Bukan tak laku, Jihan serah pada takdir
BIARPUN usianya tahun telah mencecah 31 tahun, pelakon dan pelawak Jihan tidak pernah meletakkan sasaran umur untuk mengakhiri zaman bujangnya walaupun mengakui mempunyai teman istimewa iaitu peserta program Pilih Kasih musim kedua, Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 29. Jihan yang juga merupakan anggota kumpulan S.Y.J ini juga memberitahu dia tidak mahu terlalu memikirkan hal itu dan hanya akan berserah pada takdir. “Sebenarnya kami sudah berkawan sejak dari sekolah lagi dan hubungan ini sekarang jadi lebih rapat. “Tapi buat masa ini perancangan untuk berkahwin belum ada lagi. Memang sengaja tidak mahu rancang sebab semuanya belum pasti. “Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, jadi biarlah ia berlaku dengan sendirinya,” ujarnya. Ditanya bagaimana reaksi keluarganya mengenai perkara ini, Jihan memberitahu dia bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang amat memahami dirinya. “Alhamdulillah, keluarga saya terutamanya ibu tidak kisah dengan perkara ini. Mereka sentiasa beri dorongan kepada saya. “Lagi pun, perkara seperti ini tidak boleh paksa-paksa,” katanya. Sh : Sering diperlekeh? Di soal mengenai perjalanan kariernya, Jihan yang merupakan generasi pelapis sebagai pelawak wanita akui tidak pernah terbeban dengan status kerjayanya itu. “Sebenarnya saya tidak meletakkan diri sebagai satu-satunya pelapis pelawak wanita, tapi lebih selesa menjalankan karier itu bersama pelawak lelaki. “Bila seiring dengan pelawak lelaki, saya tidak rasa ditindas atau diperlekehkan,” jelasnya. Pada masa sama, Jihan turut menafikan tawaran kerjayanya kini begitu lumayan dan sering diberi keutamaan oleh pihak produksi. “Sebenarnya tawaran yang saya dapat biasa-biasa sahaja. Bila saya tidak dapat buat, pihak produksi juga ada beri tawaran kepada artis lain dan ada juga tawaran yang saya buat untuk gantikan artis lain. “Tapi mungkin disebabkan saya terlibat dengan beberapa program yang memang orang menonton, jadi mungkin sebab itu mereka hanya nampak saya sahaja,” jelasnya. Dalam perkembangan lain, Jihan bakal mengacarakan sebuah majlis sambutan Hari Ibu yang bakal menampilkan penyanyi bersuara emas, Jamal Abdillah dan Nas Adila di Shah Alam.
|
ellZack posted on 4-3-2014 10:57 AM
baru tau ungku hariz tu boipren dia.. boipren dia berlakon best.. iols suka tengok dia dalam drama p ...
lucky_peace posted on 4-3-2014 11:04 AM
minat jihan sejak masuk SYJ.. memang nampak talent die~~~ good luck Jihan..
cef_gango posted on 4-3-2014 11:06 AM
Kerana gigi je kan pasang besi terus cun mendadak
asampodeh posted on 4-3-2014 11:04 AM
ye la.. iols pun tk sngka ku hariz tu boioren sheols.. aritu ade trbaca kt mana ntah baru tau.. dh ...
ADVERTISEMENT