CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Adira- Belum Sedia Bertudung

6-2-2014 03:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16061| Komen: 88


Kuala Lumpur: “Setiap orang (Muslimah) pun memang ada keinginan (bertudung), tapi buat masa ini saya belum bersedia lagi,” kata Adira mengenai desas-desus mengatakan dia mula berjinak-jinak untuk memakai tudung kebelakangan ini.

Perkara itu mula menarik perhatian sekitar pertengahan tahun lalu dan kembali diperkatakan baru-baru ini apabila Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 24, kerap berkongsi gambarnya bertudung menerusi akaun Instagram miliknya.

Adira berkata, sebagai Muslimah bertudung adalah tuntutan dan perkara wajib yang perlu dilakukan, tetapi ia memerlukan persediaan sepenuhnya dari segi mental dan fizikal.

“Saya bertudung apabila keadaan memerlukan saya menutup aurat.

Macam kebelakangan ini, saya agak lapang dan sering menghadiri kelas agama, jadi saya bertudunglah.

“Tapi untuk katakan saya mula bertudung, itu belum lagi.

Bagaimanapun, saya percaya satu hari nanti benda (hidayah) itu tentu datang juga,” katanya.

Naib juara Akademi Fantasia musim kelapan itu berkata, kekerapan menghadiri kelas agama adalah amalan biasa dilakukannya apabila jadual seninya tidak padat.

“Kalau lapang saja memang saya pergi kelas agama di Bangsar dan Wangsa Maju, ikut kesesuaian masa.

“Apabila sibuk dengan kerja, memang tak sempat tapi kebetulan sekarang agak lapang saya akan pergi sebab takut terlupa perkara-perkara asas agama,” katanya.

Tambahnya, bagaimanapun kekerapan menghadiri kelas agama bukanlah kerana dia bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

“Memang ada perancangan nak pergi kursus kahwin tahun ini.

Kalau ada kesempatan memang nak pergi juga sebab kursus ini tak salah ambil awal-awal.

“Bukanlah sebab saya sudah nak kahwin tahun ini cuma kalau ada masa nanti memang saya sengaja nak pergi (kursus),” katanya yang bakal melancarkan album terbarunya tidak lama lagi.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Leonarzi 6-2-2014 07:32 AM
Dia ni tak lawa mana pun... Hrp putih mcm mayat je
Quote orglama 6-2-2014 07:41 AM
Boleh tak wartawan2 hiburan bebal ni jgn tanya soalan2 bodoh mcm 'bila nak pakai tudung?'...benda2 mcm ni kena lahir dari hati yg ikhlas, bukan tekanan dpd pihak2 luar....sb tu la ramai artis yg bertudung (katanya) tapi entah apa2 je
Quote achik2009 6-2-2014 07:43 AM
mula2 baca tadi mati2 ingat "Adira - Belum  sedia bertunang"...
belum sedia bertudung kisahnya...
hurmmm....reputz ni agaknya dah takde citer lain menarik yg nak tulis pasal dia ni kot?...



Quote Rynaf 6-2-2014 07:43 AM
kalo dia takut dengan tuhan, dah lama dah dia bertudung...full stop
Quote mea 6-2-2014 07:46 AM
Mosan ngan muak alasan retis....
Quote achik2009 6-2-2014 07:54 AM
mea posted on 6-2-2014 07:46 AM
Mosan ngan muak alasan retis....

nak buat cemaner...itu saja alasan yg bole dorg beri...
Quote pakwetizzaqyah 6-2-2014 07:58 AM
tk nk pakai tudung kecoh..nak pakai tudung kecoh...hijab stailista mcm badut pun kecoh....lol
Quote NyuNyu 6-2-2014 07:59 AM
Dia ni dulu kalu x silap memang pakai tudung kan?sori kalau silap... dekat youtube ada try search siti adira nyanyi lagu nirmala ..aku x pandai tepek
Quote chinta89 6-2-2014 08:03 AM
kalau lah malaikat boleh tangguh2 nak ambik nyawa dgn alasan "sy blm sedia nak mati.."
Quote farah.noty 6-2-2014 08:08 AM
orglama posted on 6-2-2014 07:41 AM
Boleh tak wartawan2 hiburan bebal ni jgn tanya soalan2 bodoh mcm 'bila nak pakai tudung?'...benda2 m ...

setuju sgt. wartawan ni dah macam takde soalan lain gitu. naik muak aku baca statement artis pompuan bila kena tanya soalan gini.
Quote asampodeh 6-2-2014 08:11 AM
lps ni ade lagi wartawan tulih...

KE belum bersedia brtudung
Erra fazirra belum bersedia brtudung
Che Ta belum bersedia brtudung
Ning baizura belum bersedia brtudung
Fazura belum bersedia brtudung
Kak nita belum bersedia brtudung
Wan maimunah belum bersedia brtudung
.... belum bersedia brtudung
.....belum bersedia brtudung

sampai ke sudah tk abih psl retis yg lum brsedia nk brtudung nih...
Quote cantleyi 6-2-2014 08:14 AM
series aku ingat tajuk die ni "Belum Sedia Bertunang"

vongoks punya reputs..ko tanya buat apa?ko da bertudung litup ka?

haiseh...benda2 ni ko takyah tanya la..esok lusa kalu hati da terbuka, rasa ikhlas nak berubah dia akan pakai juga...

mebi di luar kotak fikiran kita perubahan dia...cnth paling dekat diana amir...so advise untuk reputs yang keriput kat luar tu sila cari soklan yang lebih ilmiah next time k

cheerss..fighting!!
Quote cikatilia 6-2-2014 08:21 AM
Rynaf posted on 6-2-2014 07:43 AM
kalo dia takut dengan tuhan, dah lama dah dia bertudung...full stop

betul tu. setuju. siap sebut wajib.
Quote moonie86 6-2-2014 08:22 AM
apa punya tajuk artikel la.. daripada tanya adira, baik la wartawan nih gi tanya retis2 senja yg sampai skrg nih 'belum bersedia bertudung'. tgk berani ke tidak wartawan tu nak tulis, setakat cuit2 artis muda cehh...
Quote wadiunong 6-2-2014 08:26 AM
reputz bengong. next time tanya pulak retis ni diaorg solat ke tak
Quote FlowerGirl 6-2-2014 08:29 AM
Jgn tanya bila nk brtudung tp tanya lah bila nak tutup aurat. Setakat pakai tudung baju ketat metat jalan gesel2 dgn pakwe pun x guna!
Quote nuryakmal 6-2-2014 08:30 AM
dia ni sekali tengok macam jantan. features muka garang dan tajam
Quote AshkieLa 6-2-2014 08:34 AM
asampodeh posted on 6-2-2014 08:11 AM
lps ni ade lagi wartawan tulih...

KE belum bersedia brtudung

kannn.... meh aku sambungkan lagi,

ziana zain belum bersedia bertudung,
geng kelepets(sazzy, dynas, atilia, daphne, aishah, yasmin hani...etc) belum bersedia bertudung,
lisa surihani belum bersedia bertudung,
maya karin belum bersedia bertudung,
norish karman belum bersedia bertudung,
didie alias belum bersedia bertudung,
raja ema belum bersedia bertudung(dulu bertudung sbb suami sheqal),
fauziah latiff belum bersedia bertudung,
scha al yahya belum bersedia bertudung,
lind onn belum bersedia bertudung...
Quote asampodeh 6-2-2014 08:36 AM
AshkieLa posted on 6-2-2014 08:34 AM
kannn.... meh aku sambungkan lagi,

ziana zain belum bersedia bertudung,

hahahah.... mati la kan.... lol

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.119807 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top