SETELAH khabar angin mengenai pelakon cantik Preity Zinta dikatakan terlibat dengan politik, pelakon filem Kal Ho Na Ho ini akhirnya tampil menafikan khabar angin tersebut. Menurut Preity, berita itu tidak benar, dan dia tidak pernah ingin terjun ke dunia politik. “Dari mana kamu dapat berita itu? Ia adalah gosip yang 100 peratus tidak benar!,” tegasnya Menurut sumber Oneindia.in, walaupun ada beberapa tokoh politik yang dikatakan sudah mahu mengambil Preity sebagai salah seorang calon politik namun, ia tidak mungkin berlaku. Sebelum ini Preity dikhabarkan akan menjadi calon dari wilayah yang sama dengan adik Sanjay Dutt iaitu Priya Dutt. Namun dengan penafian tersebut, maka perkara itu tidak akan berlaku.
|
ADVERTISEMENT