CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Petikan Ayat Al-Quran Diselitkan Dalam Lagu Terbaru Solo Cl Dari 2ne1

14-3-2014 05:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22345| Komen: 35


Petikan Ayat Al-Quran Diselitkan Dalam Lagu Terbaru Solo CL dari 2NE1

Malam tadi kecoh dengan trending #CLisUsingQuraanInHerSong di laman media sosial twitter. Daritrending dunia, apertah lagi Malaysia.



Sedang kekecohan berlaku, tidak semena-mena video lagu tersebut yang dimuat naik di laman youtube mendapat komen dari ramai peminat K-Pop Islam di seluruh dunia. Mereka meminta supaya YG Entertainment dan CL menghentikan atau membuang petikan itu dari lagu tersebut. Lagu yang dimaksudkan adalah MBTD (Mental Breakdown) yang merupakan lagu solo nyanyian CL dari album 2NE1 yang terbaru 'CRUSH'. Petikan ayat Al-Quran itu dapat didengar pada minit 1:02 sebagai muzik latar dalam video ini.


Pada minit ke 1:02 - 1:15, kita boleh mendengar suara seorang kanak-kanak lelaki sedang membaca sesuatu seolah-olah sedang mengaji. Ada yang berpendapat itu mungkin hanyalah bacaan ayat-ayat biasa dari Bahasa Arab yang telah dilenggokkan seperti mengaji. Ada juga yang meyatakan itu adalah petikan dari lagu India yang berunsurkan Bollywood. Oleh kerana isu berkaitan ayat-ayat Al-Quran bukanlah isu kecil bagi umat Islam, maka banyak peminat mencuba untuk mencari kebenaran asal suara yang unik itu untuk mengelak daripada saling tuduh menuduh banyak pihak.


Setelah persoalan mengenainya dikaji, didapati bacaan itu sememangnya dari petikan ayat suci Al-Quran iaitu Surah An-Naba' ayat 32. Siapa yang pandai baca Quran atau Bahasa Arab, sila baca ayat yang dibulatkan merah di bawah sambil mendengar lagu CL 'MTBD' untuk pengesahan.



Malah suara indah si anak kecil dalam lagu CL ini bukanlah asing bagi warga Timur Tengah dan dunia Islam sendiri. Kerana pemilik suara itu adalah suara Qari terkenal yang pernah mengimamkan (mengetuai) muslimin dan muslimat ketika menunaikan sembahyang. Pemilik suara indah itu adalah Muhammad Thaha al-Junayd. Bahagian yang digunakan adalah pada minit 3:27 dari video bacaan ini.


Maksud dari ayat yang dibaca dari Surah An-Naba' adalah:

Ayat 32 :  (iaitu) kebun-kebun dan buah anggur.
Ayat 33 : dan gadis-gadis yang remaja dan sebaya.

Sememangnya petikan yang diambil telah diubah muziknya seperti autotune. Namun, dengan sikap sensitiviti manusia, ramai peminat K-Pop yang beragama Islam yang menyedari perkara ini. Untuk lebih jelas lagi, video ini telah diringkaskan untuk menunjukkan bahagian lagu CL dan juga bahagian bacaan qari Muhammad Thaha al-Junayd.


Ada banyak pihak memberi pendapat, ada banyak pihak mula membidas penggunaan ayat ini, ada banyak peminat yang mula sedar dan pelbagai pendapat lagi di luar sana. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik kita meneliti dan mengkaji dahulu setiap apa yang kita ambil untuk digunakan. Setiap manusia perlu saling hormat menghormati setiap agama. Sama-samalah kita menantikan jawapan dari pihak YG sendiri berkenaan isu ini.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 9-3-2014 10:43 PM
mmg kecewa sgt ngn teddy & cl
xkan la diorg xterpikir ni isu sensitif?
Quote hasniey 9-3-2014 10:44 PM
masa mula2 dgr mmg ai xperasan, sbb igtkan diorg masukkan irama bollywood
Quote JUSTcircle 9-3-2014 11:15 PM
hasniey posted on 9-3-2014 10:43 PM
mmg kecewa sgt ngn teddy & cl
xkan la diorg xterpikir ni isu sensitif?

