CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Nora Danish Sudah Beli Barang Hantaran

6-2-2014 03:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 172251| Komen: 2494


Hubungan intim antara pelakon jelita Nora Danish dan Muhammad Nadem Nazri atau lebih dikenali sebagai Nadeem yang juga anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, bukan lagi rahsia.

Malah, pasangan itu secara terang-terangan memaparkan kemesraan mereka melalui laman sosial Instagram baik di dalam akaun peribadi milik Nora mahupun Nadeem sendiri. 

Khabarnya hubungan pasangan sejoli yang SS lihat mempunyai iras wajah ini (menurut orang tua-tua kalau muka seiras kononnya sejuk rumah tangga) sudah bersedia membawa hubungan mereka ke fasa lebih serius. 

Seseorang yang mengenali rapat pasangan ini memaklumkan, Nora dan Nadeem mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga selewat-lewatnya hujung tahun ini.



Dalam diam mereka sebenarnya sudah pun membeli barang-barang hantaran sedikit demi sedikit. Bukan itu saja, beberapa nama pereka fesyen terkenal juga sudah berada dalam senarai yang akan mereka busana perkahwinan mereka.


Betul atau tak? Wallahualam tetapi beginilah bunyi ceritanya yang disampaikan kepada SS. Jika benar, alhamdulillah. Apa lagi yang nak ditunggu kalau mata ke mata sudah terpaut, hati ke hati sudah terikat. 

Lagipun, SS tidak nampak Nora mahupun Nadeem mempunyai masalah jika mahu melangsungkan perkahwinan sekalipun esok kerana keduanya-duanya stabil dan punya nama. 

Tambahan pula, mereka berdua pernah melalui pengalaman sama iaitu pernah bercerai. SS yakin pengalaman lalu akan lebih mematangkan mereka, sekali gus mengemudi rumah tangga sebaiknya berbanding sebelum ini. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aiskrimpelangi 6-2-2014 07:34 AM
Patutla bjalan sakan. Beli brg hantaran rupenye. Smoga bahagia la nd.
Quote stars83 6-2-2014 07:43 AM
x sbr nak tgk pkawenan dorg bdua ni..dua2 comel,ckp sepadan..
Quote bungalisa 6-2-2014 07:51 AM
Bagusla kalu begitu....  2 kali la... Nd bersanding besar- besaran. ..gilang gemilang gitu...
Quote pakwetizzaqyah 6-2-2014 07:58 AM
ugly kapel...lol
Quote chinta89 6-2-2014 08:01 AM
semoga berita ni berita benar!
Quote asudau 6-2-2014 08:02 AM
sapa kata si nedim tu comel...hahahha
Quote LDP 6-2-2014 08:03 AM
nadem..nadem...NEDIM la....
Quote LDP 6-2-2014 08:04 AM
semoga berbahagialah kalau itu jodohnya...
Quote moonie86 6-2-2014 08:07 AM
Tahniah. Semoga dipermudahkan jalan dalam mandirikan 'masjid'.
Quote LDP 6-2-2014 08:13 AM
sb mereka gi JPO baru2 ni maka kuar cerita mereka beli barang hantaran? ntah2 mereka teman zarema beli barang hantaran...kan ke zarema dan aidil dah nk kawen... pape pon kalu betol moga dipermudahkan urusan mereka ke jinjang pelamin..






Last edited by LDP on 6-2-2014 08:15 AM

Quote anairish 6-2-2014 08:15 AM
Apa2 pun semoga terus bahagia...
Quote JulietTheOrange 6-2-2014 08:19 AM
artis dan anak menteri beli brg hantaran kat JPO??
kemon laa... JPO tu mmg tmpt branded.. tp brg2 tu dah out of season..
bek beli kat singapore
Quote LDP 6-2-2014 08:20 AM













Quote makcik_timah61 6-2-2014 08:30 AM
JulietTheOrange posted on 6-2-2014 08:19 AM
artis dan anak menteri beli brg hantaran kat JPO??
kemon laa... JPO tu mmg tmpt branded.. tp brg2 t ...

Makcik pun tak caya deme beli hantaran kat JPO
designer brands kat JPO yg kureng gah
Quote nuryakmal 6-2-2014 08:33 AM
retis pun beli hantaran sikit sikit... tu belum masuk beli hantaran kat bandung.. kalau rakyat marhaen paham le, ni retis hookay retis.....!!
Quote Suchi 6-2-2014 08:35 AM
JulietTheOrange posted on 6-2-2014 08:19 AM
artis dan anak menteri beli brg hantaran kat JPO??
kemon laa... JPO tu mmg tmpt branded.. tp brg2 t ...

oh yeke
yela sbb tu murah skit dak
kebetulan kot kan minggu lepas nd ade kijo kat jb
beli hadiah tuk zarema nak kawen kot huhu
Quote Suchi 6-2-2014 08:36 AM
nuryakmal posted on 6-2-2014 08:33 AM
retis pun beli hantaran sikit sikit... tu belum masuk beli hantaran kat bandung.. kalau rakyat marha ...

rasa mcm ramai je dengo retis beli brg kat bandung
paling tak menahan yg wat baju kat bandung,kad kawen pun tempah kt bandung
rakyat marhaen pun ada gak wat baju kat bandung
Quote seb_baik 6-2-2014 08:41 AM
tu la. xkan la ank menteri jutawan ni beli brg hntaran kat JPO je. aku xcaya
Quote nuryakmal 6-2-2014 08:45 AM
Suchi posted on 6-2-2014 08:36 AM
rasa mcm ramai je dengo retis beli brg kat bandung
paling tak menahan yg wat baju kat bandung,kad ...

yelah.. mereka jua manusia biasa



Lihat semua komen(2494)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.131596 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top