KETIKA tahun baharu berganti, maka satu perkara yang pasti bagi peminat setia K-Pop adalah menghadapi kehilangan idola mereka yang wajib menjalani latihan ketenteraan. Kelmarin, Agensi Polis Metropolitan Seoul dikatakan sudah mengeluarkan senarai nama mereka yang wajib menjalani latihan ketenteraan termasuklah para selebriti. Antara nama yang dikhabarkan bakal menjalani latihan tahun ini adalah aktor Yoo A In, Sungmin dari kumpulan Super Junior dan Sungje daripada kumpulan Supernova. Mereka dikatakan bakal mendaftar pada bulan Mei sehingga Ogos nanti. Bagaimanapun agensi Super Junior, SM Entertainment berkata: “Benar Sungmin harus mengikuti latihan ketenteraan tahun ini. Namun belum ada maklumat jelas mengenai perkara itu," katanya.
|
hasniey posted on 4-3-2014 04:54 AM
shindong pon dah nk masuk army kan
may or mac xsure, tp dia mintak postpone nk pi bulan june xdpt
manganini posted on 5-3-2014 04:40 PM
tp sure tahun ni la ye shindong tu masuk army..
maknanya 85er wajib masuk army la thn ni.. gitu k ...
ADVERTISEMENT