Dorg rasa suara budak ni sedap sangat sampai dorg tak tau kot yang dibacakan tu ayat suci Al-Quran. Maybe bg dorg itu bacaan biasa org Arab.
Ni yg CL ckp nak kasi surprise kat fans Arab. tp silap langkah, dorg tak tahu pasal ni.

Ni petition pasal ni.. Supaya YG tarik or delete suara Muhammad Thaha dr lagu CL.

SIGN PETITION SINI

Quote hasniey 9-3-2014 11:30 PM
JUSTcircle posted on 9-3-2014 11:15 PM
Dorg rasa suara budak ni sedap sangat sampai dorg tak tau kot yang dibacakan tu ayat suci Al-Quran ...

owh mmg CL ade bgtau nk suprise kn arab fans eh?
so ai x rasa diorg xtau ni bacaan quran,
kalo dah jumpe kt utube, mesti diorg tau
yela video bacaan quran ni melambak kn kt utube

tp mungkin diorg xterpikir yg ni isu sensitif
Quote JUSTcircle 9-3-2014 11:51 PM
hasniey posted on 9-3-2014 11:30 PM
owh mmg CL ade bgtau nk suprise kn arab fans eh?
so ai x rasa diorg xtau ni bacaan quran,
kalo d ...

yup.. and itu lah yg lg sedih sbb org Arab sendiri pun ada yg claim tu bukan ayat Quran.
claim dorg baca Quran. tahu baca Quran. ada qualify ngajar org baca Quran. Tapi dia lupa, Quran tu ada 30 juzuk. If dia tahfiz, logik la dia nak sangkal.. Tapi,yg bukan tahfiz pun, kiter leh dengar jelas bacaan adik Thaha baca Surah An-Naba' tu. Jelas sgt sebutannya.. X kan itu pun nak sangkal laik? sebab2 explan dorg ni la yg sebabkan non-muslim ckp kita yg pertahankan ni over reaction.
Quote hasniey 9-3-2014 11:56 PM
JUSTcircle posted on 9-3-2014 11:51 PM
yup.. and itu lah yg lg sedih sbb org Arab sendiri pun ada yg claim tu bukan ayat Quran.
claim d ...

btol2
ai jumpe ramai gak yg tulis cmtu
sedeh sgt, semata2 nk pertahankn retis kesanyangan sanggup diorg pekakkan telinga
kalo dah arab tu dah sah2 diorg phm kan

ai pon fan jugak, tp xde lah buta hati sgt nk pertahankn CL kalo dah cmni
tp ramai yg salahkan teddy, sbb teddy pon tolong buat lagu ni kan

pastu ada jugak yg extreme sampai nk suh diorg mati la ape la

isk2..ai harap YG buang part bacaan quran tu & apologize pd muslims
Quote JUSTcircle 10-3-2014 12:16 AM
hasniey posted on 9-3-2014 11:56 PM
btol2
ai jumpe ramai gak yg tulis cmtu
sedeh sgt, semata2 nk pertahankn retis kesanyangan sanggu ...

tu la.. sedih  bila ada buat mcm x phm.. pekakkan telinga..
saya sendiri x pasal2 kena attack dgn non-muslim pasal ni. Sedangkan kita nak pertahankan agama kita..
apa2pun berdoa semoga kita yg minat kpop ni, minat2 pun biarlah kita x der la smpai lari akidah. aamin...
Quote hasniey 10-3-2014 12:22 AM
JUSTcircle posted on 10-3-2014 12:16 AM
tu la.. sedih  bila ada buat mcm x phm.. pekakkan telinga..
saya sendiri x pasal2 kena attack dg ...

AMIIINN
harap2 akidah kita terpelihara sentiasa
Quote ana_w_houb 10-3-2014 01:18 AM
boikot sajork.....dah ternyata pun depa illuminati.....cuba korang dengar apa2 lagu2 kpop yang rancak2 tu.....rewind 2 kali...... pasti bunyik mcm suara dari neraka.....seram ok

ambik plak lagu zapin ke lagu arab ke ......try rewind 2x......bunyik dia mmg akan slow garau besar tapi x se menakutkan mcm lagu2 kpop yg rancak2 tu

moh le sign reramai.... Last edited by ana_w_houb on 10-3-2014 01:28 AM

Quote pakweneelofa 10-3-2014 09:01 AM
ana_w_houb posted on 10-3-2014 01:18 AM
boikot sajork.....dah ternyata pun depa illuminati.....cuba korang dengar apa2 lagu2 kpop yang ranca ...

