empat yang meninggal dunia dikeluarkan antara 15 hingga 30 minit kemudian," kata Norizal kepada pemberita di tempat kejadian.
   
Semua mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
   
Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah ketika dihubungi berkata berdasarkan keadaan kereta yang remuk teruk, polis tidak menolak kemungkinan kenderaan itu dipandu laju.
   
Beliau meminta orang ramai yang melihat kemalangan itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote highcastle 19-3-2014 07:39 AM
Budak2 remaja.....
Quote Acong 19-3-2014 07:49 AM
habis laa pupus cina kat malaya........
Quote ais_kosong 19-3-2014 07:50 AM
baru dapat lesen kah?
Quote rdzaccess 19-3-2014 07:53 AM
Kalau pokok tu takada mungkin selamat
Quote cegitu 19-3-2014 08:10 AM
Rasa rasa semua ni baru dapat lesen saja....
Quote pelukis.plan 19-3-2014 08:11 AM
video ada?
gambar mana?
Quote crankshaft 19-3-2014 08:15 AM
Acong posted on 19-3-2014 07:49 AM
habis laa pupus cina kat malaya........

Kantung mani nko memang sejak azali KONTANG kah ACONG?
Quote benzo33 19-3-2014 08:16 AM
Kelajuan tinggi? ngantuk? mata tak awas?
Quote reenz013 19-3-2014 08:17 AM
mudah2 lg...bwk laju kot
Quote crankshaft 19-3-2014 08:17 AM
rdzaccess posted on 19-3-2014 07:53 AM
Kalau pokok tu takada mungkin selamat

Kalau dah kata ajal, tak sesaat awal tak sesaat lewat.........atau mungkin ayat ini terpakai untuk Orang orang ISLAM aja?



Quote annehuda 19-3-2014 08:22 AM
takziah kpd keluarga mangsa
Quote rdzaccess 19-3-2014 08:27 AM
crankshaft posted on 19-3-2014 08:17 AM
Kalau dah kata ajal, tak sesaat awal tak sesaat lewat.........atau mungkin ayat ini terpakai untuk ...

Orang islam di malaysia saja .
Quote Acong 19-3-2014 08:28 AM
crankshaft posted on 19-3-2014 08:15 AM
Kantung mani nko memang sejak azali KONTANG kah ACONG?

astaga..........
Quote md_nana 19-3-2014 08:28 AM
Ngeri je baca...
Quote cupu 19-3-2014 08:30 AM
Yg mar ji quan tula yg bk kete kan?17 br form5.rsnya blm blh amik lesen lg.tp mybe jgk yg lain bwk tnpa ada lesen.bdk skrg terutama lelaki cpt je bk kete.adik aku klu xlarang ngada je nk bwk.pdhal br form2.

Takziah la..teruk rsnya eksiden tu klu 4 mati kat situ.bwk kete viva ke
Quote batmana 19-3-2014 08:31 AM
takziah...

patut usia remaja ni dibanned bwa kenderaan kecuali enjin yg topspeed 80km/jam aja..
Quote highcastle 19-3-2014 08:31 AM
Gambar kereta mmg hancur terus...........


Quote jofizo 19-3-2014 08:37 AM
area situ sampai tol juru sepatutnya 90km/j je....
Quote zamnie 19-3-2014 08:42 AM
kesiannya... baru nak ambik exam tawun nih!!!

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.056862 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top