CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013. Layakkah?

10-2-2014 11:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 37876| Komen: 360


Sepahtu.

SHAH ALAM: Selepas sembilan minggu bertanding, gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) menjadi milik kumpulan Sepahtu yang dianggotai oleh Jepp, Rahim dan Shuib apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, malam Jumaat.

Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.
Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Shiro yang disertai oleh Shahrul dan Ajak. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.


Sementara itu kumpulan Bocey mendapat tempat ketiga dan mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi.
Bocey Turut memenangi kategori Man of the Match.

Kumpulan Jambu menduduki tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.
Manakala peserta solo iaitu Nabil Ahmad berada di tempat kelima. Nabil mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan dengan bertemakan bebas dan muzikal.
Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah.

Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM2013 akhir itu terdiri daripada Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikal dan Nora Danish.
Ia dihoskan oleh Datuk AC Mizal.

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Ketua Saluran Premium Astro, Nizam Sani.

MLM 2013 bersiaran secara langsung bermula 15 November lalu, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).




1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enot_sibudak 8-2-2014 01:18 AM
bagi ja la
Quote fredbok87 8-2-2014 01:20 AM
muntah diorang menang........ busuk sgt

bocey and shiro lg best
Quote ezacbee 8-2-2014 01:20 AM
Tak lawak pun menang..
Quote achik2009 8-2-2014 01:21 AM
Quote maxim 8-2-2014 01:22 AM
bencinya tgk si rahim..padahal ko plg x lawak tp ko plg lebar tersengih..tak tau malu ke
Quote Xizhuren 8-2-2014 01:28 AM
TAHNIAH ler....
tgk kat fb...asal gambor sepahtu jer...semua komen x best n nak Bocey jadi juara...
bertabahlah peminat2 sepahtu bila baca yer..






BOCEY..........




Quote hasniey 8-2-2014 01:31 AM
tahniah~~~

w/pon dr segi mutu bocey yg paling layak
yg penting ai sgt puas hati nabil no 5
memalukan sgt mutu dia mlm ni!!!!
Quote enot_sibudak 8-2-2014 01:34 AM
muka nabil sgt kecewa!
sbr yek peminat tegar sepahtu..sbb iols pun peminat jugak...
tp bocey sgt layak!!
Quote Grengo 8-2-2014 01:34 AM
tak kelakar pon bole menang?
Quote jatiarjuna 8-2-2014 01:39 AM
patutnya bg kat bocey..shiro lg best dari sepahtu..tp xpola..nak wat camno..tahniah jela
Quote rina0602 8-2-2014 01:47 AM
Nabil tak patut buat lawak kesedihan..minggu akhir kot.memang tak patut kutuk org mcm tu tapi relaks2 sudah..ni over sgt plak menengoknya.kan ke dapat no 5.org yg sokong luna sgt tu kegatalan terlebih sebenarnya (buktinya di fb)


Tapi walau sape pun menang,nabil tempat ke lima ke..walaupun nak bocey menang ke last2 duit tu bukan aku merasa pun..org2 yg nak sgt bocey menang ni undi ke tak??hehehe.iolss mengaku tak undi pung..
Quote bambimo 8-2-2014 02:02 AM
Rezeki sepahtu..trpksa terima walau xlayak bg sesetengah org..sykur juga bocey dpt kalahkn pelawak senior...nabil week 1-3 mmg mmberi byangan bakal juara..tp pas dkt weekndkt O.U tu merundum jatuh...
Quote edoraixora 8-2-2014 02:04 AM
Dah rezki sepahtu....redho ajer lah
Papepun tahniah lah sepahtu
Quote DianaSaksen 8-2-2014 02:04 AM
manisnya senyuman pak rahim
Quote Suchi 8-2-2014 02:05 AM
jozan kamching ngn nabil ke? kt ig johan tu siap ade luahan kesedihan nabil kalah
Quote hanna88 8-2-2014 02:15 AM
ape2 pun tahniah sepahtu..seperti jep ckp fans sepahtu mmg luar biasa..mmg fanatik sgt kt sepahtu..tp bg aku lawak dorg td lebeh ok la dr minggu2 sblom sbb x de isu bhn rahim tu..
Quote carlis 8-2-2014 02:16 AM
tahniah sepahtu!
Quote hazim86 8-2-2014 02:26 AM
aku ucap tahniah walaupun Sepahtu tak Layak....enough said!
Quote ida88 8-2-2014 02:27 AM
Walaupun juara bukan milik bocey
Bocey tetap juara dihati peminat2 nye

Lihat semua komen(360)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.066836 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top