poyo la ko...lol
Quote chinta89 10-3-2014 09:26 AM
berharap tindakan sewajarnya...
Quote twinkystar 10-3-2014 12:12 PM
sedih bila peminat fanatik CL yg islam sendiri beria2 back up CL dgn teddy walaupun obviously dorg sample suara qari cilik tu jadi melody lagu CL tu
Quote JUSTcircle 10-3-2014 05:51 PM
twinkystar posted on 10-3-2014 12:12 PM
sedih bila peminat fanatik CL yg islam sendiri beria2 back up CL dgn teddy walaupun obviously dorg s ...

lagi sedih dorg claim dorg org Arab.. dorg baca Quran 2-3 kali sehari.. Dorang belajar Quran.. Dorang ada kelayakan mengajar org baca Quran..
Tapi? Dorg leh ckp, suara Muhammad Thaha tu bukan dari petikan Al-Quran. sedangkan dah jelas kita cakap Surah apa and ayat mana.. bila org Islam sendiri yg buatkan Islam itu jatuh.. mmg sedih..
Quote saaya 10-3-2014 10:10 PM
Iols layan jugak lagu-lagu 2NE1 ni, best mmg best tapi bila dah melibatkan soal sensitiviti agama mmg sentap lah kan. Dan lebih mengecewakan bila orang-orang Islam sendiri beria nak defend CL tu, CL tak tahu apa2 lah, salah Teddy lah. Pada iols, CL salah, Teddy pun salah, YG apatah lagi mmg salah. Diaorang sangat tak alert pasal isu-isu sensitif macam ni...
Quote ana_w_houb 11-3-2014 01:53 AM
saaya posted on 10-3-2014 10:10 PM
Iols layan jugak lagu-lagu 2NE1 ni, best mmg best tapi bila dah melibatkan soal sensitiviti agama mm ...

boleh percaya ke CL x tau apa2?nonsense......

untuk seorang penyanyi professional mcm CL,setiap lagu yg dia nyanyi tu dia mestila kena faham apa konsepnya,apa rentak beatsnya,apa notes nya,so mustahil sblm dia record dia x perasan tang ayat quran tu.....and x verify dgn sesape ke sblm record untuk pastikan x jadi perkara sebegini

ala dorang ni semua dah mengikat perjanjian syaiton....lagu2 yang korang nyanyi tu semua ada subliminal message....especially lagu yg rancak2 tu....dgr mcm best...sekali rewind....mcm lagu nak menyeru syaiton
Quote JUSTcircle 11-3-2014 12:44 PM
saaya posted on 10-3-2014 10:10 PM
Iols layan jugak lagu-lagu 2NE1 ni, best mmg best tapi bila dah melibatkan soal sensitiviti agama mm ...

Dia nak ckp isu defending or X salah or boleh dimaafkan ni mcm2..


Ni ayat2 org yg defend CL.Teddy/YG
1. CL x salah sbb dia buat lirik lagu bukan buat melody lagu tu.
2. Teddy dimaafkan sebab dia x tau tu ayat Quran.
3. YG x salah sebab bukan dia yg terlibat dlm penciptaan lagu.

Ni pulak aku punya cerita perumpamaan untuk explain keadaan dia mcm mana.. Ni pendapat aku jer la.



Teddy nak buat sos. Sos yang dia teringin nak buat untuk Tarik penduduk di kampung Arab. Jadi dia nak cari satu bahan yang berasal dari kampong Arab. Jalan-jalan kat situ, dia terjumpa satu pokok ni ada buah yang cantik. Dia ambil, dia rasa sedap. Jadi dia gunakan untuk masukkan dalam masakan sos dia. Bila dia rasa sos dia sedap dan menjadi. Dia jumpa CL. CL pula tgh nak masak ayam. Ayam dia x lengkap kalau x der sos. Jadi dia mintak Teddy bg sos tu kat masakan ayam dia. Bila ayam yg CL buat dimakan dengan sos yg Teddy buat. Maka bagi mereka ianya mcm lagik la sedap. Malah CL tahu sos tu dibuat dr bahan yang Teddy ambil dari Kampung Arab ni. So, mesti CL rasa masakan Ayam dia sekali pakej sos leh Tarik org Arab ni makan. So, proses nak memasarkan Ayam dia plak kena ada pelabur or company. Maka dia propose kat YG untuk pasarkan masakan dia dgn Teddy. YG try makan ayam tu.. dia rasa sedap.. dia pun pasarkan tanpa pedulik pun dr mana asal bahan2 masakan dorang.

