CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

The Band Bermula 31 Mac Setiap Khamis Dan Jumaat Jam 9mlm

25-2-2014 05:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14144| Komen: 29

Khairul Anwar (tengah, bercermin mata) bersama barisan tenaga pengajar dan juri program 'Thhe Band'.


Program realiti terbaru, 'The Band' tidak hanya akan melahirkan bakat bersandarkan paras rupa sebaliknya proram terbitan Astro ini memberi penekanan kepada keseluruhan aspek yang penting untuk melahirkan kumpulan pop bertaraf antarabangsa seperti kebolehan vokal, gaya tari, keterampilan, penampilan imej dan juga aura sebagai seorang penghibur.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, pecanrian bakat program ini tidak hanya bersandar kepada paras rupa sebagai faktir utama yang melayakkan seseorang perserta itu dipilih. Sebaliknya, setiap yang dipilih harus boleh menyanyi.


"The Band bermisikan mencari dua buah kumpulan (lelaki dan wanita) yang terbaik bertaraf antarabangsa, seperti mana di Hollywood ada kumpulan One Direction The Pussycat Dolls juga kumpulan K-Pop sensasi masa kini.

"Kita tak mencari penyanyi yang hanya mempunyai paras rupa sahaja. Paling utama, setiap bakat yang terpilih haruslah boleh menyanyi dahulu. Rupa paras itu sebagai bonus.

Tapi tidak dinafikan pakej wajah merupakan nilai komersial sekaligus untuk menarik perhatian umum", katanya ketika ditemui pada sidang media program ini bertempat di Souled Out II, Menara HSC, Jalan Ampang, semalam.

Bagi peserta yang kurang berkebolehan dalam nyanyian, mereka akan diajar teknik nyanyian yang betul dalam program tersebut oleh Damian Mikhail (vokal). Sementara guru tari profesional, Alam Wakaka dan Wahyu Rahman pula bertindak sebagai perunding imej dan gaya.


Alam (Wakaka), Wahyu Rahman dan Damian Mikhail.

Seramai enam penyanyi lelaki dan enam penyanyi wanita akan dipilih bagi membentuk dua kumpulan The Band. Para peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, kemahiran dan aura dalam menentukan kumpulan pop terbaik yang berjaya ke peringkat akhir.

"Kami sudah pun membuat uji bakat pada September tahun lalu di mana kami turut membuka peluang ini kepada peserta dari Indonesia dan Singapura.

"Ia bertujuan bagi meluaskan pasaran muzik tempatan pada masa akan datang nanti. Setakat ini 80 peserta sudah pun dipilih untuk melalui ujian-ujian lain sebelum membuat pemilihan 36 (16 perempuan dan 16 lelaki) peserta terbaik. Kemudian mereka akan membuat persembahan secara berkumpulan dan setiap minggu ahli-ahli kumpulan akan bertukar ganti," ujar Khairul Anwar lagi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyainsamad 25-2-2014 10:32 AM
realiti lg...........
Quote eddlisa_uyuk 2-3-2014 10:51 PM
byk org yg gah-gah tolong nilai nmpk....rncgn nmpk cam besar tp naper tak promote sgt
Quote frangipani 7-4-2014 09:59 PM
adoii jadi rancangan lawak plak yg first audition ni.... iols suka! hahahaha
dpt hiburkan hati tgk gelagat peserta yg takde talent tapi gigih masuk audition ...
Quote hayrin86 10-4-2014 09:00 AM
amyainsamad posted on 25-2-2014 10:32 AM
realiti lg...........

Ya. Nyanyian. Kalau bukan macam nih tak apa, tak kisah la menjadi pelumba kereta ke, kaki pancing ke, pemain bola profesional ke, pemain takraw ke, pemain badminton ke. Ini tak baik untuk pembangunan sukan negara.
Quote jepp 11-4-2014 10:02 PM
Kaka layan
Sbb ada yusry
Quote mmeza_r 12-4-2014 08:12 PM
Best je tgk....jom layan
Quote bookehkahkoh 13-4-2014 01:03 AM
Macam hazab je semua
Quote hayrin86 13-4-2014 08:18 AM
bookehkahkoh posted on 13-4-2014 01:03 AM
Macam hazab je semua

Ya betul! Baik tonton FEAR FACTOR daripada tgk rancangan sampah ini!
Quote hanakikan 13-4-2014 07:00 PM
Mmh hazab sgt. Siang tadi tgk kejap je ya hampunnn... mcm taik je dorang nyanyi.
Quote DAYANG07 14-4-2014 08:58 AM
aizat tu macam familiar je
dia tu pernah berlakon kat mana mana ke
Quote cemp 14-4-2014 10:08 AM
yup aizat tu ade berlakon citer ayah tak silap tajuknya..kalo citer lain tak taw la

bez plak layan sebab cemp membesar ngan lagu tu sume huhu...
Quote nkhairuddin1 14-4-2014 01:21 PM
sangat2 tak berbakat .. iolz tgk semalam .. mmg minta kejian huhuhuh
Quote kentel 14-4-2014 02:57 PM
astro...again???whaaaaaaatttt???
Quote nouz 14-4-2014 08:52 PM
X minat allen dr indon..bdget bagus,..bgi dia sume peserta x betul..pdhal dia pun kne tegur gan syafinas!!..eeuuuw..
Quote nashrudean 15-4-2014 12:53 AM
tertengok ...macam ni ke nak represent malaysia? haha lawak
igtkan the band ni ala2 live music band..sekali ala2 kpop punya band..
Quote Ferr_Remy 15-4-2014 05:43 AM
The Band kat Astro ni mcm syok sendiri. Sore byknye hancor, tp blh plk lps smpai msuk konsert. No chemistry dlm satu kumpulan, sore x masuk, gaya pakaian ala2 Korea, xde trademark Malaysia. Lagu x sesuai, menari hancur. Smua based on looks mostly, tu pun xde la ensem mana. Yg laki looks so gay, yg prmpuan brangan babydoll. Komen juri especially Aznil so biased towards good looking member in each group.. Da fuq is that? Damian VE should be fired sbb fail secara total.
Quote hayrin86 15-4-2014 08:46 AM
Ferr_Remy posted on 15-4-2014 05:43 AM
The Band kat Astro ni mcm syok sendiri. Sore byknye hancor, tp blh plk lps smpai msuk konsert. No ch ...

Bukan THE BAND saja, malah semua rancangan realiti nyanyian dan tarian kat TV pun syok sendiri, tak relevan langsung.
Quote iena_kindaichi 15-4-2014 01:06 PM
nyanyi sumbang mambang...pastuh nari step cam bebudak....
Quote darkcloud 19-4-2014 11:12 AM
Org melayu kebanyakannya bercita-cita nak jadi artis..

Rancangan semakin hazab dan merosakkan masyarakat.. aku cadangkan rancangan The Band dibatalkan dan tidak diteruskan.. Negara Ini  bukan Amerika..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.044831 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top