CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Isteri Black Hanafiah Hidap Demam Denggi

12-2-2014 09:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15101| Komen: 91

Black dan isterinya, Naquia ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan penyanyi Farawahida minggu lalu.

PETALING JAYA: Penyanyi Black Hanafiah tidak menyangka keadaan isterinya, Naquia Yasirah yang mengalami demam panas dan muntah-muntah sejak beberapa hari lalu adalah disebabkan demam denggi sehingga terpaksa ditahan di Columbia Asia Hospital, Setapak, dekat sini sejak Sabtu lalu.

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanafiah, 27, berkata, pada mulanya dia menyangka keadaan yang dialami isterinya itu adalah simptom wanita mengandung selepas disahkan doktor ketika membuat pemeriksaan kehamilan di sebuah klinik.

"Pada mulanya saya sangka isteri mengandung kerana sebelum itu doktor memberitahu terdapat simptom Naquia hamil tetapi kami perlu tunggu sebulan lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Bagaimanapun keadaannya semakin buruk sejak dua hari lalu apabila demamnya tidak kebah dan sentiasa muntah-muntah membuatkan saya cemas dan membawanya ke hospital," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Tambah Black, dia bernasib baik kerana bertindak cepat untuk mendapatkan rawatan apabila diberitahu isterinya itu menghidap denggi, iaitu penyakit yang boleh membawa maut.

Gambar Naquia yang mendapat rawatan di hospital.

Dalam pada itu, Black berkata, keadaan isterinya kini tidak membimbangkan malah pihak hospital membenarkan Naquia untuk berehat di rumah.
"Doktor membenarkan di keluar tetapi saya minta dia berehat di hospital bagi memastikan dia betul-betul sihat tambahan pula dalam masa dua hari ini dia perlu hadir untuk membuat pemeriksaan susulan," katanya.

Black dan Naquia bernikah pada 13 September 2013.
Sementara itu, menurut laporan Bernama pada 6 Februari lalu, sebanyak 17 kes kematian akibat denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga 2 Februari tahun ini, meningkat 240 peratus atau 12 kematian berbanding hanya lima kes untuk tempoh sama tahun lepas.

Sepanjang tempoh itu juga sebanyak 9,453 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara, meningkat 269 peratus atau 6,894 kes, berbanding 2,559 bagi tempoh sama tahun lalu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 10-2-2014 07:15 PM
NYAWA dalam bahaya!
Quote clarizsa 10-2-2014 07:15 PM
kesiannya.... moga x hilang nyawa la... takziah.  
Quote jefri90 10-2-2014 07:16 PM
insyaAllah selamat, rawatan kat hospital swasta tu
Quote penduduk_bumi 10-2-2014 07:29 PM
Moga cepat sembuh...
Quote teha86 10-2-2014 07:37 PM
Wife black ni graduate overseas erk??? aku tgk kat romantika aritu..da lama gak la...
Quote hasniey 10-2-2014 07:50 PM
knape panggil nyawa ek?
Quote lasagnaklcc 10-2-2014 07:53 PM
So dia pregnant ke tak?
Quote lucky_peace 10-2-2014 07:57 PM
semoga cepat sembuh... jangan mengharap sgt, takut lagi lambat rezeki tu... Harap biase2 je..
Quote toteng 10-2-2014 08:49 PM
Rumah mewah black pn byk nyamuk ye
Quote cloudy_83 10-2-2014 08:59 PM
tengah naik balik ke kes denggi? baru2 ni ada dapat juga chain msg pasal strain virus denggi yg baru.
katanya lagi bahaya, kalau demam panas baru sehari pun segeralah pergi klinik request blood test.
Quote bobok_berhabok 10-2-2014 09:03 PM
black ni semua cerita pasal wife dia press tau . semua cerita pasal wife bgtau press . kdg2 benda biasa je .
Quote blackred99 10-2-2014 09:12 PM
bahaya la denggi, rumah aku ni dah la byk nyamuk, risau..
Quote cmf_premierleag 10-2-2014 09:23 PM
teha86 posted on 10-2-2014 07:37 PM
Wife black ni graduate overseas erk??? aku tgk kat romantika aritu..da lama gak la...

Kat tred lama black kawen ni ada porremer kata wife dia blaja masak dgn makciknya yg ada restoran kt melben
bukan graduate univ
giytuh la citernya
Quote kitty_lynne 10-2-2014 09:25 PM
"Ohhh my nyawa "....
Quote menjad 10-2-2014 09:30 PM
huh kena jaga2... dah ler mengandung!
Quote alieyrina 10-2-2014 09:30 PM
Lawa begg  

Patutla masuk paper semalam kut kata ingat peknen tp doc x leh sahkan btui ka x sbb mcm bukan..alih2 rini baru tau rupanya denggi ..
Quote tomet05 10-2-2014 09:37 PM
sian .. semoga cepat sembuh .. laki mana x risau isteri sakit kn
Quote cik.ijaw 10-2-2014 09:45 PM
Sape kena denggi makan sup ketam..hirup kuah tu bnyak2..semoga bermanfaat lah ye Last edited by cik.ijaw on 10-2-2014 09:46 PM

Quote miss_ikato 10-2-2014 10:07 PM
get well soon k nyawa black...

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.044717 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top