Setelah pemasaran dibuat, ramai pelanggan suka masakan CL ni sehinggala sampai org2 penduduk dr kampong Arab ni rasa gak. Dalam masakan ayam tu.. mereka rasa sos tu mcm seperti bahan yg mereka selalu rasa di tempat mereka.. dan mereka pasti tiada tpt lain pun boleh dptkan rasa ni kecuali kampong mereka. Dan buah ni hanya boleh dimakan oleh penduduk mereka sahaja.. sebab poko buah tu ada 1 jer dalam dunia.. So deme Tanya CL mana dpt bahan ni? beli kat mana? Siapa jual? siapa bg kebenaran? CL x tau nak jawab, sbb bkn dia buat sos tu. Tapi dia terlibat sbb join venture gunakan sos tu tanpa periksa sumber mana. So, dia avoid soalan2 pelanggan dr Tanah Arab ni. Then, Teddy pula ditanya, mana dia dpt bahan ni? Dan tentu2 Teddy ckp jumpa kat Kampung Arab tu. TAPI! Teddy ambil buah yg dia jumpa tu tanpa amik tahu saper tuan punya buah.. dari pokok mana.. main pakai masuk dlm masakan sos dia.. YG? Sememangnya YG sebagai pelabur or org yg keluarkan modal untuk dptkan untung dari gabungan masakan Ayam CL dan Sos Teddy. dia x pikir apa.. yg penting untung.. BUT? dari segi ni.. boleh x kita pikirkan.. Pihak mana yg sepatut dipersalahkan atas pengambilan 'buah' yg Teddy jumpa tepi jalan tu? And CL dan YG menerima kerana mereka rasa ianya sedap dlm masakan dan perniagaan mereka.. Namun? mereka lupa HAK MILIK itu bukan mereka punya.. mereka x check sumber 'buah' tu..

kat sini la maksud aku. BUAH tu adalah bacaan Adik Muhammad Thaha (x der la adik sgt dah, tahun ni dah umur 20 tahun budak tu). Org Arab tu adalah Orang Islam.. Tuan punya pokok tu adalah org Islam.. Jadi sama2 la pikir.. walo apapun tegakkanlah agama kiter. jgn bg senang2 jer dorg ni lenyek2 agama kita..


Quote manganini 11-3-2014 06:56 PM
satu lg selain isu keagamaan, bacaan Quran adik Thaha tu mesti ada copyright kut.. takkan senang2 je main cedok masuk dlm lagu dia..? tak mcm tu ke..
Quote JUSTcircle 11-3-2014 10:01 PM
manganini posted on 11-3-2014 06:56 PM
satu lg selain isu keagamaan, bacaan Quran adik Thaha tu mesti ada copyright kut.. takkan senang2 je ...

yerp.. itu la salah satu kelemahan and keterukan TD yg kiter leh nampak.. CEDOK main suker2..
kalau COPYRIGHT issue ni dikatakan sah la.. agak2 x kan la adik Thaha nak bg bacaan ngaji gabung ngan pompuan x pakai tudung joget2 goyang punggung gitu.. yer tak?
so, nmpk sgt la dorg COPYRIGHT issue..
Quote hasniey 13-3-2014 06:36 PM
YGE to reportedly remove section from CL’s “MTBD”; Korean Muslim Federation statement


After CL‘s “MTBD” live performance was released, it quick became controversial, with many Muslim listeners saying that a portion of the track sampled a verse from the Quran. People were not pleased, and so now it’s being reported that YG Entertainment is set to remove the controversial parts from the song.


There has not been any official word from the agency, but according to a report by Chosun, YG Entertainment is said to have decided to remove the controversial portion from the song.


The Korea Muslim Federation has now raised a formal complaint, speaking out on the 12th, “Muslims find this song to be a severe insult and are demanding for the agency to take action including quickly removing it or editing the entire song, and apologizing to Muslims… In the case that they don’t comply to the demand, we will take action with the Muslims around the world who find this to be a serious matter.”


berita yg penuh kt asian junkie

ok, abaikn bahasa asian junkie tu sbb diorg mmg cmtu

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.057751 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top