CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perlis Akan Ada Sekolah Agama Berasrama Penuh Pertama Dan Lrt

18-2-2014 12:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17828| Komen: 324


KANGAR - Perlis bakal memiliki sekolah agama berasrama penuh iaitu yang pertama di negeri itu, kata Menteri Besar Azlan Man.
Katanya, perkara itu telah dipersetujui secara prinsip oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan.
Pembinaan sekolah itu akan dilaksana dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) atau RMK11, katanya semasa berucap dalam perjumpaan dengan pemimpin UMNO di negeri itu, di sini malam tadi. 

Katanya, jika direalisasikan, Perlis akan mempunyai dua sekolah berasrama penuh termasuk Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra di Behor Pulai.
Diharapkan kewujudan sekolah agama berasrama penuh ini dapat menampung keperluan, selain menarik minat lebih ramai pelajar mengikuti pengajian sekolah menengah aliran agama, katanya.

Selain itu kata Azlan, Perlis juga bakal mempunyai sebuah lagi universiti swasta.
Bagi merancakkan lagi pembangunan Perlis, kerajaan negeri merancang membina perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), katanya dan menambah sebuah terminal pengangkutan awam akan turut dibina tidak lama lagi.

Beliau berkata, permintaan terhadap pengangkutan awam di Perlis dijangka meningkat susulan pembukaan banyak pusat pengajian tinggi.

11

Bagus
24

Marah
4

Terkejut
10

Sedih
17

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cakkkk....aaaa 17-2-2014 01:09 PM
LRT??!!

Perlisss???

Quote NIXAR 17-2-2014 01:12 PM
bape stesen ada nanti? abi, padang katong, bintong, utan aji.

mabuk ka apa lan man ni
Quote R2D2 17-2-2014 01:13 PM
negeri kecik
tak sempat nk duduk
dh sampai next station
Quote NIXAR 17-2-2014 01:15 PM
MB paling sombong dlm sejarah Perlis
Quote genchi 17-2-2014 01:20 PM
perlis ni kak ipar ckp nek moto pun tak smpt lengoh ponggong
mau bikin lrt.. nyanyuk dah ni
Quote dino 17-2-2014 01:24 PM
Cakkkk....aaaa posted on 17-2-2014 01:09 PM
LRT??!!

Perlisss???

bus pun tak perlu
Quote dino 17-2-2014 01:25 PM
genchi posted on 17-2-2014 01:20 PM
perlis ni kak ipar ckp nek moto pun tak smpt lengoh ponggong
mau bikin lrt.. nyanyuk dah ni

satu hr hbis pusing katanya
Quote AbukRokok 17-2-2014 01:25 PM
wau apa yang hebatnya perlis sampai akan ada LRT?
Quote AbukRokok 17-2-2014 01:25 PM
perlis negeri kecik cemburu melaka negeri kecik ada monorel siap buat extended line lagi
perlis dengki kan melaka
Quote dino 17-2-2014 01:26 PM
NIXAR posted on 17-2-2014 01:15 PM
MB paling sombong dlm sejarah Perlis

bkn mat said ke...
jumpa lg fb fake mat said... tobat kelakar...
Quote AbukRokok 17-2-2014 01:27 PM
sana sini nak buat unibersiti...
Quote dino 17-2-2014 01:27 PM
AbukRokok posted on 17-2-2014 01:25 PM
perlis negeri kecik cemburu melaka negeri kecik ada monorel siap buat extended line lagi
perlis den ...

buat la lrt kat sabah n sarawak ka.... ade la logik skit.... ni kat perlis.... alahai...
Quote shogun77 17-2-2014 01:29 PM
mohon ketawa berdekah dekah..
Quote axl_bach 17-2-2014 01:32 PM
hahahaha,LRT di Perlis...

Perlis maju 2015.....
Quote axl_bach 17-2-2014 01:33 PM
NIXAR posted on 17-2-2014 01:12 PM
bape stesen ada nanti? abi, padang katong, bintong, utan aji.

mabuk ka apa lan man ni {:1_5 ...

The STore bleh laa diupgrade jadi central stesyen....kes kes kes

Quote kegimaru 17-2-2014 01:34 PM
nice
Quote revolusi_30 17-2-2014 01:35 PM
NIXAR posted on 17-2-2014 01:12 PM
bape stesen ada nanti? abi, padang katong, bintong, utan aji.

mabuk ka apa lan man ni {:1_5 ...

Semua projek pok dan ngan raja dag sapu dulu .. Sampai xda apa yg boleh dibuat lg kat sana ... Nasib baik dye leh bayang lrt ... Dapat gak masyuk ... Hahaha.  
Quote genchi 17-2-2014 01:37 PM
dino posted on 17-2-2014 01:25 PM
satu hr hbis pusing katanya

hahahaha.. tu la psl.. silp2 trlajak smpi thailand.. wahahahaha..
untunglah orang perlis psneh.. urban ade lrt
Quote selipar_hijau 17-2-2014 01:38 PM
Zaman shahidan jugak yg best

Lihat semua komen(324)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.078160 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top