CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kementerian Minta Ramai Wanita Jadi Pemandu Bas

6-2-2014 04:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3582| Komen: 4


PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggalakkan golongan wanita untuk menceburi kerjaya sebagai pemandu bas dalam usaha meningkatkan pendapatan keluarga.

Timbalan Menteri Datuk Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun berkata kerjaya itu dalam kalangan wanita bukanlah sesuatu yang asing dan ia merupakan senario biasa di negara-negara seperti China, Australia, Singapura, India dan Iran.

"Negara-negara ini merupakan negara membangun yang mengiktiraf peranan wanita sebagai pemandu," katanya ketika berucap melancarkan Seminar Kerjaya Pemandu Wanita Bersama Rapid KL di sini, hari ini.

Menurutnya kajian juga menunjukkan hormon estrogen wanita membantu mereka mempunyai daya fokus lebih baik berbanding lelaki dan bilangan pemandu wanita yang melanggar undang-undang lebih rendah daripada mereka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid) Datuk Ir Zohari Sulaiman berkata penglibatan wanita dalam kerjaya itu masih rendah di mana daripada 3,000 pemandu di syarikat itu, hanya 60 daripada mereka adalah  wanita.
   
"Justeru, kita menggalakkan lebih ramai menceburi bidang ini kerana pada masa ini, kami memerlukan 500 pemandu baharu untuk kawasan Lembah Klang,"katanya.

Menurutnya purata gaji bulanan pemandu Rapid ialah  RM3,000.

Zohari berkata soal jantina tidak menjadi isu dalam pengambilan pemandu bas Rapid dan syarikat itu juga tidak megehadkan bilangan pemandu wanita.

Menurutnya Rapid juga dalam perancangan untuk membuka peluang pekerjaan sambilan sebagai pemandu bas.

Sementara itu, peserta seminar Shiella Tukimin, 41, berkata peluang itu memanfaatkan golongan ibu tunggal seperti beliau.

"Ini cara untuk saya menambah pendapatan keluarga selain bekerja sebagai pemandu teksi dan soal takut bukan menjadi halangan kerana saya sudah biasa membawa kenderaan besar seperti lori," katanya yang juga Pengerusi Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal Nur Iman.

Beliau berkata kerjaya sebagai pemandu bas memberi pendapatan tetap dan tinggi berbanding pendapatan sebagai pemandu teksi dan hasratnya menjadi pemandu bas turut disokong anak-anaknya. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wawantow 6-2-2014 12:31 AM
berapa byk thread yg sama dah
Quote wawantow 6-2-2014 12:32 AM
thread sedia ada

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1
Quote -electrifying- 7-2-2014 11:55 AM
" Menurutnya kajian juga menunjukkan hormon estrogen wanita membantu mereka mempunyai daya fokus lebih baik berbanding lelaki dan bilangan pemandu wanita yang melanggar undang-undang lebih rendah daripada mereka. "


mana statistik dia dapat ni? realiti prmpuan la byk jdi penyebab kemalangan tau takkkk !
Quote ultra78 7-2-2014 11:59 AM
"Sementara itu, peserta seminar Shiella Tukimin, 41, berkata peluang itu memanfaatkan golongan ibu tunggal seperti beliau."

Shiella Tukimin setuju

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.224367 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top