MESKIPUN dilaporkan mengalami kecederaan, namun bintang terkenal Bollywood, Shahrukh Khan (SRK) tetap meluangkan masa untuk menghadiri majlis perkahwinan di Jaipur. Kehadiran SRK sambil ditemani isteri, Gauri ternyata mengejutkan ramai tetamu kerana umum mengetahui bintang itu masih belum pulih daripada kecederaan yang dialaminya. "Saya sudah sihat, kecederaan saya juga semakin pulih. Doakan saya dapat kembali bekerja secepat mungkin," katanya kepada beberapa tetamu lain yang menegurnya. Keadaan SRK itu sekali gus menidakkan beberapa laporan yang mengatakan bintang yang cukup terkenal dengan filem Kuch Kuch Hota Hai itu perlu menjalani beberapa pembedahan bagi merawat kecederaan yang dialaminya itu.
|
ADVERTISEMENT