Berita pelakon yang tidak lekang dengan kontroversi dan bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan berusia 34 tahun baru-baru ini telah mengejutkan ramai pihak. Namun, sedang asyik dilamun cinta, pemilik nama Hanez Suraya ini sekali lagi dihimpit kontroversi apabila dia didakwa sedang menyulam kasih dengan lelaki berstatuskan suami orang dan turut dilabel sebagai perosak rumahtangga. Melalui kenyataannya dalam Melodi, Hanez seolah-olah menafikan kenyataan tersebut dan terkejut apabila didakwa merampas suami orang. Lelaki yang dikatakan bakal suami Hanez Walaupun dia menafikan bakal suaminya adalah suami orang dan sudah mempunyai anak, jawapan Hanez dilihat seolah-olah mengiyakan dakwaan tersebut. Yeke, suami orang, tak tau, tak pernah tau, sekiranya kalau dia suami orang, tak perlu diperhebohkan, takut ada pihak yang tak berpuas hati. Hanis taknak komen pasal ni, Once Hanez dah ready, apa status dia semua Hanez akan kongsi dengan semua, buat masa sekarang, beri Hanez peluang selesaikan apa yang patut. Apa yang menimbulkan persoalan adalah, peluang apakah yang diminta oleh Hanez dan perkara apakah yang ingin diselesaikan terlebih dahulu? Adakah Hanez sebenarnya sudah mengetahui status lelaki yang bakal dikahwininya itu? Isteri Kekasih Hanez Punya Bukti Mereka Bercuti Di Bangkok Nampaknya kontroversi yang menghimpit artis jelita Hanez Suraya yang kononnya merampas suami orang hingga meruntuhkan rumahtangga wanita lain masih hangat diperkatakan. Walaupun Hanez kini enggan mengulas lebih lanjut mengenai status dan dakwaan yang menghimpit dirinya itu, isu ini nampaknya masih rancak dan semakin banyak pula spekulasi yang timbul. Terbaru, melalui rancangan Melodi, seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai isteri kekasih Hanez tampil menjawab segala teka-teki mengenai hubungan tiga segi ini. Nurliyana terguris dengan perbuatan Hanez memuatnaik gambar anak-anaknya Dia (Hanez) yang mula dulu, dia canang dia nak kahwin, i tak kisah pun. Alhamdulillah jodoh dia dengan suami i, tapi yang paling i tak boleh terima dia ambil gambar anak-anak i masa kenduri rumah mak mertua i, lepas tu dia upload dalam instagram. Apa motif dia sebenarnya? Itu isu sensitif. Mereka anak-anak i, dia pun belum ada apa-apa hubungan yang sah, tapi i ni masih lagi isteri dia (R), i yang lahirkan mereka. Setiap ibu pun pasti faham apa yang i rasa. Wanita yang dikenali sebagai Nurliyana itu berkata Hanez tidak sepatutnya memuat naik gambar anak-anaknya untuk tontonan umum. Semua orang tanya i bila gambar tu tersebar di instagram dia. Daripada i nak tutup hal mereka, sekarang semua orang pun dah tau.
|
hunny_bunny posted on 24-2-2014 08:49 AM
alahaaiii...bejuta kali aku try upload pakai mobile xleh plak...since intenet mcm bengong sket..
...
hunny_bunny posted on 24-2-2014 08:49 AM
alahaaiii...bejuta kali aku try upload pakai mobile xleh plak...since intenet mcm bengong sket..
...
ADVERTISEMENT