Pelawak Abam (Bocey) percaya, meskipun dia berbadan besar namun bukan penghalang untuknya terus membina kerjaya sekaligus kekal dalam industri hiburan tempatan. Menurut Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, ada beberapa pihak memintanya supaya menguruskan badan tetapi permintaan itu ditolak. Katanya, dia enggan berbuat demikian kerana menganggap tubuh badannya yang besar itu telah memberi rezeki dalam kerjayanya sebagai seorang pelawak. "Ada juga beberapa pihak yang meminta saya untuk kuruskan badan, kononnya supaya saya dapat bertahan lama dalam industri. Tapi buat masa ini saya tak mahu mengubah imej saya kerana dengan badan besar inilah membuatkan saya dikenali ramai," katanya ketika ditemui pada majlis tayangan filem sulung lakonannya, 'Aku Akan Muncul', di e@curve baru-baru e@curve baru-baru ini.
Dalam pada itu Abam juga berkata, dia tiga menyangka usaha selama tiga tahun untuk menceburi dunia seni tanah air akhirnya membuahkan hasil apabila dia diberi peluang menyertai program realiti Bintang Mencari Bintang terbitan TV3. Seterusnya bersaing dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) terbitan Astro Warna. Malahan sejak memenangi tempat ketiga MLM, dia bersama ahli-ahli kumpulannya iaitu Acey dan Fard tidak putus-putus menerima tawaran lakonan. "Selama tiga tahun saya berusaha untuk masuk dalam industri ni. Alhamdulillah, akhirnya saya diterima. Ramai orang mula mengenali saya. Kalau diluar, pasti ada saja peminat yang menegur saya dan saya sangat menghargai peminat-peminat saya", katanya. Dari segi tawaran pula, Abam memberitahu dia dan ahli-ahli Bocey telah berbincang. Masing-masing tidak akan menyekat rezeki anggota kumpulannya yang lain jika salah seorang daripada mereka sahaja menerima tawaran berlakon. |
ADVERTISEMENT