Gambar hiasan Melaka: Sepasang kekasih yang mendakwa baru lepas berjoging di Ayer Keroh sempat ke sebuah hotel bajet di Ujong Pasir, di sini, yang terletak 15 kilometer kerana mendakwa mahu membersihkan diri sebelum mereka dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana berkhalwat pagi kelmarin. Dalam operasi jam 9 pagi, pasangan itu yang lengkap berpakaian sukan ditahan berdua-duaan di dalam bilik hotel bajet disewa lelaki berkenaan. Difahamkan, pasangan berusia 19 tahun itu orang tempatan yang tinggal bersama keluarga masing-masing. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM Rahimin Bani berkata, maklumat awal diterima pengadu memberitahu melihat pasangan disyaki pelajar sekolah yang kedua-duanya memakai seluar trek masuk ke hotel berkenaan pada awal pagi. Katanya, anggotanya bergegas ke hotel itu untuk membuat pemeriksaan dan menemui pasangan terbabit berkurung di dalam bilik itu. “Soal siasat mendapati bilik berkenaan disewa lelaki terbabit sejak semalam (kelmarin) dan membawa teman wanitanya untuk membersihkan diri selepas berjoging sebelum mendaftar keluar. “Pasangan kedua-duanya tidak bekerja itu terus ditahan untuk siasatan lanjut kerana didapati berkurung di dalam bilik berkenaan,” katanya, di sini, semalam. Rahimin berkata, remaja perempuan itu mendakwa dia baru datang ke hotel berkenaan dan tujuannya hanya mahu mandi di situ sebelum ditahan JAIM. Katanya, mereka mendakwa tidak melakukan sebarang perbuatan tidak senonoh ketika bersama di dalam bilik itu dan hanya bersarapan dengan membawa makanan yang dibungkus. Dalam pada itu, di hotel bajet sama satu lagi pasangan ditahan di bilik berasingan selepas didapati berkurung membabitkan perempuan berusia 19 tahun dan lelaki berusia 22 tahun. Beliau berkata, pasangan berkenaan masuk ke bilik itu sejak malam sehingga ditahan berdasarkan siasatan, mereka sering berjumpa dan bermalam bersama pada setiap bulan serta mengakui sudah beberapa kali terlanjur.
|
shernazz posted on 1-3-2014 08:35 PM
hotel bajet neh bukan busuk ke bilik dia?
bilik air pon sekangkang kera ja
demi nafsu, sanggup tu. ...
lavajeans posted on 1-3-2014 08:39 PM
Awek low class smiskin je ikut jantan smiskin p hotel budget..
shernazz posted on 1-3-2014 08:42 PM
lu jangan buat begitu okeh
ajak bini pi hotel 6 stars tau..baru romentik
“Soal siasat mendapati bilik berkenaan disewa lelaki terbabit sejak semalam (kelmarin) dan membawa teman wanitanya untuk membersihkan diri selepas berjoging sebelum mendaftar keluar.
airfilterrezza: wa bukan apa..kekadang wa heran ngn orang melaka..wa pun orang melaka..tp wa suci je wehhhh..lu orang suma harap tk yah la dok gebang..baru dapat ayat ...
ADVERTISEMENT