CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Nasha Aziz Jaga Batas Dalam Bercinta Kerana Agama

14-2-2014 10:21 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 34850| Komen: 162


Nasha Aziz

KUALA LUMPUR: Pelakon Nasha Aziz mengakui dia merupakan seorang wanita yang sangat konservatif dalam sesebuah percintaan.
Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, 45, berkata, walaupun penampilannya dilihat moden, namun dia mempunyai prinsip menjaga batas-batas sebagai seorang Islam.

"Orang nampak saja saya begini (moden) tetapi saya mempunyai pendirian dan prinsip apabila menjalinkan hubungan cinta di mana saya seorang yang sangat konservatif.

"Saya mempunyai batasan dalam perhubungan kerana agama dan jika pasangan itu meminta saya melakukan sesuatu di luar prinsip, saya akan tolak dengan cara baik," katanya.


Nasha ditemui pada majlis pelancaran teater Di Bawah Lindungan Kaabah di Istana Budaya di sini pada Khamis.
Antara pelakon lain yang terlibat dalam pementasan itu ialah Adi Putra, Dafi, Elfira Loy dan Liza Abdullah.


Tambahnya Nasha, dia juga sanggup berundur jika seseorang lelaki itu cuba membuatkannya melanggar prisip cinta yang dipegang.
Sementara itu, mengenai lakonannya dalam Di Bawah Lindungan Kaabah, ini merupakan kali kedua Nasha terlibat dengan pementasan teater selepas kemunculannya dalamLantai T Pinky pada tahun 2006.

Kata Nasha, dia seorang yang sangat selektif dalam menerima sesebuah tawaran tidak kira sama ada teater, drama atau filem.
Ujarnya, Di Bawah Lindungan Kaabah telah membuka hatinya untuk bekerjasama dengan produksi CTRA Production memandangkan ia sebuah karya yang diadaptasi daripada novel hebat ulama terkenal Indonesia iaitu Profesor Abdul Malik Karim Amrullah atau nama komersialnya, Hamka.

"Saya ditugaskan mengambil watak sebagai Zainab, seorang wanita yang mencintai teman baiknya, Hamid, lakonan Adi Putra.
"Menariknya dalam karya ini ia mengisahkan sebuah perhubungan cinta yang indah tetapi masih berlandaskan agama Islam. Itu membuatkan hati saya tertarik dengan naskhah ini," ujarnya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ahmad_dhani91 14-2-2014 01:14 AM
comelnye nasha aziz walau dah kertu
Quote ahmad_dhani91 14-2-2014 01:30 AM
motip gang ponen sorang pun langsung x support thread iols bukak nih
Quote farah.noty 14-2-2014 01:30 AM
hidung nasha pelik sgt. macam nak tercabut gitu
Quote parasitology 14-2-2014 01:35 AM
harap takde yg tepek gambar dia dgn iman tang peluk2 kat konsert
Quote ahmad_dhani91 14-2-2014 01:36 AM
farah.noty posted on 14-2-2014 01:30 AM
hidung nasha pelik sgt. macam nak tercabut gitu

iols speku sheols buat muka juge khannn? yang natural beauty iols dengan kak nita sajokkkk
Quote Leonarzi 14-2-2014 01:37 AM
Maintain muda ... Suka tgk lakonan dia dgn zul arifin drama yg ade mak ros tu
Quote Leonarzi 14-2-2014 01:38 AM
ahmad_dhani91 posted on 14-2-2014 01:36 AM
iols speku sheols buat muka juge khannn? yang natural beauty iols dengan kak nita sajokkkk

Kak nita natural beauty tang leher
Quote farah.noty 14-2-2014 01:42 AM
ahmad_dhani91 posted on 14-2-2014 01:36 AM
iols speku sheols buat muka juge khannn? yang natural beauty iols dengan kak nita sajokkkk

kak nita berkat air semayang katanya uolsss.
Quote ayfar 14-2-2014 01:43 AM
what happen to her nose?
Quote bambimo 14-2-2014 01:45 AM
Iolls penah solat sebelah dia masa dkt surau i.b..lama uolls dia wirid..iolls jd segan plak habis semayang awal..
Bila kuar gmbar dia peluk2 si iman tang tu kt konsert iolls oun terghezut..
Tp rasanya iman tang dh ada org lain dah..
Nway pray the best for her
Quote matchstick 14-2-2014 01:46 AM
ala2 lindungan kaabah sgt statement nasha..

motep hidung kepit renang berirama??
Quote burque 14-2-2014 02:01 AM
Berpelukan tak melanggar prinsip nasha
Quote cmf_blingblings 14-2-2014 02:10 AM
mesti dia ada buat something kat hidung, nampak pelik
Quote miss_baby 14-2-2014 02:14 AM
omg ..huduh gila hidung dia
mesti nyesal tak sudah, gi la repair balik
Quote mystica 14-2-2014 02:26 AM
sayang jer kan sbb dia lawa gila dulu. skrg dh tak nampak natural dah n tak cantik mcm dulu dah. dulu aku minat sgt kat dia. why nasha why??
Quote sueism 14-2-2014 02:43 AM
bila dia nak kawin ????

zaman dulu2 dia dengan faizal hussein the it couple
Quote Idelgo 14-2-2014 02:57 AM
nasha aziz punya pipi dah tembam ke?
Quote kaseh80 14-2-2014 03:44 AM
nmpk cheek bone nasha tinggi semacam je
Quote mrsLucky 14-2-2014 04:19 AM
Kasian Nasha, yang sebaya dia dah nak bercucu dah..dia masih mencari cinta sejati...
I nak salahkan Faizal yang sepatutnya kawin dengan.. waktu dia muda2 dulu..
Sabar Nasha one day you jumpa bahagia u..

Lihat semua komen(162)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.267233 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top