CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Aliff Aziz Cipta Lagu Tentang Anne Ngasri

7-3-2014 05:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19467| Komen: 78



Penyanyi asal Singapura, Aliff Aziz mengakui hubungan cintanya dengan Anne Ngasri yang berakhir dua tahun lalu adalah serius, malah dia pernah merancang untuk mengahwini aktres tersebut tetapi tidak kesampaian sehingga menyebabkan hidupnya menjadi tidak keruan selama empat bulan.

"Saya menyesal mengambil tindakan untuk berkahwin pada umur 21 tahun. Sebabnya kesakitan yang saya rasai hampir memusnahkan seluruh hidup saya. Bukan sahaja karier, tetapi juga moral, mental dan fizikal saya hampir musnah.

"Ia kerana saya beri seluruh jiwa raga pada hubungan itu. Sampai ke tahap hendak bernikah. Selama empat bulan saya ambil masa untuk bangkit semula.
"Bagaimanapun perkara ini menjadi pengajaran buat saya untuk tidak memberi 100 peratus jiwa raga kepada pasangan," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Kosmo!.


Aliff, 23, memberitahu dia turut mencipta sebuah lagu mengenai Anne yang bakal dimuatkan dalam album keempatnya yang bakal berada di pasaran Jun nanti.
Lagu berjudul "Hati Ini" mengisahkan seorang wanita yang bakal berkahwin dengan seorang lelaki dan mereka sudah mempunyai tarikh kahwin, tetapi akhirnya wanita itu mengambil keputusan untuk mengahwini orang lain.

Kata Aliff lagi, dia hanya ingin memberi tumpuan kepada karier nyanyiannya buat masa ini.
"Sekarang saya hanya ingin menaikkan kembali karier nyanyian dan imej diri. Apa yang terjadi pada saya mungkin hukum karma pada perbuatan saya sebelum itu tetapi saya tidak akan buat perkara yang sama pada wanita lain. Sebabnya saya faham perasaan orang yang disakiti," jelasnya.

Baru-baru ini Aliff telah dikaitkan dengan seorang wanita bernama Shazleen selepas gambar mesra mereka disebarkan di internet.
Menganggap ia sebagai pengajaran buatnya, Aliff memberitahu dia mengenali wanita itu beberapa bulan lalu selepas ibu Shazleen memanggilnya menyanyi di sebuah majlis korporat tetapi menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa.

Penyanyi lagu "Sayang Sayang" ini juga berkata dia akan lebih berhati-hati agar tiada lagi gambarnya bersama wanita tersebar di internet.
Dalam perkembangan lain, Aliff kini sedang terlibat dengan penggambaran drama bersiri "Jodoh 2"

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 7-3-2014 11:25 AM
Minah tu dh jd bini org, motip kau nak sebut2 nama dia lagi? Move on la mangkuk
Kang laki dia upah samseng tembak kau baru tau.
Dah nama ex buat cara ex
Quote ais_kosong 7-3-2014 11:28 AM
gigih la mamat sekoq nih..
Quote NHolmes 7-3-2014 11:30 AM
Mmg si aa ni sayang btl eh rupenye kat Anne huhu, dasatla Anne janda anak 3 (time dgn aa) boleh bikin hati teruna tak keruan merana sampai 4 bulan bila putus cinta hihihi..
Quote boongalalang 7-3-2014 11:32 AM
4 bulan je pon. Bukan 4 tahun :lol
Quote prettyuglybabe 7-3-2014 11:36 AM
move on je la aliff oiiii.. anne dah jadi isteri orang pun. doakan mereka bahagia dah la. barang yang lepas jangan la dikenang lagi
Quote azie.dz 7-3-2014 11:38 AM
tak move on lagik rupanya
Quote nurfariezza 7-3-2014 11:39 AM
rayna_raynes posted on 7-3-2014 11:25 AM
Minah tu dh jd bini org, motip kau nak sebut2 nama dia lagi? Move on la mangkuk
Kang laki dia upah  ...

nth...poyo btol...da xde cite lain nk up agaknya..
Quote asampodeh 7-3-2014 11:39 AM
bengong si alip ajis neh.. si anne tu dh jadik bini org.. jgn la nk bising2 lagi... dia ni dh tkde bahan laen ke hape..
Quote mrsLucky 7-3-2014 11:42 AM
Sayang betul dia dengan Anne..sampai sekarang tak lupa...
Aliff bukan Anne tak sayang you...i see the way korang bergambar berdua...terpancar kasih sayang di matanya..
tapi sebagai ibu tunggal anak 3, tentu sekali dia memilih untuk mencari seseorang yang matang, berkemampuan dan grounded untuk menjaganya dan anak2nya demi masa depan..

I hope you understand...


Quote mitnick 7-3-2014 11:42 AM
tudia syg sungguh smpi tak move on lagi....
mv nnt ade tanam2 cincin x?
Quote tupai_tupai 7-3-2014 11:43 AM
eleh nak taichi story dia dgn perempuan rambut karat la tu buat statement mcm ni
Quote rozza 7-3-2014 11:58 AM
merepek la mamat ni... tido lagi baik..
Quote ladyfree 7-3-2014 12:04 PM
anne masa tu mmg cinta mati kat alif ni. tp terhalang oleh sbb keluarga tak merestui.

akhirnya terpaksa akur dgn pilihan keluarga. i think deep deep inside, anne masih ingat cinta dia kat AA ni. tp life must go on. fokus famili.

hrp2 anne bahagia skrg dgn sumali. err betul ke nama tu?
Quote housequeen 7-3-2014 12:13 PM
ada jugak yg makan penampo dng suami si ann ni esok...

tak payah nak berlagu2 bagai sangat pasal bini org....ni kang gempar satu negara lagi kesah rumahtangga 3 penjuru....
Quote enchikfitz 7-3-2014 12:18 PM
x move on lagi ke dia ni?
Quote akies 7-3-2014 12:24 PM
perlu ke cipta lagu utk exgf? dh2 la aliff oi
byk lg pompuan kt luar tu
terseksa sungguh ko ni..siann
Quote annehuda 7-3-2014 12:30 PM
la bukan hari tu die penah ckp ke Anne mmg patut dah move on ngan lelaki lain yg lebih baik drpd die sbb Anne ni baik?
Quote tomet05 7-3-2014 12:32 PM
ok la tuh sila move on la kan
Quote miminn 7-3-2014 12:32 PM
kalau ye pun tak payahlah mention. bini orang kot.

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.058750 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top