CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Awal Akui Hubungannya Dengan Rakan Artis Renggang Sejak Jadi Hos 'Melodi'

25-2-2014 05:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14601| Komen: 72



Pelakon dan pengacara Awal Ashaari mendedahkan hubungannya dengan beberapa rakan artis menjadi renggang sejak dia dipertanggunggjawab menjadi hos program hiburan popular lagi 'panas', Melodi. Tidak cukup dengan itu dia juga sering menjadi mangsa cemuhan ramai yang melemparkan kritikan menerusi laman sosial Facebook dan Instagram.

Namun sebagai hos, Awal berkata dia hanya menjalankan tugas dan amanah yang diberi dalam menyampaikan maklumat mengikut skrip yang telah diberi oleh pihak produksi.

"Saya perasan sejak saya jadi hos 'Melodi', hubungan saya dengan beberapa artis agak renggang. Misalnya sebelum ini kalau bertemu, kami elok saja bersalaman. Tapi sekarang ni ada beberapa artis yang tak mahu bersalaman lagi dengan saya.


"Ada juga artis yang kalau 'cerita panas' mereka keluar di Melodi, mereka akan hubungi pengurus saya, seolah-olah saya sengaja mengaibkan mereka. Padahal saya dan Zizan hanya menyampaikan maklumat itu berdasarkan skrip yang diberi oleh produksi. Saya juga sedih bila menjadi mangsa cemuhan ramai di Facebook dan Instagram", katanya yang
sudah masuk tahun ketiga mengacarakan program hiburan mingguan nombor satu stesen TV3 itu.

Begitupun baru-baru ini timbul desas-desus mengatakan tempat Awal bakal digantikan dengan seorang selebriti sebagai hos baru program itu. Kononnya Awal akan disingkirkan dari 'Melodi' kerana mempunyai masalah disiplin.

Mengulas mengenai gosip tersebut, Awal berkata dia juga ada mendengar ura-ura tersebut. Bagaimanapun dia telah bertanyakan kepada pihak produksi program berkenaan dan pihak produksi menafikannya.

"Saya ada juga terdengar hal itu dan saya ada bertanya kepada pihak produksi. Sebab kalau lah benar seperti yang dikhabarkan, saya sebagai hos berhak untuk tahu kedudukan saya. Tapi pihak produksi menafikan hal tersebut. Malahan saya baru sahaja mennyambung kontrak selama setahun lagi dengan program tersebut. Jadi saya rasa khabar tersebut tidak benar.

"Tentang isu disiplin pula, saya tidak tahu-menahu akan perkara itu. Saya rasa saya tidak mempunyai apa-apa masalah. Sebab setiap minggu saya menepati jadual yang ditetapkan.

Saya perlu ada di set seawal jam 11 pagi dan selesai tugas sehingga jam 2 petang", tuturnya.

Dalam pada itu Awal juga berkata, dia sedia maklum bahwa tidak selamanya dia akan kekal sebagai pengacara prorgam itu. Pun begitu dia bersyukur kerana diberi peluang mengendalikan 'Melodi' iaitu sebuah rancangan pilihan ramai.

.

Malah beritahu suami kepada pelakon juga pengacara Scha Al-Yahya ini, menjadi hos Melodi adalah salah satu cita-citanya ketika di awal pembabitannya dalam dunia pengacaraan.
1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
7

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellZack 25-2-2014 09:07 AM
yang tak nak kawan dengan awal ni mesti yang sentap sebab kes diorang masuk melodi.. kosser!
Quote ais_kosong 25-2-2014 09:08 AM
sib lu la awal..
Quote lucky_peace 25-2-2014 09:18 AM
sian awal... rasenye mulut die takde la laser sangat pon dalam melodi tu... zizan ye lagi kuat menganjeng ha..
Quote carly_lah 25-2-2014 09:26 AM
dh nama pun awal... awal la yg kn mulakan dulu... seperti bersalaman, tegur etc....
Quote mijaa 25-2-2014 09:29 AM
ada lagi ke melodi ni
Quote Suchi 25-2-2014 09:30 AM
ijam non yankee
Quote farahfatihah 25-2-2014 09:32 AM
haha sian awal kan..zizan xnk komen ke?
Quote khailya 25-2-2014 09:32 AM
ok je awal ni.. aku ske tgk die mengacara...  
Quote chickenwing 25-2-2014 09:35 AM
ada lagi retis yang kurang pandai yg tak tau keje pengacara apa dan keje wartawan yg cari stori tu siapa......seriusly...mcm xpercaya je...ke Awal tersensitif sikit kot....pepun, gandingan veteren ahkak Ogy dan Saiful Apek terbaik setakat ni dalam Melodi....adik2 yg muda belasan tahun tu mungkin xtau kot.
Quote kiutkiut 25-2-2014 09:36 AM
terima aje la.. itula yg kena terima bila jadi hos melodi ni..
hahaha..
Quote kaki_palsu 25-2-2014 09:40 AM
sejak ader program meletop dan propaganza ni.. aku da tak layan melodi da.. hahaha.. aku pun da lupe wujud nyer program melodi ni..
Quote housequeen 25-2-2014 09:41 AM
Bagi aku...cara awal ni menyampaikan gossip agak 'berlapik' la jugak compare to the other host yg kekadang kita yg mendengar pun boleh meluat, apatah lagi yg mmg terlibat...
Quote SyaAnis 25-2-2014 09:42 AM
chickenwing posted on 25-2-2014 09:35 AM
ada lagi retis yang kurang pandai yg tak tau keje pengacara apa dan keje wartawan yg cari stori tu s ...

ogy & apek, memang class..

takleh lupa..

tengok awal pun, ok je dia mengacara.. takleh nak salahkan dia gak kan sebab skrip tapi kalau ada isu panas, dia pandai tone downkan suara so menampakkan ape yang dicakap macam bentuk nasihat/lawak instead of menghanjeng..

just keep it up je awal.. takyah la pikir sangat.. dah lahir anak nanti, geng je ngan anak & takyah pikir orang lain sangat.. hihi...
Quote jefri90 25-2-2014 09:44 AM
pencetus ummah hafiz kan pernah buat statement lebih kurang gini:

Rancangan Melodi & Meletop adalah Haram. Kerna suka membuka aib org dan melaga-lagakan antara satu sama lain. Seperti memutuskan silaturahim
Quote haikalkah 25-2-2014 09:44 AM
Rasanya mulut Awal takde la laser pun.. Galaksi lagi bahaya
Quote kak_jiebam 25-2-2014 09:45 AM
melodi dah tak relevan cam dulu.
akak lebih suka meletop
Quote enchikfitz 25-2-2014 09:45 AM
suka dgn cara mengacara awal. ada sopan dan cakap berlapik. tak la direct mengutuk. tp pemakaian dia kadang2 annoying. ketat seluar.
Quote twins 25-2-2014 10:01 AM
dorang takut Awal korek cerita dorang untuk jadi bahan Melodi kot ???
Quote chinta89 25-2-2014 10:04 AM
kaki_palsu posted on 25-2-2014 09:40 AM
sejak ader program meletop dan propaganza ni.. aku da tak layan melodi da.. hahaha.. aku pun da lupe ...

propaganza pun best!

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.053659 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top