CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Umie Aida Nafi Rumahtangga Bergolak

3-3-2014 10:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 52698| Komen: 261



JIKA anda mengikuti perkembangan pelakon Umie Aida di laman Instagramnya, jarang atau mungkin tiada gambar dia bersama suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan dimuatnaik.
Ia secara tidak langsung menimbulkan sedikit pertanyaan di kalangan peminat mengenai status hubungan mereka.
Menerusi B*Pop, Umie menjelaskan rumahtangga mereka masih lagi dalam keadaan baik.

“Mana-mana perkahwinan pun pasti akan dilanda badai. Biasalah. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami-isteri…kita kan manusia? Masing-masing sibuk.
“Rumahtangga kami masih OK. Jangan bermain dengan soal kahwin cerai. Tapi apabila bercakap soal cerai, itu ketentuan-Nya. Siapa kita nak cakap andai perceraian itu jalan terakhir yang baik atau sebaliknya.


“Kita tidak mampu melawan kehendak qada dan qadar. Saya mengharapkan yang terbaik untuk rumahtangga kami. Biarlah bahagia sampai ke jannah,” jelasnya.
Betul juga kata Umie itu. Dia pasti lebih tahu hal rumahtangganya berbanding kita sebagai orang luar.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote choombee 2-3-2014 11:28 PM
nasi tak luak kalau xde org makan...
Quote pakweneelofa 2-3-2014 11:29 PM
umie "stemcell" aida
Quote asampodeh 2-3-2014 11:33 PM
Umie Aida: Masalah Itu Biasa, Tapi Tidak Sampai Ke Arah Bercerai

Oleh RotiKaya Staff pada02 March 2014, 8:03PM

It’s amazing how para peminat dan orang ramai boleh meramal kehidupan seseorang dengan hanya melihat status atau kemaskini laman sosial mereka. Umie Aida antara contoh terkini yang menjadi mangsa spekulasi ramai.
Ada khabar angin mengatakan yang rumah tanggaUmie Aidadan suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan dilanda masalah ekoran beberapa status di Instagram pelakon itu yang seolah olah meluahkan keluh kesah di hati.
Laporan Berita Harian hujung minggu lalu juga melaporkan yang wujudnya dakwaan mengatakan ada orang ketiga dalam rumah tangga pasangan ini di kalangan artis juga yang menyebabkan pergolakan ini terjadi.
Apa kata Umie Aida?
“Mana mana perkahwinan pun pasti akan dilanda badai. Biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri, kita kan manusia? Masing masing sibuk. Mungkin juga ketika gambar dan video yang dimuat naik dalam Instagram itu ada masalah yang timbul. Tapi, tidaklah sampai ke arah itu (bercerai),” jelas duta produkPhytoscience Stemcellini.
“Rumahtangga kami OK. Jangan bermain dengan soal kahwin cerai. Tapi apabila bercakap soal cerai, itu ketentuanNya. Siapa kita nak cakap andai penceraian jalan terakhir yang baik atau sebaliknya — saya mengharapkan yang terbaik untuk rumah tangga kami,” tambahnya.      #65 Umie Aida Nafi Rumah Tangga Bergolak - ROTIKAYA
Quote inusya 2-3-2014 11:45 PM
Yg pergi up status gitu knp.
Ada mslh suami isteri ddk bncg sama2 bkn gi up status.
Xphm aku smua bnda nk up kat laman sosial.
Quote lucky_peace 2-3-2014 11:49 PM
buat anak cepat2, at least kalau cerai ade anak kandung bersama yang boleh di jadikan isu pasal harta...
Quote mizzmimi 2-3-2014 11:51 PM
pelik.. ada prob tulis kat diary cukupla

ni pegi broadcast kat satu dunia apa halll?
Quote aiskrimpelangi 2-3-2014 11:58 PM
Haii mcm bergoyang jgk je nii. Adoii janganlaaaaa. Mcm  musim pulak.
Quote kucingkecik 3-3-2014 12:02 AM
pulakk dahh..
Quote nadieya 3-3-2014 12:09 AM
ni semua nak bagi punca la...harap2 tak la...
Quote enchikfitz 3-3-2014 12:33 AM
Lain kali jgn update status bukan2. X pepasal mengundang speku :@
Quote ss8384 3-3-2014 12:43 AM
Org yg dah kawin klau up status kat social network mesti orang speku dia Ada problem Dgn partner ..kenapa ye? Padahal bukan kot..
Quote juliez 3-3-2014 12:50 AM
mizzmimi posted on 2-3-2014 11:51 PM
pelik.. ada prob tulis kat diary cukupla

ni pegi broadcast kat satu dunia apa halll?


zaman skrg ni, fb / twitter / instagram la diary



Quote mommymonster82 3-3-2014 12:54 AM
lucky_peace posted on 2-3-2014 11:49 PM
buat anak cepat2, at least kalau cerai ade anak kandung bersama yang boleh di jadikan isu pasal hart ...

Yg ada ank pon bertahun tuntut buang duit naik turun mhkamah..bertahun..mcm kes ac sampi ank da 18thn dah..baik bercerai xde ank...
Quote munchkin 3-3-2014 01:06 AM
buat apa tulis status gitu. ramai je member suka tulis yang sebegitu. kang ada orang masuk jarum, dah susah.
Quote mrsLucky 3-3-2014 01:24 AM
siapa lah yang mengganggu kebahagiaan Umi Aida ni..
tak baik tau..
Quote BuBuComey 3-3-2014 01:33 AM
huhu..nyampah la kalo ada yg ketiga nih.
Quote mommymonster82 3-3-2014 02:35 AM
munchkin posted on 3-3-2014 01:06 AM
buat apa tulis status gitu. ramai je member suka tulis yang sebegitu. kang ada orang masuk jarum, da ...

Betul tu..sendiri cr masalh..
Me pon yg follow dia slalu tfikir..mn hb dia.? Tp me fikir gini lak..selalu sgt boh gmbr mesra alm kang meluat lak org tgk da tua2 bgmbr gtu..bukn budak2 remaja lg.tp tulh nmpk hrtu ms erra cerai...bru nmpk hb dia..
Quote NHolmes 3-3-2014 07:41 AM
Tula jgn berani2 teman org pegi mahk syariah psl kes cerai pegi same2 hubby pulak tu.. Jgnla cerai umie k..
Quote jazaa 3-3-2014 07:56 AM
Nikah depan kaabah pun bergolak jugak?......

Lihat semua komen(261)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.049293 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top