CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Hasrat Liyana Jasmay Nak Buat Majlis 'Baby Shower' Dihalang

14-2-2014 10:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28442| Komen: 128


Bakal bergelar dalam masa kira-kira tiga bulan saja lagi, aktres juga penyanyi Liyana Jasmay berkata dia sangat berdebar tetapi pada masa sama teruja mahu menerima kehadiran orang baru dalam keluarganya. Segala persiapan untuk menyambut kelahiran anak sulung telah pun dibuat.

"Alhamdulillah, saya dan segala persiapan hampir sempurna. Untuk baju-baju baby, saya lebih suka beli melalui online. Sebab lebih murah lagipun cantik-cantik juga. Tak sangka baju bayi mahal juga ya. Suami saya selalu berpesan suruh saya berjimat (gelak).

"Ada juga baju bayi yang saya beli di London. Kebetulan ibu mertua saya ke sana baru-baru ini, jadi saya kirim pada dia belikan baju-baju baby. Kalau di sana harga lebih murah.


Sekarang ni tinggal nak beli stroller saja", kata Liyana Jasmay kini hamil 27 minggu (hampir tujuh bulan).

Liyana ditemui pada pelancaran single lagu 'Bangun' sempena kempen Nescafe on Sam, bertempat di Talent Lounge, PJ Trade, Damansara Perdana, semalam. Menerusi single tersebut.Liyana terlibat sebagai pasangan duet kepada pelakon Shaheizy Sam.

Berkongsi lebih lanjut mengenai persiapannya Liyana memberitahu akan mengadakan majlis doa selamat sekaligus majlis lenggang perut pada 5 April depan.

"Sebenarnya saya teringin nak buat baby shower, tapi telah dihalang oleh keluarga (gelak). Jadi kita tukar, daripada buat baby shower, keluarga saya rancang nak buat majlis doa selamat sekali dengan majlis lenggang perut.

"Kebetulan kakak saya yang kedua sekarang ini pun sedang mengandung dan dijangka bersalin 3 minggu selepas saya bersalin. Jadi kita adakanlah majlis doa selamat serentak, untuk saya dan kakak saya.

"InsyaAllah, pada majlis tu nanti baru saya akan umumkan jantina anak saya. Saja nak bagi kejutan.", katanya yang enggan berkongsi dengan pihak media mengenai jantina anaknya buat masa ini.


Sama seperti kebanyakan ibu hamil, Liyana juga mengalami kenaikan berat badan, tetapi tidaklah terlalu ketara. Cuma seperkara yang agak menghairankan pelakon filem 'Papadom' ini ialah wajahnya ditumbuhi banyak jerawat.

"Saya naik 8kg. Sekarang berat saya 51kg. Nafsu makan boleh tahan juga... Selain tu muka saya ditumguhi banyak jerawat sepanjang mengandung ni. Mungkin juga disebabkan hormon. Kadang-kadang tu saya sampai malas nak tengok cermin sebab banyak jerawat kat muka.

"Dalam keadaan begini, saya tak boleh pula ambil ubat jerawat sebab bimbang keselamatan baby, jadi saya biarkan lah. Saya hanya gunakan pencuci muka yang berasaskan dari bahan organik saja. Apa nak buatkan, tak apalah...", katanya sambil tersenyum.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote peah311 13-2-2014 11:28 AM
lenggang perot pon bukan boleh..........
Quote Delfina 13-2-2014 11:30 AM
elok la tu, dgr cakap family. toksah baby shower bagai. good girl lj dgr kata org tua
Quote girly.. 13-2-2014 11:36 AM
Delfina posted on 13-2-2014 11:30 AM
elok la tu, dgr cakap family. toksah baby shower bagai. good girl lj dgr kata org tua

itulah kan... boyot dah perut dia.. badan selim melim jer.. bestnyer
Quote setankuning 13-2-2014 11:41 AM
amboi beli baju baby kat london
murah katanya


Quote xtahumenahu 13-2-2014 11:43 AM
pic yg 1st muke nampak lain....tembam sket...tp maintain sexy uols
Quote MengkuduMasam 13-2-2014 11:43 AM
jadahnya nak buat baby shower segala... baik buat doa selamat...

tp ketek dia dah yummy
Quote sokmogitu 13-2-2014 11:43 AM
dia ni boring gila kot..

dah agak dah storyline dia kalau keluar paper

1. teruja nak kawen
2. bakal tunang x halang kerjaya
3. seronok bergelar isteri
4. belajar masak untuk suami
5. suami x suka liyana masak
6. suami OT, liyana rindu
7. teruja hamil
8. hanya mau makan stik ketika hamil
9. suami banyak menolong di rumah

now
10. liyana shopping baju baby online
11. hasrat baby shower terhalang


aku cadangkan Astro Bella gi  la ngintip rakam kehidupan sehari2 si Liyana ni buat telenovela... cerita kerjaya 20%, cerita hal dia laki bini 80%
Quote tanatani 13-2-2014 11:54 AM
aku yg xpeknen ni pon berat 50kg.hewhewhew. keciknye lahai kau
Quote Robab 13-2-2014 11:54 AM
setankuning posted on 13-2-2014 12:41 PM
amboi beli baju baby kat london
murah katanya

kalau brand yang mahal-mahal baik beli kat sana jek. lagi murah kan.
Quote kokocrunch 13-2-2014 12:07 PM
xnaik sgt badan LJ nie..
Quote chickenwing 13-2-2014 12:08 PM
Robab posted on 13-2-2014 11:54 AM
kalau brand yang mahal-mahal baik beli kat sana jek. lagi murah kan.

Betul....nk baju baby yg branded baguih beli kt London nun....sangat2 murah.
Quote MistrezHermanaz 13-2-2014 12:15 PM
badan nmpk x naik..tp jari jemari dia agak tembam..ketek pon ranum..hehe
Quote blackred99 13-2-2014 12:15 PM
penting sgt baby shower or lenggang perut ni gamaknya.
Quote nurfariezza 13-2-2014 12:16 PM
comel je perut dia...
Quote Robab 13-2-2014 12:20 PM
blackred99 posted on 13-2-2014 01:15 PM
penting sgt baby shower or lenggang perut ni gamaknya.

lenggang perut ni ape? tak pnah plak aku tengok.
Quote makadek 13-2-2014 12:24 PM
Seratus selai murah kot bju dia.aku bjet mesti dia beli stroler reger 1k kat atas
Quote arira_arora 13-2-2014 12:24 PM
Robab posted on 13-2-2014 12:20 PM
lenggang perut ni ape? tak pnah plak aku tengok.

utk org jawa selalu buat lenggang perut ni...
kite bace3 ayat alquran + doa selamat laaa, minta dipermudahkan beranak... setgh org die akan urut kan badan ibu mengandung kasi kedudukan baby betul...
tp ade setgh org.. tk suke kena urut mcm kakak aku...




Quote mitnick 13-2-2014 12:37 PM
smg selamat ibu n baby bkl lahir
Quote tomet05 13-2-2014 12:38 PM
sokmogitu posted on 13-2-2014 11:43 AM
dia ni boring gila kot..

dah agak dah storyline dia kalau keluar paper

sakan kau menulis dan menyenaraikan .. hehe

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.227346 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top