BEKAS ahli kumpulan T-Ara, Hwayoung dikhabarkan terlibat dengan kemalangan sehingga mengakibatkannya mengalami kecederaan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh agensinya, Donga.com, Hwayoung ketika itu keluar bersama beberapa teman dan sebaik kereta yang dinaiki berhenti di lampu isyarat, sebuah kereta dari belakang tidak sempat berhenti dan melanggar kenderaan yang dinaiki oleh penyanyi itu. "Mujur kemalangan itu tidak besar dan Hwayoung hanya cedera ringan dan dibenarkan pulang selepas dirawat. "Bagaimanapun atas nasihat doktor, Hwayoung harus berehat seketika dan pihak kami berharap peminat Hwayoung tidak perlu risau dengan keadaannya," ujar wakil agensi terbabit.
|
ADVERTISEMENT