Sikap artis itu seperti budak sekolah dan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sehingga menjadi topik perbincangan ramai pihak di laman sosial. Siapa tidak meluat dengan perangai artis berkenaan yang ada masalah perasaan diri bagus kerana sering merasakan orang lain meniru gayanya. Bukan setakat itu, artis ini turut terkenal dengan beberapa isu pergaduhan dengan beberapa wanita dan selebriti. Setiap kali terasa terhadap seseorang, artis berkenaan pasti meletakkan status yang ‘semacam’ di laman sosialnya. Mana-mana pembaca yang berani tegur perbuatannya itu pasti ‘diselar’ peminat tegar yang menyokong apa saja artis berkenaan lakukan. Mungkin artis ini kurang keyakinan diri sehingga merasakan semua orang di sekelilingnya terutama selebriti wanita adalah ancaman. Selalunya individu yang berkelakuan seperti ini disebabkan kesunyian jadi menginginkan perhatian daripada semua orang. Apa gunanya muka cantik, banyak duit tetapi perangai ke laut, langsung tidak menampakkan ciri-ciri hormat dan kesopanan.
|
mrsLucky posted on 11-2-2014 06:56 AM
Siapakah beberapa wanita yang dia gado itu?
Dia berlagak queen bee ker sampai friendship ke J ...
aderaderker posted on 11-2-2014 07:18 AM
Dynas mokhtar pun pernah kut..
Cuma x bgtaw nama jer kan..
Tp biasalah karatz x sedar diri xkan an ...
ellZack posted on 11-2-2014 08:15 AM
fasha sandha? dia gaduh apa dgn fasha?
ADVERTISEMENT