CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Tampil Kelainan

7-3-2014 05:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2548| Komen: 0

Description: Seiring Dengan Teknologi Yang Berkembang Dengan Pesat, Permintaan Lagu-Lagu Kini Bukan Sekadar Boleh Didengari Menerusi Corong-Corong Radio Sahaja.



SEIRING dengan teknologi yang berkembang dengan pesat, permintaan lagu-lagu kini bukan sekadar boleh didengari menerusi corong-corong radio sahaja.

Malah, pendengar boleh mendengar lagu melalui Internet atau telefon pintar walau di mana sahaja berada.

Radio online, Flex FM yang ditubuhkan 15 Jun tahun lalu dianggarkan sehingga kini mencecah 30,000 pendengar setiap tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syakiela Azril berkata, penubuhan radio ini sebagai saluran media yang menyampaikan informasi dan maklumat semasa kepada pendengar.

"Selain info-info yang berguna, kami juga menghiburkan pendengar dengan lagu-lagu hit sepanjang zaman.

"Malah kami tampilkan suatu kelainan yang menceriakan hari pendengar terutamanya pengguna Internet tegar.

"Ia berdasarkan pemerhatian kami, kehidupan masyarakat yang semakin terbeban dengan masalah ekonomi beri ilham," katanya.

Syakiela berkata, visi Flex FM bersandarkan untuk memupuk masyarakat lebih prihatin dengan konsep positif yang diterapkan melalui rancangan dan program gaya hidup sihat.

"Kami percaya ia dapat mengajak masyarakat untuk sama-sama berfikir lebih matang dengan komunikasi secara tidak langsung.

"Stesen radio Flex FM tidak mementingkan populariti sesebuah lagu. Sebaliknya memastikan lagu-lagu yang dimainkan  di setiap ruang masa pilihan yang berlainan dari yang biasa dengar menerusi corong radio biasa atau radio internet," ujar Syakiela.

Menurutnya, apa yang penting bagi stesen radio itu, lagu yang diputarkan haruslah sedap didengari, tidak membosankan, lebih ringkas, universal dan evergreen.

"Lagu-lagu yang dipilih berdasarkan konsep santai dan ceria, lagu2 akan diputar di radio.

"Kami percaya ramai dalam kalangan pendengar di luar sana yang ingin mengikuti kami dan sama-sama membawa arus positif dalam masyarakat
"Konsep kami menjurus ke arah gaya hidup yang positif untuk segenap lapisan masyarakat," katanya.

Untuk makluman, genre lagu yang dimainkan mengikuti kesesuaian segmen seperti Pop dan R&B; Jazz dan Klasik; 80an dan 90an; Rock serta Irama Etnik.

Sementara itu, waktu operasi selama 24 jam sehari menemani pendengar setiap masa tanpa henti.

"Ia menjadikan stesen ini sebagai salah satu stesen radio online pilihan pendengar.

"Kami akan terus untuk memastikan pendengar mendapat input yang berkualiti dan menepati cita rasa," ujarnya.

Platform artis baharu

Dalam masa sama, pengarahnya, Kufazriesyah Norhashimshah berkata, selain pilihan lagu terkini, pihaknya juga bertindak sebagai satu platform untuk memperkenalkan artis baharu.

Bukan itu sahaja, Flex FM mengambil satu pendekatan baharu dalam memasarkan nama artis yang baharu menjinakkan diri dalam industri seni.

"Matlamat kami adalah untuk membantu kumpulan indie terutamanya dalam melonjakkan reputasi mereka.

"Dengan langkah ini, bakat dan kebolehan mereka mungkin dapat menarik perhatian penggiat seni yang lain.

"Ia juga dapat membuka lebih banyak peluang mengembangkan karier mereka di industri seni tanah air seperti Angelika, Gensekii, The Apple Tree, Final Gen dan banyak lagi kumpulan indie yang berbakat besar," ujarnya.

Katanya, bakat baharu ini diperkenalkan menerusi segmen Zone Muzik Segar Flex FM dan Flex Fresh Hits.

Selain itu, pihaknya juga mengadakan segmen khas tersebut sebagai ruang untuk artis baru atau Indie band bagi mengetengahkan karya dan bakat seni mereka.

Kufazriesyah berkata, Flex FM juga bertindak sebagai pentas kepada kelompok yang dipinggirkan untuk terus berkarya.

"Kami mahu Flex FM menjadi saluran rujukan dan stesen radio rasmi untuk golongan seperti ini.

"Visi kami supaya bakat mereka tidak disia-siakan dan menjadi santapan pendengar di luar sana," katanya.

Segmen baharu

Walaupun penubuhan stesen ini bertujuan memberi hiburan semata-mata, Kufazriesyah berkata mereka tidak lupa golongan yang memerlukan seperti miskin, yatim piatu dan kurang bernasib baik.

Menurutnya, misi radio online itu untuk menjadi dunia ke arah lebih baik menjadi realiti dengan adanya segmen terbaharu.

Katanya, usaha ini akan dapat diketengahkan lagi dengan kerja-kerja amal yang dilakukan dalam membantu selagi termampu.

"Kami mengajak masyarakat untuk sama-sama berbakti untuk merealisasikan impian Flex FM.

"Ia bukan sahaja membantu golongan ini, bahkan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama masyarakat.

"Secara tidak langsung membuka pelbagai peluang yang lebih besar untuk masa depan," katanya.

Ujar Kufazriesyah, selain berhibur mereka turut memberikan khidmat masyarakat dan kebajikan menerusi segmen 'Bersama Rakyat' dan Tabung Kasih Sayang Flex FM.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.041239 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top