KUALA LUMPUR: Hajat seorang lelaki berasal dari Sabah untuk bekerja ibu negara tidak kesampaian selepas dia maut selepas kereta pacuan empat roda dipandu sepupunya dihempap lori membawa muatan rod besi. Dalam kejadian 8.30 malam tadi, mangsa berusia dalam lingkungan 30-an bersama sepupunya, 48, yang memandu Mitsubihi Triton dalam perjalanan pulang ke rumah di Puchong. Menurut sumber, ketika tiba berhampiran bulatan lumba kuda di susur keluar Seremban, tiba-tiba lori sarat dengan muatan rod besi hilang kawalan sebelum menghempap kereta dinaiki mangsa. "Bagaimanapun, sepupunya terselamat dan dikeluarkan Bomba dan Penyelamat tidak lama kemudian. Hanya mangsa yang tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian. "Difahamkan akibat cemas pemandu lori terbabit melarikan diri," katanya. Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pusat gerakan operasi Bomba dan Penyelamat Selangor pada 10.56 malam. Menurutnya, seorang mangsa sudah berjaya dibawa keluar dan dihantar ke hospital manakala seorang lagi masih tersepit dan anggota bomba kemudian berusaha mengeluarkan mangsa.
|
14
Bagus |
9
Marah |
15
Terkejut |
15
Sedih |
12
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sup@rm@n posted on 12-2-2014 08:13 AM
Mane la diorg tau pemandu lori tu cemas dan melarikan diri. Ntah2 takde lesen atau permit
Menurut sumber, ketika tiba berhampiran bulatan lumba kuda di susur keluar Seremban, tiba-tiba lori sarat dengan muatan rod besi hilang kawalan sebelum menghempap kereta dinaiki mangsa.
ADVERTISEMENT