Begitulah yang terjadi kepada pelakon cantik, Julia Ziegler apabila secara tidak sengaja dia terjatuh kedalam lubang kubur ketika penggambaran filem seram terbaru iaitu ‘Aku Akan Muncul’ arahan Krishnan Roy. “Banyak perkara menakutkan yang terjadi pada saya dan yang paling saya tak dapat lupakan ialah saya terjatuh dalam kubur. “Sebenarnya saya ada sedikit ‘accident’ dan itu yang menyebabkan saya tergelincir dan terjatuh dalam lubang tersebut… Memang menakutkan lagi-lagi saya ini dah la bawa watak hantu. “Nasib baik saya masih selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan yang teruk,”katanya ketika ditemui pada malam gala file ‘Aku Akan Muncul’ pada Rabu. Selain itu Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler turut memberitahu semasa penggambaran dijalankan krew –krew ternampak jelmaan dirinya di tepi tasik. “Filem seram memang banyak cabaran… Penggambaran mengambil masa yang agak lama dan selagi ‘scene’ tidak selesai selagi itulah perlu diteruskan. “Satu lagi pengalaman seram ialah bila ada orang datang dekat saya dan kata mereka ternampak bayangan saya di tepi tasik pada jam 3.00 pagi sedangkan pada waktu itu saya tidak pergi kemana-mana.” katanya Filem ini dibintangi oleh Musly Ramli, Dato Jalaludin Hasan, Albob Raja Lawak dan ramai lagi. ‘Aku Akan Muncul’ akan mula ditayangkan di pawagam berhampiran bermula pada 27 Februari ini. Jadi, apa tunggu lagi, jom kita saksikan sedikit sedutan darpada filem seram ini dibawah!
|
palmolive posted on 20-2-2014 05:27 PM
kadang propa jek sbb nk promote filem..cm filem razak tu...
asampodeh posted on 20-2-2014 05:41 PM
alahai dorng ni tk abih2 kene rasuk aka trsampuk la, nmpak kelibat la.. jumpe antu la.. pengsan la ...
ADVERTISEMENT