CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Saya Datang Berhibur’

7-3-2014 05:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3389| Komen: 1





Saya datang berhibur’

MAJLIS berprestij, Anugerah Oscar 2014 yang berlangsung pada 2 Mac lalu menyaksikan filem, Gravity, meraih kemenangan besar apabila berjaya menjulang tujuh trofi dari 11 pencalonan.

Filem sains fiksyen yang menggunakan latar angkasa lepas ini membawa pulang trofi utama termasuk Pengarah Terbaik dan Kesan Visual Terbaik.

Kejayaan ini merupakan penghargaan paling berharga buat pengarahnya di sepanjang usia penglibatan dalam bidang pengarahan.

Walaupun gagal meraih kemenangan dalam kategori, Filem Terbaik, namun ia sudah cukup bermakna buat warga kerja filem ini.

Menurut pengarah filem ini Alfonso Cuaron pencalonan dalam kategori itu sudah cukup buat dirinya kerana pencabar yang turut dicalonkan bukanlah calang-calang individu.

"Saya datang untuk berhibur sahaja dan menyaksikan kegembiraan kawan-kawan. Itu sudah cukup buat saya gembira, tidak kira menang atau kalah.

"Saya menganggap saat itu sebagai satu perayaan sahaja di mana saya meraikan hari itu dengan penuh kegembiraan.

"Namun, apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang, saya memang terkejut dan tidak menyangka kemenangan itu," katanya.

Selain meraih anugerah Pengarah Terbaik, filem lakonan Sandra Bullock dan George Clooney ini juga turut menang dalam kategori, Sinematografi Terbaik, Sound Mixing, Sound Editing, Original Score dan Film Editing.

Julang 108 anugerah!

Kejayaan di pentas Oscar 2014, bukanlah kejayaan pertama yang dijulang keseluruhan produksi filem ini.

Sebelum ini, filem Gravity telah meraih beberapa penghargaan di Golden Globe, dalam kategori Pengarah Terbaik.

Filem ini juga turut membawa pulang lima trofi dari 11 pencalonan di Anugerah British Academy of Film and Television Arts (BAFTA) ke-67, dalam kategori Outstanding British Film, Sinematografi Terbaik, Muzik Terbaik, Tata Suara Terbaik, Sutradara Terbaik, dan Kesan Visual Terbaik.

Selain itu, filem hebat ini juga turut meriah kejayaan di Outstanding Directorial Achievement in Feature Film 2014.

Secara keseluruhan, filem ini meraih 108 penghargaan di sepanjang tempoh tayangan sejak, 28 Ogos 2013.

Menurut Cuaron, ia adalah penghargaan paling besar buat filem arahannya berbanding sebelum ini.

"Selain memenangi kategori keseluruhan, saya juga turut meraih lebih daripada lima anugerah.

"Saya sangat gembira dan penat lelah untuk menghasilkan filem ini amat berbaloi!," katanya.

Bukan filem sains fiksyen

Walaupun berlatar belakangkan di angkasa, namun bagi Cuaron, dia tidak percaya bahawa dia telah mengarahkan sebuah filem sains fiksyen semasa penggambaran.

Menurut penerbit, penulis skrip dan juga editor ini, dia hanya menganggap filem itu sama seperti penghasilan drama sahaja.

"Secara jujur, saya tidak pernah terfikir yang saya telah menghasilkan  filem fiksyen sains.

"Apa yang ada dalam fikiran saya ialah, saya telah melakukan drama seorang wanita di angkasa," katanya

Jelas Cuaron, dia percaya bahawa jalan cerita yang menggunakan teknologi semasa, membuatkan ia bukanlah benar-benar sains fiksyen.

"Saya tidak fikir filem ini adalah sebuah filem sains fiksyen, di mana ia berlaku pada masa ini dengan teknologi yang sedia ada.

"Kami meningkatkan realiti kerana jelas terdapat isu-isu munasabah. Namun, saya tidak kisah apa sahaja 'label' atau genre yang diberikan," katanya lagi.


Cita-cita sejak kecil

Menyelak latar belakang pengarah berkaliber ini, dia mula memasang impian  untuk bergelar pengarah sejak kecil lagi.

Selain pengarah, dia juga bercita-cita untuk bergelar angkasawan.

Malah, ketika itu, dia berhasrat untuk menghasilkan filem, namun keinginan itu terbantut kerana tidak memiliki kamera.

Pada sambutan hari jadi ke-12, Cuaron menerima hadiah sebuah kamera dan sejak itulah, dia mula merakam apa sahaja yang menarik minatnya.

Ketika usia remaja, lelaki kelahiran Mexico ini sering menghabiskan masa di pawagam untuk menonton filem. Namun, alasan yang diberi kepada ibunya adalah berkunjung ke rumah rakan.

Berhampiran rumahnya, terdapat dua studio, Studios Churubusco dan Studios 212, di mana dia akan pergi dan cuba untuk melihat perkara yang menarik.

Selepas tamat persekolahan, Cuaron memutuskan untuk belajar dalam bidang perfileman di pawagam berkenaan tetapi tidak diterima kerana faktor usia.

Namun, ia bukanlah halangan besar buat Cuaron dan atas dasar minat yang mendalam, dia terus mencari ilmu dalam bidang perfileman.

Akhirnya, pada tahun 1986, Cuaron muncul sebagai penolong pengarah untuk filem, Pyramides Bleues dan Romero pada 1989.

Pada 1991, Cuaron tampil memperkenalkan filem arahan pertamanya, Sólo Con Tu Pareja dan seterusnya, A Little Princess (1995), Great
Expectations (1998), Y Tu Mamá También (2001), Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004) dan Children of Men (2006).

Selain itu, Cuaron juga turut bertindak sebagai penerbit untuk filem, Sólo Con Tu Pareja, Y Tu Mamá También, The Assassination of Richard
Nixon, Crónicas, Black Sun, Pan’s Labyrinth, Year of the Nail, Rudo y Cursi dan Gravity.

PROFIL

Nama Penuh : Alfonso Cuarón Orozco
Tarikh Lahir : 28 November 1961
Tempat Lahir : Mexico City, Mexico
Kerjaya : Pengarah filem, penulis skrip, penerbit, editor
Bekas Isteri : Mariana Elizondo (1980–1993), Annalisa Bugliani (2001–2008)
Kekasih : Sheherazade Goldsmith


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cherylrihanna 6-3-2014 03:03 PM
pening la tgk cite ni. masa tali terputus kan, dia terpusing2,
kita yg tengok ni pulak rasa pening

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.043636 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top