Sara mempersiapkan diri
Biarpun ceritanya kurang tersiar di media cetak mahu pun elektronik, itu tidak bermakna nama pelakon berbakat besar, Sara Ali sudah tenggelam dalam industri seni tanah air. Gadis berusia 24 tahun ini nyata masih lagi aktif berlakon, cuma Sara atau nama sebenarnya Siti Sarah Hairi Ali lebih selesa dengan cara tersendiri. Katanya, dia lebih senang muncul dan bersemuka dengan media sekiranya ada cerita terkini untuk dikongsikan. Menolak dakwaan ‘sombong’ yang dilabel kepadanya gara-gara sikap kurang bersosial itu, Sara berkata, kira-kira setahun lalu dia menyepi diri daripada media kerana memberi fokus pada pembelajaran kerja di belakang tabir dalam produksi.
Jelasnya, kecintaan yang mendalam terhadap industri seni tempatan terutama perfileman membuatkan dia perlu menimba ilmu untuk persediaan membabitkan diri pada kerja penerbitan di belakang tabir.
|
ADVERTISEMENT