CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Nur Fathia Tunjuk Perangai Sebenar Di London?

24-2-2014 11:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 90815| Komen: 561


ADA cerita kurang manis yang kami baca mengenai pelakon NurFathia Latiff menerusi tulisan wartawan B*Pop, Raja Nurfatimah Mawar. Khabarnya, teraju utama drama ‘Ariana Rose’ itu kerap kali buat hal sewaktu di lokasi penggambaran termasuklah datang lewat dan tidak hafal skrip.

Ia bukan sahaja terjadi di Kuala Lumpur, sebaliknya ‘merebak’ hinggalah ke London sehingga gandingannya, Keith Foo menggigil kesejukan kerana terpaksa mengulang babak berkali-kali.
Itu baru hal berkaitan disiplin, belum lagi masuk hal pergaulan.

Fathia dikatakan tidak begitu mesra dengan pelakon lain dan krew produksi, tidak sepertiKeith Foo, Nabila Huda dan Jonathan yang sentiasa bergurau-senda dan akrab antara satu-sama lain.

Dalam satu kejadian yang disaksikan sendiri oleh wartawan itu, pelakon jelita itu dilihat bergaduh besar dengan penerbit eksekutif, Jalena Rejab.

Ia gara-gara Fathia berdegil untuk tidak melakukan rakaman promo kerana ia merupakan hari terakhir mereka di London.


Pendek kata, mungkin dia tidak mahu hari yang sepatutnya dihabiskan untuk bercuti dan membeli-belah disia-siakan walaupun hanya beberapa minit.
Antara petikan tulisan tersebut berbunyi:

“Raja terkejut melihat Jalena mengamuk hingga menghempas pintu van yang dinaiki. Jalena seperti melepaskan ledakan yang terbuku dalam hatinya selama ini. Butir-butir dialog ketika mereka bertegang urat biarlah Raja simpan saja. Kalau tulis di sini pun nanti Fathia tentu malu. Tapi, mana-mana penerbit eksekutif pun akan marah dengan sikap Fathia!

“Raja bersama pengarah. Raja Ahmad dan pelakon yang berada dalam van ketika itu jadi terpaku seketika, apatah lagi melihat Fathia tetap berkeras tidak mahu melakukan rakaman promo. Hmmm…keras juga hati si Fathia ni…”

Selepas kejadian itu, Fathia dikatakan mula menjauhkan diri dan hanya bersalaman dengan Keith dan Jonathan sahaja sebelum pulang dari KLIA.
Waduh, kenapa sampai begitu sekali ya? Sebelum ini namanya juga pernah terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan membaling telefon bimbit ke arah pengarah Along Kamaluddin akibat tekanan.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Fathia dengan berkata kejadian itu tidak disengajakannya.
Kami sendiri pun tak tahu hendak komen apa mengenai perkara ini. Senang cerita, tak perlulah hendak tunjuk keras kepala sangat dalam industri ini.

Sedangkan pelakon yang sudah bergelar ‘otai’ pun masih ada sikap rendah diri, inikan pula anda yang baru beberapa tahun bertapak…


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boongalalang 23-2-2014 11:03 PM
Tiada orang komen sini? Sendu hamat? Haha
Quote msxx 23-2-2014 11:03 PM
Dh jenis keras pedal.. Nk buat mcm mana. Die mgkn jenis die je yg betul, org lain salah. X blh ditegur, trus sentap..
Quote melatibiru 23-2-2014 11:03 PM
lepas ni apa plak?
Quote LembingDayanti 23-2-2014 11:07 PM
habis lah Aiman (
Quote little_sis 23-2-2014 11:09 PM
ohh ni citernyer ek.. td aku baca sekerat je kat bh online..
Quote page_up 23-2-2014 11:12 PM
mungkin hanya  keith foo shj yg dpt mengubah perangai fathia nie kot...he..he...he...by the way  fathia dgn keith foo mmg sangggat2 sepadan jd hero & heroin....dah mcm betul2 bercinta plak...
Quote asampodeh 23-2-2014 11:12 PM
little_sis posted on 23-2-2014 11:09 PM
ohh ni citernyer ek.. td aku baca sekerat je kat bh online..

ha-ah.. kat bh online citer cume sekerat jer.. hampeh..!!
Quote prettymanja 23-2-2014 11:13 PM
kekwat ke Dia nie, baru nk fofular..
btw, Keith Foo gak wat weols merembes ... khen?? huhu
Quote jomZ 23-2-2014 11:13 PM
bese la manusia..lagi2 retiss....
Quote page_up 23-2-2014 11:14 PM
keith foo nie kadang2 hensem...kadang2 biasa2 jer....errrmmmm
Quote nanajo 23-2-2014 11:19 PM
Dah menang semlm lago la kersd pala dia ek. Tp x donafikan lawa patia ni...
Quote mixed 23-2-2014 11:21 PM
Fathia darah panas kari mmg suka nk marah2
Aiman sila bersedia di queen control taw

Keith foo hensom but katek!!!
Quote Nur_happy 23-2-2014 11:21 PM
patutlah pics2 gathering ariana rose mostly involve keith, nabila n mat saleh tu jer ...
Quote aderaderker 23-2-2014 11:21 PM
Dalam kapla,batu besar juga ada..
Dia ngan emma kembong perangai diva cam lebih kurang jah...
Tak lama la nyer riwayat dlm dunia retis ni..
Quote pakwetizzaqyah 23-2-2014 11:25 PM
rose jusoh...lol
Quote haiku 23-2-2014 11:28 PM
Bagus lah BiPop tegur direct tulis nama.

Kak Jai pun ada komen dlm her FB. Nabila pun tweet macam tak puas hati saja.
Quote Delfina 23-2-2014 11:31 PM
divanyaaa.... blum sampai tahap diva pun dah mendiva?...
kang x lama karier mu ni kang dik oiiii
Quote chaoyunjie 23-2-2014 11:34 PM
tak lama lagi kena reject dek pengarah la, klu dok buat perangai....
Quote adelea 23-2-2014 11:40 PM
LembingDayanti posted on 23-2-2014 11:07 PM
habis lah Aiman (

Aiman tak kisah rasanya ...

Lihat semua komen(561)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.081439 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top