KUALA LUMPUR - Pelakon jelita, Rozita Che Wan semalam melalui laman Instagram miliknya mengumumkan berita tentang kehamilannya selepas empat bulan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zain Saidin, 30. Rozita, 41, ketika dihubungi berkata, dia begitu terkejut kerana dikurniakan cahaya mata dalam tempoh yang cepat namun bersyukur dengan rezeki yang diterima.
"Berita kehamilan ini merupakan hadiah ulang tahun kelahiran saya semalam (kelmarin). "Suami saya, merupakan individu yang paling teruja. Bagaimanapun, saya tak nafikan yang saya agak gementar kerana kali terakhir melahirkan anak ialah kira-kira 16 tahun lalu," katanya di sini semalam.
|
ADVERTISEMENT