CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Subsidi Hingga Rm30,000 Bagi Pembeli Yang Layak Menerusi Program Myhome

14-2-2014 05:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2417| Komen: 15

Datuk Seri Najib Tun Razak


Subsidi Hingga Rm30,000 Bagi Pembeli Yang Layak Menerusi Program Myhome

Program MyHome akan dilancarkan April ini bagi membolehkan pembeli rumah yang layak diberikan subsidi maksimum sehingga RM30,000 untuk mereka membeli rumah terpilih pada harga kos rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Majlis Perumahan Negara, yang dipengerusikan beliau hari ini.

Beliau berkata mesyuarat juga bersetuju memperuntukkan RM300 juta tahun ini bagi menjayakan program berkenaan, yang disasar untuk melibatkan 10,000 unit rumah.

Katanya menerusi program itu, subsidi akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.

"Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu di bangunan Perdana Putra di sini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 13-2-2014 07:02 PM
Uhh... dah tentu ler ahli rehda ni akan letak rege Rm70K. Aiyakkk.
Quote TuntungReturn 13-2-2014 07:05 PM

aku rase kene ade tanah sendiri nieh..
Quote a_gen2 13-2-2014 07:08 PM
pokcik AN tak mau rembat kaa??
Quote Acong 13-2-2014 09:16 PM
a_gen2 posted on 13-2-2014 07:08 PM
pokcik AN tak mau rembat kaa??

kena cari kampung lain......





Quote slippergombak 13-2-2014 09:19 PM
Kata nak hapus subsidi... sekarang hadap lagi demi menurut arahan cina rehda......?
Kegilaan apa nih set2 idop melayu n7h..?
Quote clarizsa 13-2-2014 09:21 PM
jgn indah khabar je, dahle...
Quote sapp73 13-2-2014 09:22 PM
Untunglah siapa yang layak....peluang ni, peluanggg:lol
Quote AHMADVW 13-2-2014 09:23 PM
@Acong  caling uncle hang kek nogori tu
Quote kekbelacan 13-2-2014 09:25 PM
Memang indah kabar. Janji nak turunkan harga kereta lepas pru13 pun tak tertunai di bawa ke 2018 utk di kaji. Gula2  pru14 pulak
Quote kekbelacan 13-2-2014 09:26 PM
janji tak di tepati lagi
Quote kekbelacan 13-2-2014 09:27 PM
akan jadi janji tak di tepati lagi
Quote renjer 13-2-2014 10:32 PM
Macam mana kalu de tanah sendiri rumah separuh siap sebab xde kewangan
Quote garyura 16-2-2014 07:40 PM
elok bg terus kat org yg ada tanah rm30k tu...leh buat rumah kecik pun takpe
Quote -electrifying- 17-2-2014 10:43 AM
nk bg, tp syarat bertimbun2,
nk dapatkan kelayakan pon tah cmne
Quote starbee 18-2-2014 10:06 AM
ini lg satu janji manis gomen...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.059038 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top